21 Jun 2009

Sabda Nabi Pasal Wabak Penyakit

Assalamu'alaikum semua. A very quick note pasal wabak penyakit yang sekarang semakin menular..

Pada suatu hari khalifah Umar bin Al Khattab kan ke Syiria. Sebelum sampai ke wilayah atu, khalifah Umar sama orang2 terdekatnya sama sahabat2 yang senior pasal ada berita yang mengatakan yang Syiria sedang dilanda wabak penyakit tha'un. Sorang pun inda kana suruh masuk ke kawasan atu pasal takut kejangkitan. Jadi, Umar pun mengumpulkan para sahabat untuk mensyuarat dan dorang inda bersependapat.

Sorang sahabat ckp, "bek tah jangan masuk pasal dengan biskita atu orang2 yang dekat dengan nabi, kalau tejangkit susah.." Ada yang komen, "bek tah taruskan saja perjalanan kita sama selesaikan tia urusan tani, alang2 jua udah jauh2 bejalan.."

Masa dorang betukar pendapat sama argue atu, datang tia Abdurrahman bin Auf yang kelurusan baru datang. Ia pun bagi pendapat arah Umar..

"Aku pernah mendangar nabi Muhammad bersabda, "Jika sedang terjadi wabak penyakit di suatu negeri, kalian jangan mendatanginya. Tetapi, jika kalian sudah terlanjut berada di negeri itu, janganlah kalian keluar melarikan diri darinya."

Tani tau kan sahabat nabi Abdurrahman bin Auf ani orang kepercayaan penghuni langit dan bumi sama Umar pun tau pasal ia ani. Jadi, Umar pun inda jadi masuk ke Syiria sam decide untuk balik ke Madinah saja

Angkat tipun, cancel tia ticket itu daripada nyawa melayang..bek sedia sudah kalau balum sedia..*gulp*

Wallahu'alam

12 Jun 2009

Ilm

Assalamu'alaikum semua. Mudahan kamu dalam keadaan yang sehat baik zahir ataupun batin. Aku sendiri alhamdulillah, masih lagi dibari peluang oleh Allah untuk meluruskan garisan yang kadang2 ke kiri kadang2 ke kanan.

Wahai kawan2, dunia adalah tempat tani bercucuk tanam dan hasilnya akan dapat tani saksikan semua di akhirat kelak. Berjayalah orang yang kanan yang akan makan dari buah pisang yang tersusun rapi dan alangkah ruginya golongan kiri yang berterusan membuat dosa besar yang akan minum air yang bergelegak panasnya. Sangat beruntunglah lagi orang2 yang mula2 dulu beriman, iaitu golongan sabeequun.

Saudara2ku yang ku kasihi kerana Allah, orang2 yang berilmu dan para malaikat mengakui bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan tau akan hakikat MengEsakan Allah. Pasal atu darjat orang yang berilmu ani tinggi sampai dorang ani buleh lagi disuruh untuk menjadi ketua walaupun dorang dulu seorang hamba yang kehidupannya serba kekurangan dan tanggungjawab pun kurang..Hatta jadi ketua tentera di barisan pertahanan islam.

Perlu diingat wahai kawan2, lebih tinggi pangkat ataupun kedudukan ketani, lebih bnyk lagi amanah yang mesti tani pikul dan untuk memikul beban amanah ani adalah satu tanggungjawab yang berat pasal kalau silap sikit saja, habis. Kana tuntut oleh urang yang inda puas hati dengan cara ketani mengurus baik anak murid, orang bawahan, pegawai kakitangan dan sewaktu dengannya.

Cemana kan memastikan tani mampu untuk menjalankan tanggungjawab ketani sebagai ketua, amir, cikgu, bapa, abang, kakak, menteri, ketua kampong dan sebagainya. Rasulullah pernah bersabda, "jika engkau ingin berjaya di dunia, carilah ilmu dan jika engkau ingin berjaya di akhirat, carilah ilmu..." Obviously, ilmu adalah sebagai bekal ketani untuk menghadapi segala kesulitan dan kepayahan dalam mengharungi kehidupan ketani sebagai hamba Allah di dunia.

Dengan ilmu, ketani buleh jadi orang yang berjaya dan insya Allah, Allah akan memudahkan sama membagi jalan keluar kepada orang yang berilmu. Tapi ada satu perkara yang selalu tani lepas pandang. Ada yang berfikiran bahawa, ilmu ani maksudnya ilmu2 yang berkaitan sama dunia macam kimia, fisik, matematik dan sebagainya. Tapi beberapa ulama telah menghuraikan yang ilmu yang nabi maksudkan atu ialah ilmu agama.

Tidak dinafikan yang ilmu dunia atu beguna jua pasal kalau ketani inda tau masak nasi, payah jua tu, cemana kan jadi orang yang independent dan hidup sorang diri tanpa babu or bapa tani. Kan harapkan bali nasi katok hari2, mual jua kan tu ahirnya? Diluar negeri ada nasi katok kan? Again, word keseimbangan atu terpaksa ku sabut lagi pasal its only the only best way to gain both dunia and akhira is thru balance and we try not to be an extremist on one aspect but a moderate on the other.

Jika tani perhatikan, kadang2 ada mereka yang terlalu focus on one aspect sampai yang lebih penting atu terbiar. Contoh seorang pengembala mmbek yang sudah beristeri ada anak dan sebagainya and at the same time ia ada 3 ekor kambing yang mesti dijaga kalau inda mampus kana makan anjing sama hilang tah tau mata pencariannya. Imagine now, he only looks after kambingnya, ia bagi makan rumput yang segar, bagi minum, bagi tempat tinggal yang empuk sampai kambing2 ani kan bangun malam pun barat rasanya.

On the other hand, bininya, anaknya terpaksa look after themselves sal si suami tadi ani terpaksa tolak awal2 pagi sal ladang kambingnya ani jauh walaupun tiga ekor kambing saja. Suaminya ani tadi jua, kalau balik atu malam masa urang lain udah tidur sampai kan menagur, memgarah, mendidik, bercanda dan sebagainya atu inda tebuat. Isteri sama anaknya saja yang siuk2 sendiri and si suami inda tau keadaan familinya sendiri.

Ahirnya, si isteri pun cari di internet untuk memuaskan nafsunya, iaitu dengan chatting dengan strangers di internet, liat profile urang dan sebagainya sampai tahap kan bejumpa arah di mall. Anaknya pun cematu jua lebih kurang, ke mirc dan mula untuk berjinak-jinak dengan perkara2 yang mengarah kepada kemaksiatan. Al maklumlah, teikut kawan2 di sekolah, inda jua mau ketinggalankan? So, u guys can imagine cemana ahirnya contoh ani..

So, si suami atu sepatutnya inda terlalu focus kepada satu hala saja pasal besar kemungkinan, walaupun si suami tadi jadi saudagar kambeng yang berjaya dan mampu mengexpot kambeng di serata dunia terutama sekali di india tapi rumahnya di penuhi dengan kehancuran yang inda nampak secara zahir. Si suami atu mungkin nampak berjaya di mata manusia tapi hakikatnya, ia telah kalah seteruk-teruknya. Orang2 yang di sekelilingnya akan menuntut dan mengajukan berbagai soalan dan herdikan yang menyebabkan ia termasuk ke dalam api neraka yang setitik saja gugur ke bumi akan lenyaplah bumi.

Siapa yang rasanya ada ilmu agam yang tinggi di sini angkat tangan? Adakah? Kalau ada, bagus sudah tu, kalau dpt share2 ilmu kamu sal aku ani banarnya inda jua berapa tau pasal agama ani. Aku pun baru2 jua berjinak dengan deen ketani sal aku sadar bahawa hanya dengan ilmu ugama saja hatiku akan tenang dan hanya dengan agama ani saja hati dapat hidup walaupun jasadku sudah mula longlai dan inda mampu untuk menackle urang yang lebih muda daripada aku..huhu

Imam Ghazali pernah menyatakan, semua manusia sebenarnya celaka kecuali mereka yang berilmu, ilmuan pun celaka, kecuali yang benar2 mengamalkan ilmunya. Yang paling ahir pun celaka kecuali yang menghiasi diri mereka dengan sifat ikhlas..Mungkin ada yang terasa and mungkin ada yang inda, tepuk dada tanya diri sendiri? Adakah aku ikhlas dalam beramal, menimba ilmu? Dan dengan penuh tulus ikhlas mengajarkan urang ilmu..memang susah untuk menjawab soalan ani..

Kalau tani fikirkan banar jua sal perumpaan seorang manusia yang melakukan sesuatu tanpa ilmu atu kesian pasal ia mungkin buat sesuatu meliat tanpa berdasarkan dalil atu pun nas yang sahih sampai sebenarnya apa yang dibuatnya atu bukan plang ia mendapat pahala tapi dosa plang mikin betimbun. brijap kan tu? Yang brijap lagi ialah kalau urang yang berilmu dan beramal tapi amalnya atu hanyalah untuk mengharapkan pujian2 orang yang berada disekitarnya dan untuk mendapatkan habuan dunia.

Tapi tani mesti cuba untuk tanamkan sifat ikhlas ani dalam usaha tani mencari ilmu pasalnya kalau ketani inda ikhlas mencari ilmu, ditakuti inda berkat and ahirnya ilmu yang awal2 ketani timba atu hilang cematu saja. And untuk menjadi orang yang ikhlas ani pun mesti jua tau apa itu ikhlas and perlu kepada keyakinan yang tinggi and etah kraja urang2 dulu yang hidup di zaman nabi, dorang membuat sesuatu atu bukan untuk apa2, tapi hanya untuk merasa nikmat mendapat redha Allah dan RasulNya.

Teringat satu kisah di zaman nabi. Bilal yang tani tau adalah seorang hamba Allah yang selalu melaungkan azan kalau masuk waktu, sekali ada tia seorang sahabat nabi ani, ia iski banar kan azan jua. Awal2 atu nabi inda suruh tapi lapas pajalnya nabi muhammad, baginda suruh tia jua. Jadi ia pun azan..lapas ia azan atu, urang tetanya-tanya..siapa yang azan tadi atu? lawa jua suaranya atu! Lepas atu apa jadi?  Malaikat Jibril pun turun dari langit betanya rah nabi, "Wahai nabi Allah, tadi nada azan kah?" Nabi pun cakap "ada.." Malaikat jawab, "inda pun kami kedengaran.." Sebelum ani kalau bilal azan, malaikat kedengaran tapi kali ani inda..

Jika tani melakukan sesuatu dengan mengharapkan pujian atau hanya untuk mempertontonkan bakat/kebolehan/kemerduan dan sebagainya, jangantah harap apa2 pasal bukan saja dosa yang diterima tapi kana seksa saja di akhirat. Kalau bilal, ia azan atu banar2 ia menyeru orang2 disekeliling untuk sembayang dan menyembah Allah..and walaupun suara bilal inda berapa merdu.  wallahu'alam.

Kalau tani liat dari kontex masa ani, urang yang azan 5 kali sehari atu banar2 ikhlas menyeru urang untuk solat di masjid, besar kemungkinan, ramai urang yang datang tapi kalau yang tukang azan atu "mau saja", efeknya pun cam "apakan..balik2 jua eh". Mungkin pasal atu kadang2 tani liat masjid atu kosong, dipenuhi dengan urang tua saja sal dorang sadar kematian ataupun ajal dorang atu dekat.

Sama jua halnya kalau tani menyeru urang kepada jalan yang lurus, kalau ketani inda ikhlas, cemanatah kan urang peduli dengan pa yang tani cakapkan apalagi kan mengikut rentak tani kalau apa yang tani tunjukkan kepada kawan2, famili saudara pun songsang. ani yang bahaya. Once tani kana label "inda baik" selama-lamanya tani kan ucapkan dulu walaupun banarnya tani ani banar2 mau jadi urang yang baik.

Orang masih akan meliat kepada sejarah2 tani yang jahil sampai datang satu saat di mana, kawan2 yang dulu meliat ulah tani yang baik ani menyangka buruk tia pulang. Macam "eh, ajaran sasat kah ko ani" Puasa ari isnin khamis, pasang janggut dan sebagainya. Tani pun cam teturn off disebabkan sikap kawan lama tani atu tapi mesti ingat sebagai hamba Allah yang menyeru manusia kepada jalan yang lurus, tani mesti cuba untuk berlapang dada walaupun kadang2 cemuhan ataupun hinaan yang dibari atu menghiris hati.

Jadi, sebagai penutop, ilmu hendaklah dicari walaupun dengan apa cara sekali pun tapi selepas ilmu diraih, cuba tia untuk diamalkan. Lepas istiqomah dalam mengamalkan ilmu tadi, tani cuba sirami dengan sifat ikhlas agar buah yang gugur daripada air keikhlasan atu tadi dapat diminum oleh manusia2 yang dahagakan untuk menjual dirinya kepada Allah, Tuhan sekalian alam..

Barakallah.

05 Jun 2009

Bos! Cukur keletiak satu! (sais untuk lelaki sahaja)

Assalamu'alaikum. Beruang ialah satu menatang yang berbulu lebat dan ianya juga sangat membahaya kepada persekitaran alam kerana dorang ani buleh membuatkan manusia lari lintang pukang. Giginya yang tajam dan kukunya yang macam grrrr membuatkan semua yang teliat ia jadi membuatkan tani gerun semacam.

Walaupun beruang secara semulajadi bersifat brutal lagi ganas, orang2 yang cinta kepada menatang ini telah membuatkan banyak daripada kita terperdaya. Maksudnya, kalau ketani liat winnie the pooh, tani akan menyangka dorang ani kuit macam kucing yang bersifat lebih kepada kelembutan dan apa2 perkataan yang mengarah kepada softness. Tapi ingat, ucing pun ganas jua kadang2, sampai urang tidur pun tebangun sal dorang kelai tangah2 malam. ish ish.

Anywho, ku kan tanya? bolehkan manusia jadi beruang? buleh atau inda? jadi? astah memajal ani yang susah ni? jadikah? tuuuuuuttt.. lambat menjawab atu. Jawapannya adalah buleh. Pasalnya, kalau manusia terutamanya lelaki membiarkan, diri dorang inda becukur, mungkin dorang kana ucapkan bigfoot ataupun urang utan yang lari daripada pulau borneo. Kalau tani liat beruang, dorang somehow inda becukur sal kalau au payah jua tu, cam bukan saja dorang terpaksa bali pisau cukur ataupun shaver, kan memakai pun susah, mesti suruh kawannya cukurkan untuknya.

Aishhhh! Apa yang ku bebelkan ani!? Sebenarnya kawan2, perkara yang sangat penting untuk dijaga ialah penjagaan diri sendiri. Cemana kan? Kalau sekiranya ketani suruh urang barus gigi lapas makan tapi ketani sendiri inda barus gigi, maju bisnes kan tu? saham naik atau turun? Tani kadang2 terlalu iski kan menolong urang tapi tani sendiri bnyk masih yang perlu dibaiki. Pasal apa ani penting? Pasal perwatakan ataupun penampilan ketani dihadapan keluarga, kawan2, saudara mara dan teman2 sekolah/pejabat memberikan impak yang besar.

Imagine, satu hari kamu di datangi oleh manusia2 yang ingin mengajak bermain badminton tapi yang datang ke rumah kamu ani memakai jubah ataupun pakai serban dan sebagainya. Inda jua ngam dengan keadaan kan? Ataupun kalau sekiranya ketani mau belayar ke india tapi ticket yang tani bali tiket untuk pegi ke london. Mati jua kan tu? rugi rugi trabang duit yang ngalih2 dikumpul selama beberapa bulan or tahun.

Penampilan diri jua penting untuk urang memberikan gambaran cemana ulahnya nanti. Mungkin kalau sekiranya ketani menyuruh seseorang membuat baik, ia akan terlebih dahulu meliat cemana usul ketani. Contoh, tani ckp2 saja pasal nabi kesayangan ketani, pasal kebaikan mengikuti sunnah nabi dan sebeagainya tapi sudah waktu suboh mari, mata hidung pun inda nampak. Kamu pun mungkin pernah tejumpa orang2 cemani, ia tau ckp saja tapi kan take-into-action atu yang nada tu.

So, apa kana mengana dengan bulu? Cemani lai, kalau beruang, bulu digunakan untuk memanaskan badannya dan kuku panjang, taringnya digunakan untuk memprotect dirinya dari ancaman musuh dan mencari makanan. Tapi bulu yang ada dibadan manusia ani perlu dicukur pasalnya ianya membersihkan ketani daripada penyakit2 yang menular. Macam kalau ketani perhatikan, orang putih selalunya dorang inda becukur, besunat pun inda sampai macam2 penyakit yang dorang dapat (syphllis, hepatitis B dan sebagainya).

Bukan saja atu bahkan kalau ketani biarkan bulu2 yang ada di tempat ia tumbuh atu, pernah diriwayatkan oleh nabi muhammad yang bulu2 atu tempat syaitan bergantung (citation needed). Dalam islam, ketani kana suruh mencukur bulu2 ketani setiap 40 hari. Ganya biasakan, tani ani kadang2 terlalu sibuk kan menjaga kebersihan diri tani that yang tani sibukkan pulang ialah orang lain. Sebelum ku lupa, seganas-ganas menatang dan sebrutal-brutal beruang, kalau pandai menjinakkan dengan izin Allah, dorang buleh jadi sesuatu yang dapat tani dampingi. Jangan tidur sama2 sudah, karang kana ngap!

Sama jua dengan manusia, tani mungkin ada kenal manusia2 yang bersifat brutal lagi teiming lagi sombong dan seterusnya, tapi kan kamu, adakah tani akan biarkan dorang ani berjalan di muka bumi Allah dalam keadaan inda tau secara berterusan? Inda kan tani biarkan kan? Teruknya efeknya tu. Imagine dalam muka bumi ani ada tah banar urang yang sifatnya atu jahat saja, Pagi2 sudah mula mengumpat, tengah hari masa makan mengumpat jua, minum petang mengumpat malam dan sebelum tidur mengumpat jua. Bukan saja mengumpat tap berlagak iatah yang paling mantap di muka bumi Allah ni. Brijap kan?

Apa efeknya kalau dibiarkan? Terlalu banyak and kamu sendiri pun tau apa efeknya. Satu contoh saja. Siapa pernah dangar cerita kapal? angkat tangan..tahan! sekarang turunkan..haha. inda cali i know. Well, cetanya cani, kapal ani ada dua bahagian, satu di atas satu di bawah. Orang yang berada di tingkat atas bleh menikmati udara yang nyaman, minum air, mengail, main kekek, swimming dan sebagainya. Abis kata, dorang urang atas ani macam2 nikmat yang Allah anugerahkan. Berlainan pulak dengan orang yang berada di bawah kapal.

Orang di bawah kapal ani keadaan kesian, kan minum pun mesti minta dari atas, kan makan mesti minta dari atas, sama tidur pun inda sanang sal, di bawah ani tempat enjin kapal atu, etah bising nyamu kalau malam2 kan tidur. Hatta, di bawah ani tah tempat laluan najis..Sambung. Awal2 orang di bawah ani oklah hubungan nya dengan orang atas, orang atas tulung urang bawah, bagi air dan sebagainya tapi lama-kelamaan, urang atas ani somehow lupa yang ada orang tinggal di bawah ani..

Inda batah, orang bawah pun memberontak sampai, kalau dorang kan minum atu, mesti dorang tabuk (tabuk ertinya melubangi ataupun memberi lobang) kapal dan biarkan air masuk, kerana terlalu dahaga..ntah2, ikan yu pun ikut masuk jua sal lubang di bawah kapal atu mikin basar. Apa jadi lapas atu? Kamu pun dapat bayangkan, semua lah tenggalam dengan kelalaian masing2 dan kecenderungan dorang terhadap nikmat Allah atu menyebabkan dorang sendiri dimakan oleh benda2 yang dorang suka..

So, perumpaannya cematu, kalau ketani biarkan some parts of badan ketani bersih dapat yang lain inda, lama-kelamaan, bahagian badan ketani yang lain atu memberontak. Tani liat udah berapa banyak kes urang yang sakit. Ada sakit atu, sakit jantung, sakit paru2, sakit mata, sakit telinga, sakit kepala, sakit tangan dan seterusnya. Pemedulian atu inda seimbang. Cemana ah, keseimbangan dalam kehidupan atu penting and kalau dapat tani mau hidup ani inda berat sebelah.

Yang menarik hatiku ialah apabila ketani perhatikan ada beberapa insan yang terlalu fokus dengan kraja sekulah/kraja cam di jepun. Kraja dorang atu dari 9 ke 5 kraja, then lapas atu party. Pengisian dari segi rohani atu nada, kalau ada pun sementara saja, yakni masa karaoke ataupun lepas liat bini2 membuka baju dapan dorang tapi lapas atu etah tah tu, mikin rusak tia hati dorang. Kesian kan sal nada urang yang sanggup pegi ke jepun dan membantu kesusahan yang mereka alami. Theyll find ways to satisfy their needs and wants atu tapi even udah mencapai the highest level in the hierachy, masih jua inda happy..

Kalau urang islam lain, sal ketani banarnya sangat bernasib baik kerana diberikan peluang untuk belajar hidup yang sepatutnya. Allah menyuruh tani untuk menikmati dan bersyukur kepada nikmat dunia yang diberikanNya tapi at the same time ia suruh tani jangan lupa arah akhirat. Like inda kan tani mau jadi urang yang berjaya di dunia saja, di akhirat cemana

Kalau football player dunia, dorang kana bayar untuk menjadi top soccer player and iatah ganya buatnya tu, mungkin ia pandai men golf ataupun go fishing once in a blue moon tapi perkara yang ia fokus ganya football sal atu yang main goalnya. Ketani, orang islam, punya gol lain, tani mau keperibadian atu lengkap bukan saja luaran tapi dalam pun tani mau jaga.

To relate dengan ceta bulu kan, ia memang inda nampak secara zahir tapi kalau kan difikirkan brimalu jua bah kalau tani biarkan ia panjang and inda terurus pasal kamu tau kan nanti Allah akan tayangkan semua yang tani lakukan di akhirat kelak sampai atu satu surah yang menceritakan yang ada manusia ani cakap, "celaka, buku apakah ini yang mencatat semua yang ku lakukan di dunia..sampai satu pun inda tinggal" (siapa yang tau ayat ani please cite k. tima kasih)

Jadi seluruh badan ketani adalah seperti satu kapal dan enjinnya ialah hati. Kalau enjin kapal atu rusak, cemana kan melusuri lautan yang ombaknya kadang2 menyecah 10 meter, cemana tani kan mampu bertahan kalau ada temparik (lightingnya urang putih) yang balik2 menghentam poll ketani, apa halnya pula kalau enjine ketani habis minyak. Bukankah atu akan menyebabkan ketani terpaksa membiarkan kapal tani dibuai mengikut rentak lautan yang luas?

We all know, apa yang ada sekarang, kaki, tangan, badan, mata, telinga dan seterusnya adalah satu nikmat yang basar sampai kalau satu atu inda berfungi, terasa seakan-akan tani hilang punca, hilang arah, inda tau kan ke mana. Imagine saja sunddenly Allah menarik nikmat mmm..apa baik ah..daya untuk berfikir. Cemana tu ah? I mean kalau meliat kebesaran2 Allah, tani inda rasa apa2, macam cakap.."so??". Naudzubillah

Amanah yang Allah berikan kepada tani adalah sesuatu yang mesti dijaga dengan rapi and try not to biarkan diri ketani ani terbiar macam hutan ataupun rumput liar yang menjalar mikin panjang sampai di satu hari terik matahari yang panas membakar kawasan atu. Banyak banar jua analogi ku ani ah, ani kes melampau udah ni..huahua

Ku harap kamu faham apa yang ku cuba sampaikan walaupun diri yang menulis ani mungkin lebih teruk keadaannya dari yang membaca. Semoga Allah melindungi tani dan keluarga tani dari seksa api neraka. Biarlah aku ditimpakan dengan sesuatu yang susah dengan harapan Allah menghilangkan/mengampuni semua dosa2 ku yang pernah ku lakukan agar dapat ku jalani hidupkan di alam yang kekal tanpa penyesalan. Ameen.