27 Jun 2010

Jalan Kaki Setampik

Assalamu'alaikum warahmatullah kawan2 yang dikasihi Allah. Mudahan tane semua masih mempunyai iman yang tegar dan masih lagi belumba-lumba untuk menjadi urang yang paling disayangi Allah.

Semua urang pernah masuk dalam tandas untuk buat bisnes masing2. Rasanya, semua tane pernah kana tutup lampung masa dalam tandas and apakah rasa tane? Takut? Teriak? dan sebagainya. Pasal apa kana tutop lampung? Pasal kan buli uleh adi bradi or mungkin kawan2 cuba mentest keimanan yang ada.

Tapi cuba fikirkan ani, adakah kawan2 pernah berada di dalam suatu keadaan di mana, masa kan pakai seluar dalam tandas (yang lantainya basah), sekali udah naikkan satu kaki untuk masukkan seluar, posisi tane jadi kucar kacir sampai tane kan tumbang. Tapi dapat tane imbangi (balance) semula polar graviti dengan memegang kepada sesuatu objek macam dinding ataupun sink..

Kalau inda pernah, cuba imagine meniti arah satu papan yang nipis dari satu point ke satu point dengan SATU KAKI, rasanya sampai kah inda sampai ke hujung? Kalau siapa yang ahli circus atu mungkin ia dapat sampai ke ujung tapi kalau tane urang yang biasa2 ani saja, mungkin susah kan?

Jadi, soalan penting yang ditanya arah diri tane. Keadaan akhirat, dalam kubur dan sebagainya adalah sesuatu yang sangat jauh daripada pemikiran tane tapi walau bagaimanapun, Allah kasih arah hambaNya, ia warning tane cemana akhirat dan dalam kubur atu cana, titian sirat cana and so on.

Jadi, banartah mengikut ukuran iman tane masa tane mati, tane punya iman atu hanya cukup bagi Allah untuk memBENARkan tane untuk jalan satu kaki saja, adakah tane akan sampai hingga ke hujungnya? Dalam kegelapan dengan teriakan ahli neraka yang cuba menarik tane ke jurang api yang menyala-yala, adakah rasanya tane buleh lapas?

Rasa Tapau kan, di dunia ani tane bernasib baik sal tane ada tempat berSANDAR, sandar arah diding, sandar arah keta urang, sandar arah pukuk, sandar arah pintu, sandar arah tiang, dan apa saja benda yang buleh tane buat sebagai sandaran untuk dijadikan sebagai penenang jiwa (relax chill)..

Tapi di akhirat, arah siapa tempat tane bersandar..? Hatta dalam kegelapan kubur, switch lampung apa kan ditakan..?

Sekadarnya
Tapau

13 Jun 2010

Lay Zee

Assalamu'alaikum kawan2 yang dikasihi Allah. Tapau harap kawan2 masih lagi dapat melawan musuh2 yang akan sentiasa mengacau tane sampai saat nyawa tane kana cabut. Tane sentiasa berdoa agar tane semua dianugerahkan kesudahan yang baik dan bukannya kesudahan yang sakit lagi menyeksakan.

Tanpa disadari, tane udah berada di pertengahan tahun 2010 dan barangkali etah masa yang sesuai untuk tane imbas ataupun periksa diri, apa yang sudah tane capai ataupun perkara apakah yang udah tane mampu elak ataupun amalan apa yang tane masih lagi buat sejak 6 bulan yang lampau atau lebih.

Bukannya sanang kan ber"tahan" ani kawan2 pasalnya etah tu wah, setiap perbuatan yang tane buat ani ada ia punya kesan arah diri tane ganya kadang2 tane inda sadar. Contoh, mungkin pada awal taun, tane berazam untuk menjadi urang yang kurang gemuk ataupun berkeinginan sangat kan kurang 20 kilo. Jadi setiap hari tane pun makan buah saja dan minum air..

Sekali ada tia satu bulan atu, urang kawan menjemput makan kambing panggang ala jawa, apa lagi, semua dibaham macam serigala yang lapar. Minggu dapannya lagi, kana panggil piknik, sepertimana yang tane tau kalau piknik ani, selalunya banyak sosej sama ayam BBQ, apa lagi! antammm! gasak eh, etah saat yang bergumbira ni!

Ahirnya apa akan jadi kepada ke"kuatan" hati untuk mengurangkan 20 kg? Bisikan2 seperti

1) eh, nanti saja diet
2) halal kali ah, bukannya kau membayar, urang tanggung
3) yang bes tidur lapas makan, baru nyenyak
4) etah masanya ni, bila lagi??
5) sayang eh rejeki!
6) jan membazir, Allah inda suka urang yang membazir
7) tambah lagi
8) ahh panas panas ani yang nyaman ni nah

Dan bisikan2 ani akan berlanjutan sampai tane menjadi urang yang tewas di dalam medan pertempuran yang sengit. Bukan antara hidup ataupun mati tapi antara ikut cakap nafsu syaitan ataupun bisikan baik seperti di bawah ini:

1) tahan saja, di syurga lagi nyaman makanannya
2) kau ani hamba kepada Allah kah siapa?
3) hidup hanya sementara
4) urang mukmin makan dengan satu USUS!
5) barat karang bangun malam
6) one thing leads onto another
7) makan banyak pun, ahirnya sama jua yang keluar
8) payah karang ke masjid
9) tidur saja tu jadinya

dan bisikan yang baik pun lebih kurang banyaknya. MAsing2 tane pernah mengalami keadaan2 yang demikian sampai ia membuatkan tane serba salah sehingga inda tau mana patut yang tane ikut; kekal ataupun sementara.

Kalau kana tanya mungkin kawan2 akan menjawab yang kekal tapi cuba tane liat arah diri dan perkara yang tane buat, adakah yang yang kekal kah inda? Contoh yang paling sanang difikirkan dan inda memerlukan ilmu kimia ataupun ilmu astrologi ialah mengenai C I N T A.

Semua urang pernah bercinta, ada cinta pada manusia, ada cinta pada binatang peliharaan, ada cinta arah keta, ada cinta arah pelakon, ada cinta arah makanan, ada cinta arah kejadian alam, ada cinta arah lagu sampai ke tahap i lap u, u lap me.

i'll do anything for you,
anything u want me too,
ill go anywhere for you,
anywhere you want me too,

sampai laut yang berapi rela ku renangi dan gunung yang tinggi rela ku daki. Op op op. Sebaik sahaja seseorang atu masukkan kaki nya ke laut yang berapi, maka, akan hancurlah kakinya, sebaik saja ia kan mendaki gunung yang tinggi, baru sampai di kaki gunung, udah tia tesingap, singap ataupun ampus.

Manusia, termasuk aku sendiri sangat pandai bermain dengan perkataan sampai manusia yang lena dimainkan dengan perkataan ani selalunya seperti dibuai mimpi yang indah dan rasanya inda mau bangun lagi pasal, siuk bah mimpi inda habis2 ani.

Tapi cuba tane liat, betapa ruginya tane yang mencintai perkara2 yang tapau sebutkan tadi. Semuanya adalah benda2 yang bersifat TIDAK KEKAL. Udah ucing mati, habis tia. Kalau gf or bf tejumpa "kekasih" baru, dui ma, merana badan. Udah tejumpa keta yang lebih latest, kan pandang dua kali pun payah arah keta lama ah, biarkan tia jadi basi buruk. hua hua hua.

Adat manusia dalam bercinta memang bertukar-tukar, inda pernah kekal, pasal atu menurut statistik dari jabatan statistik, purata umur urang yang menuntut cerai paling banyak di brunei ialah dalam umur 25-29. alasannya mungkin macam2 tapi rasanya kan kawan2, yang menyebabkan terjadinya penceraian ialah kurangnya iman di dada.

Masalahnya kalau iman kurang, macam2 buleh jadi. Awal2 liat, lapas atu, masuk hati, lepas masuk hati, di gambarkan dalam otak, udah di gambarkan dalam kepala, ia akan bergerak arah tangan tani, udah sampai arah tangan, tane memberanikan diri untuk mengambil tau urang atu, udah dapat numbur tipun, hati pun tergerak untuk tipun, udah tipun kenalan, or maybe sms dulu, udah atu, call, udah call, pelan kan jumpa, udah jumpa, malu2, inda makin rapat, duduk sebelah menyebelah, udah atu, tepigang tangan, udah atu, tecium rambut, udah atu tecium tangan, udah atu..caress dan ahirnya..anak haram! lelaki berani tanggung, apa payah buang saja anak ah, ataupun makan sesuatu yang menyebabkan keguguran! Berani jua? Kalau berani teruskan sama kuatkan tah diri untuk API NERAKA!

Cemana bleh terjadi? tanya diri tane sendiri. Nyasal pun inda guna. Tapi sekarang tapau ingin menarik perhatian yang membaca. Cemana bleh tane mencintai seseorang dengan perasaan yang sama sampai tane sanggup lakukan apa saja demi kekasih tadi, bangun malam betipun, online 3 pagi besykpe, belikan makanan kegemaran walaupun jauh bejalan sama walaupun terpaksa minjam duit dari urang. Pokoknya, kalau seseorang atu mencintai seseorang sampai tahap cematu, inda tah ingau lagi pasal apa2, asal kekasih atu hepi..

TAPI kenapa manusia inda dapat mencintai ALLAH cematu!?? Bangun malam keranaNya, sanggup sakit keranaNya, sanggup berlapar keranaNya, sanggup kana hina keranaNya, kana ucapkan, kana kutuk, sanggup memberi keranaNya, sanggup mengadai nyawa keranaNya?? Yang tapau heran lagi apanah? Kalau tane sumbangkan diri tane arah Allah, ia atu KEKAL, Dia yang terawal dan inda aada kesudahan sangat JAUH berbeda dengan diri tane dan apa yang disekeliling tane..

Jadi cemana, adakah tane lebih rela membazirkan masa tane ke arah benda yang sementara ataupun yang kekal? ataupun tane memberikan tumpuan yang lebih arah benda yang kekal? Pesan yang sangat penting bagi Tapau dan kepada yang membaca.

Bangkitlah wahai yang membaca! agar engkau mampau melawan kehendak nafsumu yang lemah dan agar engkau sentiasa istiqomah di jalannya..raihlah yang tidak berkesudahan, cintailah sesuatu yang kekal agar engkau akan sentiasa akur dengan ketetapanNya. bangunlah bangunlah BANGUNLAH!

Love only for Allah
Tapau

06 Jun 2010

Putus Asa...Jangan

Assalamu'alaikum kawan2 yang dikasihi Allah. Tapau harap kawan2 semua sehat dan masih lagi semangat untuk memperbaiki diri walaupun kadang2 susah dan macam2 cobaan yang datang. Apatah lagi hidup masa ani, tv, celebriti, keta model baru, mobile baru etc menyebabkan tane sibuk kan diri tane dengan hal2 dunyawi jauh daripada memikirkan apa yang bakal tane hadapi di akhirat nanti.

Hari2, manusia berhadapan dengan kesusahan, kesempitan, kemerosotan, kekurangan, kesedihan, keperitan, kehinaan, kebingungan, kelaparan yang disebabkan oleh perkara2 yang inda disangka-sangka macam kematian, dibuang kraja, ditarik balik biasiswa, kana marahi ketua, kana tipu pompuan/lelaki, keguguran anak yang disebabkan oleh kurangnya sikap akur tane kepada ketentuan Ilahi.

Sikap akur ataupun redha dengan apa yang terjadi kepada tane adala satu sikap yang susah kan dicapai pasal tane mungkin nda berapa yakin dengan apa yang terjadi atu, etah yang terbaik untuk ketani. Malangnya, kebanyakan dari tani kadang2 melawan ataupun merasa marah dengan apa yang terjadi rah tane ataupun keluarga tane sampai kadang2, kes mengamuk bawa parang, kes bunoh, kes bunoh diri, kes jadi gila, kes rogol dan sebagainya dijadikan sebagai penyaman hati.

Tapau sebenarnya kesian dan ikut simpati dengan kejadian2 yang berlaku masa ani. Yang lebih kesian lagi, mungkin ramai manusia, apatah lagi yang bukan beragama islam, inda tau cemana kan menyelesaikan masalah2 yang berat masa ia datang. Bukannya sanang kan bersikap "cool" saja kalau tane inda tau cemana. Ada yang banar2 mantap atu, kalau rumah angus pun masih ia inda teriak2, ataupun menangis kerana kehilangan anak.

Bukan bermaksud inda sayangkan anak tapi orang atu yakin yang apa yang berlaku arah dirinya, etah yang terbaik untuknya. Subhanallah.

Kebanyakan daripada tane, kalau sesuatu kejadian yang buruk terjadi, tane selalu salahkan TAKDIR. Dan yang paling perit lagi, tane lupa yang menetapkan pelan hidup tane. Atu yang lebih teruk pasal ianya seakan-akan memberikan gambaran yang menentukan sesuatu kejadian atu inda adil, inda sempurna dan bermacam-macam lagi ANDAIAN yang tane buat.

Kawan2 yang dikasihi, tane perlu sentiasa ingat yang Allah adalah semua kejadian yang berlaku disekeliling tane ani adalah di atas ketentuanNya. Yakni, urang jahat arah tane, urang baik arah tane, urang menghina tane, urang whaterver arah tane adalah disebabkan Allah-lah yang mengilhamkan sesuatu atu untuk berbuat sedemikian.

TAPI perlu diingat, tane akan sentiasa berhadapan dengan dua perkara; baik dan buruk. Kalau tane membuat keputusan untuk memilih yang buruk ataupun jalan yang jahat, maknanya, yang jahat jualah yang akan tane terima dan sebaliknya.

Hairan kadang2, tane membuat sesuatu yang baik tapi jahat plang yang tane terima. Contoh macam apa? Tane teliat seorang hamba Allah yang jalan kaki di lebuhraya, jadi tane pun bagi ke siring dan suruh urang tadi masuk dalam kereta tane. Tapi apa yang jadi, kana rompak tia pulang ataupun kana bunoh tia pulang..kes paling teruk

Seperti yang Tapau katakan, kadang2 ketani lupa di atas dosa yang pernah tane lakukan dan mungkin di atas dosa yang pernah buat dulu2 atu, Allah balas di dunia. Ani lebih baik pasal cuba kawan2 gambarkan kalau sekiranya dosa yang pernah tane buat di dunia ani kana balas di akhirat, bukan saja lebih sakit tapi kalau kana seksa selama-lamanya cemana?

Pasal atu, topik ani memperkatakan mengenai JANGAN SEKALI-KALI BERPUTUS ASA! dengan Allah. Maknanya, tane musti bertaubat di atas dosa2 yang tane lakukan and atutah perkara yang TERSANGAT mudah untuk dibuat, se SEN pun inda keluar, kalau mau sedekah silakan tapi mun kan duduk menghadap kiblat, solat sunat dua raka'at taubat dan berdoa agar Allah ampuni dosa tane yang lepas dan yang akan datang, yang perlu ialah usaha.

Mesti jua ikhlas, jan jua main2 dan jgn buat lagi. Imam Ghazali pernah getau yang tanda taubat tane atu kana ampuni, tane inda buat lagi dosa atu. Contoh, kalau dulu selalu mencuri, ani inda mencuri lagi sampai tah mati, kalau pernah berzina, inda berzina lagi sampai mati, kalau besigup, inda besigup lagi sampai mati, kalau pernah mengumpat, inda mengumpat lagi sampai mati.

Satu perkara yang ingin Tapau ingatkan jua ialah kalau tane kan minta, minta kepada Allah, kalau kana minta tolong, minta tolong kepada Allah, kalau tane sedih, mengusut arah Allah, kalau tane hepi, tunjukkan rasa syukur tane arah Allah..dan bukannya tane minta arah siapa2 pasalnya apa?

Pasalnya, kalau semua manusia di dunia ani sejak nabi adam kufur kepada Allah, ianya inda akan mengurangkan ataupaun menambah perbendaharaan/kemegahan ataupun apa yang ada pada Allah dan kalau semua semua manusia sejak nabi adam beriman kepada Allah, ianya jua inda akan menambah ataupun mengurangkan apa yang ada disisi-Nya. Dan kalau semua urang sejak nabi adam hinggalah tamat dunia ani minta minta MINTA daripada Allah dan semua ditunaikan-Nya, ianya inda akan mengurangkan apa yang ada disisi-Nya melainkan seperti jari yang dimasukkan dalam laut lalu dikeluarkannya. (Hadis)

Ertinya, kenapa ketani perlu berputus asa sedangkan minta maaf, taubat, minta jadi urang kaya, jadi urang pandai, jadi urang yang warak, jadi urang yang dicintai Allah, jadi urang yang ditakuti manusia dan seterusnya, kalau saja tane minta, yakinlah! Allah akan bagi, tadah tangan dan yakinlah kawan2 kerana Allah bertindak sebagaimana sangkaan hamba-hambaNya.

Jadi, Tapau menyeru diri ini dan diri yang membaca agar tane sekali-kali jangan berputus asa daripada ni'mat Allah dan hendaklah tane bersifat akur dengan ketentuan-Nya. Mintalah kepada Allah.

Love
Tapau