23 November 2009

Aman Ah

Terima kasih Tuhan di atas cobaan baik yang datang dalam bentuk kesenangan dan kemelaratan. Tani bertaubat kepada Tuhan seru sekali Alam yang hanya kepadaNya lah tani serah jiwa raga dan semoga ketani tergolong di dalam golongan yang kebaikannya ditunda hingga hari kiamat.

Di dalam surah Al Ahzab ayat 72, Allah berfirman:

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada persediaan pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia, (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan”.

Banyak urang cakap pasal amanah, amanah harith, tabung amanah pekerja, tabung amanah islam brunei and so on tapi adakah tani banar2 tau udah apa makna amanah itu? Dan udahkan tani tau apa LAWAN amanah?

Amanah adalah sifat yang ada dalam diri nabi kesayangan kita, in fact semua sahabat2 dan orang2 yang tau banar pasal pentingnya bersifat amanah ataupun menjaga amanah ani, inda mau mensia-siakan amanah yang dibagi.

Teringat seorang sahabat nabi, ia ani banar2 mau kraja tapi nabi inda bagi pasal nabi sayangkan sahabat ani, weird kan? Kalau tani ada kadai, mungkin tani suruh kawan ataupun keluarga tani jadi pengurus beso dalam kedai itu. Perkara ini lebih ketara keberlakunannya. Adakah tu word atu?

Subhanallah, kalau manusia atu dapat meliat api neraka yang menjulang-julang apinya, grenti semua urang mau jadi miskin and kalau dpt inda kaja pasal, once tani kana bagi tanggungjawab, maka, akan berlangsunglah proses pertanggungjawaban bek di dunia maupun di akhirat.

Etah masa dizaman umar abd aziz, menjadi seorang hakim atu barat sampai walaupun gaji dorang 100 ribu dirham, nada urang brani kan ambil post atu pasal they know duka yang bekal mereke terima di akhirat nanti. Kan Allah atu hakim yang mutlaq?

Tapi mau inda mau mesti ada jua urang yang pikul tugas menjadi hakim and di saat pemerintahan umar abd aziz yang sekajap, manusia merasakan nikmat di bahawa kezuhudan dan kefakihan umar dan orang2 yang dilantik di bawahnya.

Kau tau ke? Urang2 yang dilantik ani bukan calang2, bukannya yang tau pasal kehidupan marine di laut ataupun yang tau pasal kajibumi tapi dorang ani adalah mereka2 yang memang penduduk setempat tau, dorang ani alim melatup.

Alim melatup? term baru ke? Tak, atu adalah satu terma yang sangat specel pasal, dorang yang kana pilih mengHOLD ataupun menduduki satu kedudukan ataupun kerja atu, mereka yang INDA MAU kana bagi kraja atu.

Mahal kan? Kalau sekarang, semua urang perabut kan jadi model2 ataupun watak2 yang femes ataupun memigang jawatan yang tinggi. MUngkin sorang2 lain tujuannya, ada sal duit, ada mau femes, ada mau buat perubahan, ada mau itu, ada mau ini and so on tapi bukan semua jahat ada jua yang baik and we're NOT assuming ada urang jahat di dunia ani, adakah?

Yang brijapnya pasal tanggungjawab ialah kalau tani inda mampu menjalankan tugas ani dengan yang terbaik. Urang punya persepsi ialah "melakukan kraja sekadarnya" maksudnya, kalau atu kana suruh, etah saja yang dibuat tapi sebenarnya nda pasalnya Allah suka kepada urang yang membuat sesuatu perkara2 atu sempurna.

Makna sempurna atu pun luas tu tapi bagi me lah, sempurna ani macam tani banar2 kraja and buat yang disuruh, inda membuang masa, cari kraja, buat kraja walaupun ada ketidakadilan, inda belakon sibuk walaupun limpas udah 430 ptg and so on.

Zup zup zap zup zup, langsai. We want the job to be done nicely and as bisai as possible but it does NOT necessarily have to be perfect.

Tapi as I said, amanah ani macam2 jenis, cigu bertanggungjawab ke atas anak muridnya, security bertanggungjawab ke atas bangunan yang dijaganya and bukan untuk skodeng, bapa bertaunggungjawab ke atas keperluan asas rumah, bos bertanggungjawab ke atas anak buahnya dan seorang pemimpin bertaunggungjawab ke atas rakyatnya dan seorang NABI bertanggungjawab ke atas umatNya and just so yknow, umat NABI MUHAMMAD anitah yang paling specel pasal jangkmasa tani lebih kurang macam LIFO iaitu LAST IN FIRST OUT.

Kalau siapa tau accounting akan tau benda ani, ani adalah bagi pengurusan stok2 yang ada dalam sesebuah kadai itu. Jadinya barang yang paling akhir masuk, etah yang pertama sekali keluar in contrast to FIFO, FIRST IN FIRST OUT. Yakni barang yang akhir sekali datang mesti tunggu turn nya until semua barang2 yang awal ani habis dulu, nya uwang toha, yang daulu ddaulu kan!

Imagine kamu kah? Umat2 yang sebelum tani macam kaum luth nuh saba', dorang ani, Allah lebih Mengetahui, berada dalam kubur, kana seksa dalam keadaan yang inda tani tebayangkan, lama kali ah. Tani ani lagi type yang inda tahan menunggu dalam garisan yang panjang. Rahmat rahmat..syukur kepada Ilahi.

So, tani specel sal sudahtah tani umat yang paling akhir tapi tani adalah umat yang awal2 dihisab oleh Allah Ta'ala. Ku teringat satu hadis dimana seorang dimana seorang hamba Allah ani MAJAL kan jadi umat nabi Muhammad tapi inda dapat. Bukan saja atu tapi syafa'at ani dikhas uleh Nabi Muhammad saja, bi iznillah.

Ok lari sulnya, tapi what im sayin is cemana setiap diri atu, suka tau tak, akan dipertanggungjawaban. Jadi manusia ani amanah jua ni! Ajaran sesat? Cuba fikirkan.

Kalau sekiranya mata diciptakan untuk "bersahaja" ataupun tuk main2, then, kenapa dalam quran Allah balik2 mention pasal "memerhatikan" buta tetapi mereka dapat meliat and so on. Mata ani amanah pasalnya, semua anggota badan tani ani ialah sebuah pinjaman yang sangat agung pasalnya, nothing can replace or even match the QUALITY CIPTAAN ALLAH! PERIOD!

Tapi manusia bertabiat suka melawan, tanya soalan2 yang inda pedah2 sampai dorang tanya siapa yang menciptakan Allah? Tani beriman dengan Allah dan apa yang dibawa oleh rasulNya.

Contoh saja, kalau kamu pinjamkan cd player yang MASIH BARU arah kawan kamu for a period of time, and masa ia balikkan, rusak taya. marah kah inda kamu tu?

Kalau aku mungkin ku telan kemarahan ku kerana aku yakin dengan hadis nabi yang berbunyi lebih kurang, "..sesiapa yang menahan kemarahannya, nescaya Allah akan menghentikan kemurkaanNya kepadanya pada hari kiamat”.

Rasanya, banyak benda yang telah Allah amanahkan pada tani tapi tani kadang2 mungkin terlupa ataupun pura2 lupa bahawasanya tani sebenarnya menari-nari di atas api neraka..semoga Allah menjauhkan api neraka daripada tani semua.

Aku teringat jua satu hadis pasal ada di akhirat kelak seorang ani, memikul kayu or maybe batu lapas atu angkatnya tapi inda terdaya sampai terampas dikepalanya then ia mati then hidup semual then diulangi perbuatannya sampai banyak kayu or batu dipikulnya. Prasanku ani masa nabi isra' mi'raj. Then masa nabi tanya siapa urang atu, katanya malaikat jibril, atu urang yang suka memikul amanah banyak2 sedangkan amanah yang sedia ada, ia ya tebala..Masya Allah..

Jadi kengkawan, tani hendaklah memastikan bahawa setiap cerita rahsia, setiap tugas, setiap suruhan, terutama sekali suruhan Allah dan rasulNya, tani laksanakan sampai tahap tani merasa letih kerana RASA tani untuk menjadi urang yang amanah.

ONLINE DI OFFICE FOR PERSONAL USE AMANAH KAH INDA? itulah soalan yang mungkin urang inda ingau. Cuba pikirkan yek.

That's all for now, aku hanya inginkan kebaikan kepada tani semua agar Allah memberikan tani ketenangan di dalam hati tani semasa tani menjalankan tugas sebagai hamba Allah di muka bumi.

Berdoalah kepada Allah dengan lemah lembut kerana Allah mengetahui apa yang tersirat di dalam hati tani.

LOVE
Tapau

Tiada ulasan: