06 Jun 2010

Putus Asa...Jangan

Assalamu'alaikum kawan2 yang dikasihi Allah. Tapau harap kawan2 semua sehat dan masih lagi semangat untuk memperbaiki diri walaupun kadang2 susah dan macam2 cobaan yang datang. Apatah lagi hidup masa ani, tv, celebriti, keta model baru, mobile baru etc menyebabkan tane sibuk kan diri tane dengan hal2 dunyawi jauh daripada memikirkan apa yang bakal tane hadapi di akhirat nanti.

Hari2, manusia berhadapan dengan kesusahan, kesempitan, kemerosotan, kekurangan, kesedihan, keperitan, kehinaan, kebingungan, kelaparan yang disebabkan oleh perkara2 yang inda disangka-sangka macam kematian, dibuang kraja, ditarik balik biasiswa, kana marahi ketua, kana tipu pompuan/lelaki, keguguran anak yang disebabkan oleh kurangnya sikap akur tane kepada ketentuan Ilahi.

Sikap akur ataupun redha dengan apa yang terjadi kepada tane adala satu sikap yang susah kan dicapai pasal tane mungkin nda berapa yakin dengan apa yang terjadi atu, etah yang terbaik untuk ketani. Malangnya, kebanyakan dari tani kadang2 melawan ataupun merasa marah dengan apa yang terjadi rah tane ataupun keluarga tane sampai kadang2, kes mengamuk bawa parang, kes bunoh, kes bunoh diri, kes jadi gila, kes rogol dan sebagainya dijadikan sebagai penyaman hati.

Tapau sebenarnya kesian dan ikut simpati dengan kejadian2 yang berlaku masa ani. Yang lebih kesian lagi, mungkin ramai manusia, apatah lagi yang bukan beragama islam, inda tau cemana kan menyelesaikan masalah2 yang berat masa ia datang. Bukannya sanang kan bersikap "cool" saja kalau tane inda tau cemana. Ada yang banar2 mantap atu, kalau rumah angus pun masih ia inda teriak2, ataupun menangis kerana kehilangan anak.

Bukan bermaksud inda sayangkan anak tapi orang atu yakin yang apa yang berlaku arah dirinya, etah yang terbaik untuknya. Subhanallah.

Kebanyakan daripada tane, kalau sesuatu kejadian yang buruk terjadi, tane selalu salahkan TAKDIR. Dan yang paling perit lagi, tane lupa yang menetapkan pelan hidup tane. Atu yang lebih teruk pasal ianya seakan-akan memberikan gambaran yang menentukan sesuatu kejadian atu inda adil, inda sempurna dan bermacam-macam lagi ANDAIAN yang tane buat.

Kawan2 yang dikasihi, tane perlu sentiasa ingat yang Allah adalah semua kejadian yang berlaku disekeliling tane ani adalah di atas ketentuanNya. Yakni, urang jahat arah tane, urang baik arah tane, urang menghina tane, urang whaterver arah tane adalah disebabkan Allah-lah yang mengilhamkan sesuatu atu untuk berbuat sedemikian.

TAPI perlu diingat, tane akan sentiasa berhadapan dengan dua perkara; baik dan buruk. Kalau tane membuat keputusan untuk memilih yang buruk ataupun jalan yang jahat, maknanya, yang jahat jualah yang akan tane terima dan sebaliknya.

Hairan kadang2, tane membuat sesuatu yang baik tapi jahat plang yang tane terima. Contoh macam apa? Tane teliat seorang hamba Allah yang jalan kaki di lebuhraya, jadi tane pun bagi ke siring dan suruh urang tadi masuk dalam kereta tane. Tapi apa yang jadi, kana rompak tia pulang ataupun kana bunoh tia pulang..kes paling teruk

Seperti yang Tapau katakan, kadang2 ketani lupa di atas dosa yang pernah tane lakukan dan mungkin di atas dosa yang pernah buat dulu2 atu, Allah balas di dunia. Ani lebih baik pasal cuba kawan2 gambarkan kalau sekiranya dosa yang pernah tane buat di dunia ani kana balas di akhirat, bukan saja lebih sakit tapi kalau kana seksa selama-lamanya cemana?

Pasal atu, topik ani memperkatakan mengenai JANGAN SEKALI-KALI BERPUTUS ASA! dengan Allah. Maknanya, tane musti bertaubat di atas dosa2 yang tane lakukan and atutah perkara yang TERSANGAT mudah untuk dibuat, se SEN pun inda keluar, kalau mau sedekah silakan tapi mun kan duduk menghadap kiblat, solat sunat dua raka'at taubat dan berdoa agar Allah ampuni dosa tane yang lepas dan yang akan datang, yang perlu ialah usaha.

Mesti jua ikhlas, jan jua main2 dan jgn buat lagi. Imam Ghazali pernah getau yang tanda taubat tane atu kana ampuni, tane inda buat lagi dosa atu. Contoh, kalau dulu selalu mencuri, ani inda mencuri lagi sampai tah mati, kalau pernah berzina, inda berzina lagi sampai mati, kalau besigup, inda besigup lagi sampai mati, kalau pernah mengumpat, inda mengumpat lagi sampai mati.

Satu perkara yang ingin Tapau ingatkan jua ialah kalau tane kan minta, minta kepada Allah, kalau kana minta tolong, minta tolong kepada Allah, kalau tane sedih, mengusut arah Allah, kalau tane hepi, tunjukkan rasa syukur tane arah Allah..dan bukannya tane minta arah siapa2 pasalnya apa?

Pasalnya, kalau semua manusia di dunia ani sejak nabi adam kufur kepada Allah, ianya inda akan mengurangkan ataupaun menambah perbendaharaan/kemegahan ataupun apa yang ada pada Allah dan kalau semua semua manusia sejak nabi adam beriman kepada Allah, ianya jua inda akan menambah ataupun mengurangkan apa yang ada disisi-Nya. Dan kalau semua urang sejak nabi adam hinggalah tamat dunia ani minta minta MINTA daripada Allah dan semua ditunaikan-Nya, ianya inda akan mengurangkan apa yang ada disisi-Nya melainkan seperti jari yang dimasukkan dalam laut lalu dikeluarkannya. (Hadis)

Ertinya, kenapa ketani perlu berputus asa sedangkan minta maaf, taubat, minta jadi urang kaya, jadi urang pandai, jadi urang yang warak, jadi urang yang dicintai Allah, jadi urang yang ditakuti manusia dan seterusnya, kalau saja tane minta, yakinlah! Allah akan bagi, tadah tangan dan yakinlah kawan2 kerana Allah bertindak sebagaimana sangkaan hamba-hambaNya.

Jadi, Tapau menyeru diri ini dan diri yang membaca agar tane sekali-kali jangan berputus asa daripada ni'mat Allah dan hendaklah tane bersifat akur dengan ketentuan-Nya. Mintalah kepada Allah.

Love
Tapau

Tiada ulasan: