26 Mei 2009

Jimat


Salam kepada yang masih membaca coretanku yang sekadar jika dibandingkan dengan buku2 yang diterbitkan oleh penulis2 sama perterjemah2 buku2 ulama2 yang diberikan Allah anugerah kesempatan dah kepandaian untuk menyampaikan ilmu dorang ke dalam bahasa yang mudah tani pahami. Aku jeles kerna aku inda pandai ckp arab and kalau kana bawa ckp arab grenti ku terdiam seribu makna..

Ku pernah mendangar seorang ustaz beceta tentang pengalamannya di Mesir. Ia atu awal2 inda pandai bahasa arab sekali masa ia masuk taxi, drever at pun tanya, “kan ke mana..?” (dalam bahase arab). Al maklumlah urang baru memijak negeri arab, ia pun ckp “ihh di nos siro tol mustaqeem…” Apa lagi, dreber ani pun tersenyum lah sal kalau ia drive straight, grenti drever sama ustaz atu pun masuk longkang. Huhu

Anyway, ari ani saye nak bercakap sedikit mengenai jimat. Ketani tau jimat usin ani amalan yang baik especially kalau yang akan membeli keta SL500 ataupun mendeposit keta baru ataupun kan belayar ataupun kan kawin ataupun kan belajar ataupun kan membali barang yang ia suka. Tapi bukan itu jimat yang ku maksudkan. Pasal kalau pasal atu, mungkin ku buat lagi dalam topic yang berasingan. Biasa kali ah lari topik, hua hua. Cana menjimat masa?

Jimat yang kanku bincangkan disini ialah pasal jimat. U know jimat bah, jimat yang tani kadang2 tani ikat dileher tani, jimat yang tani simpan dalam topi tani, jimat yang tani sangka buleh menyelamatkan tani daripada gangguan setan. Aku punya view tentang ani len sikit sal ntah, inda ku berapa pecaya pasal benda2 cemani ani. Why oh why? Pasalnya, aku tau Allah saja yang dapat memberikan aku mudarat ataupun kebaikan.

Aku masih ingat semasa ku damit2 dulu semasa aku masih lagi ancing..hahah. Cemana babu ku pernah masukkan sesuatu barang dalam tupi sekulah ugama ku. Aku pun apa lagi, terima lah saja. Macam kalau kan ku masuk jamban terpaksa lah ku keluarkan jimat atu sal kana warning mungkin benda baik akan berlaku. Cali banar dulu2 atu, ketani pun terima saja tanpa ilmu.

Pasal atu lah ilmu ani penting, kalau ketani melakukan sesuatu amalan tanpa dalil and nas yang sahih, bahaya yo, pasal basar kemungkinan and takut2 amalan2 yang tani banggakan atu menyebabkan tani inda mencium bau syurga, and langsung terbakar dalam api neraka. Kamu inda takut neraka? Kan kan beckp pasal takutku akan neraka ani, aku jadi speechless sal inda ku tebayang penyesalanku atauPUN kegemberiaan ku semasa ku kana turunkan uleh manusia2 yang ringan tangannya untuk mengebumikan aku suatu ari nanti.

Ok lari sikit. As I mentioned to y’all earlier, aku inda brapa yakin dengan jimat2an ani pasal benda2 ani ku dangar urang melayu saja yang mengamalkan. Kalau ketani liat puak bermata sipit, dorang pun pecaya arah benda2. Macam dorang pecaya banar pasal luck terutama sekali kefanatikan (fanatic bah) pasal warna ma ang ataupun merah ataupun kaler heart sama number 8. Prasan kamu, keta2 cina bnyk warna merah sal they believe this will bring them kekayaan and whatnot.

Urang ketani pun teikut2 dengan trend macam ani, dorang simpan ikan emas, pelihara ikan arwana sambil liat chanel awana sambil bercakap-cakapa pasal warna2. apakan? Lesen keta pun cematu, siapa yang paling bnyk lapan atu, etah yang manang tu. Kamu pecaya kah benda2 cemani? Cuba kamu tanya hati yang terletak dalam dada kamu..pernahkah kamu melibatkan diri dengan benda2 cemani?

Bukan saja atu, karang ani mikin bnyk udah jimat2 yang dicipta or brgkali di right word to describe its very existence is MY-LUCKY-CHARM. Masya Allah kawan2, sejak dari nabi adam lagi, urang yang inda percaya kepada keesaaa Allah atu cuba untuk merusakkan tani punya aqeedah, pegangan ketani sehingga dorang ani tersenyum meliat ulah ketani ani begitu mudah tertipu with their trickeries.

Imagine sampai parents tani pun tertipu, c tipah apa lagi, kanak2 or adik2 ketani pun macam kanak2 yang memabli eskrim arah urang india yang pakai biskal atu. Tani terlalu mudah kana kacang uleh urang yang menghina orang yang menganut satu-satunya agama yang dapat menyelamatkan ketani daripada menjadi bahan api neraka.

Baru ku teingat, tani biasa meliat ceta2 cam harry potter dan sebagainya. Kalau kamu notis dorang selalu pakai tangkal and kalau dalam ceta antu cina, dorang kalau kan mengelak daripada kana aga hantu, dorang pakai kratas kuning atu ataupun kalau hantu pontebaby urang putih, dorang pakai garlic, macam hampeh jua eh. Kalau hantu melayu, mungkin tani pakai surah yaseen untuk memastikan tani inda kana ikutkan dibelakang tani.

Banyak sebenarnya evidence yang menunjukkan bahawa manusia sudah termakan dengan budaya yang dibawa dalam tv. TV pun ada budaya ka? Auuu, liat saja cara pakai, cara makan guna fork sablah kanan, cara tani sanggul tundung tani, cara bini2 kai skirt singan lutut, atulah satu budaya yang ketani inda nampak. Budaya yang halus seninya sehingga mengalahkan budaya islam atu sendiri sama budaya yang inda betapis dan buleh diterima uleh masyarakat.

This so called lucky charmed worn by actors and actresses macam dalam ceta twilight atu sebenarnya buleh menyebabkan ketani syirik. Syirik ani adalah sesuatu yang sangat membahaya pasalnya ketani atu pecaya sesuatu yang lain daripada Allah. Macam lagi ALL-4-ONE yang berbunyi “I swear..by the *** and the *** and the ***..” Walaupun lagu ani lagu klasik tapi masih jua ingat dikepala atu walaupun almost ianya adalah band one hit wonder cam hansons.

Notis kamu, syirik ani inda perlu ketani menyembah patung, inda payah tani kan susah, memutung kayu and bentuk shape cam lembu dan sebagainya. Dengan percaya bahawa ada satu kuasa selain daripada Allah atu buleh menyebabkan ketani kana seksa dalam neraka jahannam and tani kekal didalamnya. Semoga Allah menjauhi tani semua daripada berlaku syirik kepada Allah. Ameen.

Jadi apa pointnya? Pecaya tah, kalau kamu berhadapan dengan iblis baik diwaktu malam ataupun siang, and masa atu kamu kelurusan memigang buku yaseen, inda ya kan lari tu, badan basar cemana pun ketani, inda ya takut TAPI yang menyebabkan ia lari ialah iman ataupun cahaya yang ada dalam diri ketani.

Bagi I, apa saja tangkal2, jimat2 yang ada dalam rumah, yang ketani simpan macam abu2an yang disimpan atas almari, kertas2 yang tani simpan dhujung rumah and so on pasalnya mesti tani cuba untuk hilangkan. Pasal, kalau sekiranya penghuni rumah atu sendiri inda dekat kepada Allah, setan pun datang mari. Not unless, tani ada dalil2 yang kuat untuk berpegang kepada benda2 cemani, then, I recommend kamu semua untuk melepaskan diri dari apa yang kamu hindari dan apa yang kamu takuti.

Pasal ingat kawan2, in the end of the day, setiap yang berlaku arah ketani adalah qada dan qadar Allah sama Allah sajalah tempat ketani berlindung baik daripada kejahatan manusia maupun kejahatan iblis laknatullah. Ingat to baca, Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam..always! Ku abdikan diriku kepada yang membolak-balikkan hatiku di antara kedua jariNya..

Katakanlah: " Serulah mereka yang kamu anggap (sebagai tuhan) selain Allah, mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberat zarrahpun di langit dan di bumi, dan mereka tidak mempunyai suatu sahampun dalam (penciptaan) langit dan bumi dan sekali-kali tidak ada di antara mereka yang menjadi pembantu bagi-Nya. (Surah Saba’ Ayat 22)

Bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba-hamba-Nya. Dan mereka mempertakuti kamu dengan sembahan-sembahan (yang selain Allah? Dan siapa yang disesatkan Allah maka tidak seorangpun pemberi petunjuk baginya. (Az Zumar Ayat 36)

Wallahu’alam

Tiada ulasan: