05 Jun 2009

Bos! Cukur keletiak satu! (sais untuk lelaki sahaja)

Assalamu'alaikum. Beruang ialah satu menatang yang berbulu lebat dan ianya juga sangat membahaya kepada persekitaran alam kerana dorang ani buleh membuatkan manusia lari lintang pukang. Giginya yang tajam dan kukunya yang macam grrrr membuatkan semua yang teliat ia jadi membuatkan tani gerun semacam.

Walaupun beruang secara semulajadi bersifat brutal lagi ganas, orang2 yang cinta kepada menatang ini telah membuatkan banyak daripada kita terperdaya. Maksudnya, kalau ketani liat winnie the pooh, tani akan menyangka dorang ani kuit macam kucing yang bersifat lebih kepada kelembutan dan apa2 perkataan yang mengarah kepada softness. Tapi ingat, ucing pun ganas jua kadang2, sampai urang tidur pun tebangun sal dorang kelai tangah2 malam. ish ish.

Anywho, ku kan tanya? bolehkan manusia jadi beruang? buleh atau inda? jadi? astah memajal ani yang susah ni? jadikah? tuuuuuuttt.. lambat menjawab atu. Jawapannya adalah buleh. Pasalnya, kalau manusia terutamanya lelaki membiarkan, diri dorang inda becukur, mungkin dorang kana ucapkan bigfoot ataupun urang utan yang lari daripada pulau borneo. Kalau tani liat beruang, dorang somehow inda becukur sal kalau au payah jua tu, cam bukan saja dorang terpaksa bali pisau cukur ataupun shaver, kan memakai pun susah, mesti suruh kawannya cukurkan untuknya.

Aishhhh! Apa yang ku bebelkan ani!? Sebenarnya kawan2, perkara yang sangat penting untuk dijaga ialah penjagaan diri sendiri. Cemana kan? Kalau sekiranya ketani suruh urang barus gigi lapas makan tapi ketani sendiri inda barus gigi, maju bisnes kan tu? saham naik atau turun? Tani kadang2 terlalu iski kan menolong urang tapi tani sendiri bnyk masih yang perlu dibaiki. Pasal apa ani penting? Pasal perwatakan ataupun penampilan ketani dihadapan keluarga, kawan2, saudara mara dan teman2 sekolah/pejabat memberikan impak yang besar.

Imagine, satu hari kamu di datangi oleh manusia2 yang ingin mengajak bermain badminton tapi yang datang ke rumah kamu ani memakai jubah ataupun pakai serban dan sebagainya. Inda jua ngam dengan keadaan kan? Ataupun kalau sekiranya ketani mau belayar ke india tapi ticket yang tani bali tiket untuk pegi ke london. Mati jua kan tu? rugi rugi trabang duit yang ngalih2 dikumpul selama beberapa bulan or tahun.

Penampilan diri jua penting untuk urang memberikan gambaran cemana ulahnya nanti. Mungkin kalau sekiranya ketani menyuruh seseorang membuat baik, ia akan terlebih dahulu meliat cemana usul ketani. Contoh, tani ckp2 saja pasal nabi kesayangan ketani, pasal kebaikan mengikuti sunnah nabi dan sebeagainya tapi sudah waktu suboh mari, mata hidung pun inda nampak. Kamu pun mungkin pernah tejumpa orang2 cemani, ia tau ckp saja tapi kan take-into-action atu yang nada tu.

So, apa kana mengana dengan bulu? Cemani lai, kalau beruang, bulu digunakan untuk memanaskan badannya dan kuku panjang, taringnya digunakan untuk memprotect dirinya dari ancaman musuh dan mencari makanan. Tapi bulu yang ada dibadan manusia ani perlu dicukur pasalnya ianya membersihkan ketani daripada penyakit2 yang menular. Macam kalau ketani perhatikan, orang putih selalunya dorang inda becukur, besunat pun inda sampai macam2 penyakit yang dorang dapat (syphllis, hepatitis B dan sebagainya).

Bukan saja atu bahkan kalau ketani biarkan bulu2 yang ada di tempat ia tumbuh atu, pernah diriwayatkan oleh nabi muhammad yang bulu2 atu tempat syaitan bergantung (citation needed). Dalam islam, ketani kana suruh mencukur bulu2 ketani setiap 40 hari. Ganya biasakan, tani ani kadang2 terlalu sibuk kan menjaga kebersihan diri tani that yang tani sibukkan pulang ialah orang lain. Sebelum ku lupa, seganas-ganas menatang dan sebrutal-brutal beruang, kalau pandai menjinakkan dengan izin Allah, dorang buleh jadi sesuatu yang dapat tani dampingi. Jangan tidur sama2 sudah, karang kana ngap!

Sama jua dengan manusia, tani mungkin ada kenal manusia2 yang bersifat brutal lagi teiming lagi sombong dan seterusnya, tapi kan kamu, adakah tani akan biarkan dorang ani berjalan di muka bumi Allah dalam keadaan inda tau secara berterusan? Inda kan tani biarkan kan? Teruknya efeknya tu. Imagine dalam muka bumi ani ada tah banar urang yang sifatnya atu jahat saja, Pagi2 sudah mula mengumpat, tengah hari masa makan mengumpat jua, minum petang mengumpat malam dan sebelum tidur mengumpat jua. Bukan saja mengumpat tap berlagak iatah yang paling mantap di muka bumi Allah ni. Brijap kan?

Apa efeknya kalau dibiarkan? Terlalu banyak and kamu sendiri pun tau apa efeknya. Satu contoh saja. Siapa pernah dangar cerita kapal? angkat tangan..tahan! sekarang turunkan..haha. inda cali i know. Well, cetanya cani, kapal ani ada dua bahagian, satu di atas satu di bawah. Orang yang berada di tingkat atas bleh menikmati udara yang nyaman, minum air, mengail, main kekek, swimming dan sebagainya. Abis kata, dorang urang atas ani macam2 nikmat yang Allah anugerahkan. Berlainan pulak dengan orang yang berada di bawah kapal.

Orang di bawah kapal ani keadaan kesian, kan minum pun mesti minta dari atas, kan makan mesti minta dari atas, sama tidur pun inda sanang sal, di bawah ani tempat enjin kapal atu, etah bising nyamu kalau malam2 kan tidur. Hatta, di bawah ani tah tempat laluan najis..Sambung. Awal2 orang di bawah ani oklah hubungan nya dengan orang atas, orang atas tulung urang bawah, bagi air dan sebagainya tapi lama-kelamaan, urang atas ani somehow lupa yang ada orang tinggal di bawah ani..

Inda batah, orang bawah pun memberontak sampai, kalau dorang kan minum atu, mesti dorang tabuk (tabuk ertinya melubangi ataupun memberi lobang) kapal dan biarkan air masuk, kerana terlalu dahaga..ntah2, ikan yu pun ikut masuk jua sal lubang di bawah kapal atu mikin basar. Apa jadi lapas atu? Kamu pun dapat bayangkan, semua lah tenggalam dengan kelalaian masing2 dan kecenderungan dorang terhadap nikmat Allah atu menyebabkan dorang sendiri dimakan oleh benda2 yang dorang suka..

So, perumpaannya cematu, kalau ketani biarkan some parts of badan ketani bersih dapat yang lain inda, lama-kelamaan, bahagian badan ketani yang lain atu memberontak. Tani liat udah berapa banyak kes urang yang sakit. Ada sakit atu, sakit jantung, sakit paru2, sakit mata, sakit telinga, sakit kepala, sakit tangan dan seterusnya. Pemedulian atu inda seimbang. Cemana ah, keseimbangan dalam kehidupan atu penting and kalau dapat tani mau hidup ani inda berat sebelah.

Yang menarik hatiku ialah apabila ketani perhatikan ada beberapa insan yang terlalu fokus dengan kraja sekulah/kraja cam di jepun. Kraja dorang atu dari 9 ke 5 kraja, then lapas atu party. Pengisian dari segi rohani atu nada, kalau ada pun sementara saja, yakni masa karaoke ataupun lepas liat bini2 membuka baju dapan dorang tapi lapas atu etah tah tu, mikin rusak tia hati dorang. Kesian kan sal nada urang yang sanggup pegi ke jepun dan membantu kesusahan yang mereka alami. Theyll find ways to satisfy their needs and wants atu tapi even udah mencapai the highest level in the hierachy, masih jua inda happy..

Kalau urang islam lain, sal ketani banarnya sangat bernasib baik kerana diberikan peluang untuk belajar hidup yang sepatutnya. Allah menyuruh tani untuk menikmati dan bersyukur kepada nikmat dunia yang diberikanNya tapi at the same time ia suruh tani jangan lupa arah akhirat. Like inda kan tani mau jadi urang yang berjaya di dunia saja, di akhirat cemana

Kalau football player dunia, dorang kana bayar untuk menjadi top soccer player and iatah ganya buatnya tu, mungkin ia pandai men golf ataupun go fishing once in a blue moon tapi perkara yang ia fokus ganya football sal atu yang main goalnya. Ketani, orang islam, punya gol lain, tani mau keperibadian atu lengkap bukan saja luaran tapi dalam pun tani mau jaga.

To relate dengan ceta bulu kan, ia memang inda nampak secara zahir tapi kalau kan difikirkan brimalu jua bah kalau tani biarkan ia panjang and inda terurus pasal kamu tau kan nanti Allah akan tayangkan semua yang tani lakukan di akhirat kelak sampai atu satu surah yang menceritakan yang ada manusia ani cakap, "celaka, buku apakah ini yang mencatat semua yang ku lakukan di dunia..sampai satu pun inda tinggal" (siapa yang tau ayat ani please cite k. tima kasih)

Jadi seluruh badan ketani adalah seperti satu kapal dan enjinnya ialah hati. Kalau enjin kapal atu rusak, cemana kan melusuri lautan yang ombaknya kadang2 menyecah 10 meter, cemana tani kan mampu bertahan kalau ada temparik (lightingnya urang putih) yang balik2 menghentam poll ketani, apa halnya pula kalau enjine ketani habis minyak. Bukankah atu akan menyebabkan ketani terpaksa membiarkan kapal tani dibuai mengikut rentak lautan yang luas?

We all know, apa yang ada sekarang, kaki, tangan, badan, mata, telinga dan seterusnya adalah satu nikmat yang basar sampai kalau satu atu inda berfungi, terasa seakan-akan tani hilang punca, hilang arah, inda tau kan ke mana. Imagine saja sunddenly Allah menarik nikmat mmm..apa baik ah..daya untuk berfikir. Cemana tu ah? I mean kalau meliat kebesaran2 Allah, tani inda rasa apa2, macam cakap.."so??". Naudzubillah

Amanah yang Allah berikan kepada tani adalah sesuatu yang mesti dijaga dengan rapi and try not to biarkan diri ketani ani terbiar macam hutan ataupun rumput liar yang menjalar mikin panjang sampai di satu hari terik matahari yang panas membakar kawasan atu. Banyak banar jua analogi ku ani ah, ani kes melampau udah ni..huahua

Ku harap kamu faham apa yang ku cuba sampaikan walaupun diri yang menulis ani mungkin lebih teruk keadaannya dari yang membaca. Semoga Allah melindungi tani dan keluarga tani dari seksa api neraka. Biarlah aku ditimpakan dengan sesuatu yang susah dengan harapan Allah menghilangkan/mengampuni semua dosa2 ku yang pernah ku lakukan agar dapat ku jalani hidupkan di alam yang kekal tanpa penyesalan. Ameen.

Tiada ulasan: