09 April 2010

Trapik Jem (Panas!)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Tuhan, seru sekalian alam. Semua yang diciptakanNya yang inda kana bagi kebolehan untuk berpikir (ada aqal) macam kayu, binatang, rumput, samut dan sebagainya sentiasa memujiNya, manusia saja inda sadar. Tapi manusia lain, tani dibagi pilihan sama ada untuk ingkar ataupun patuh kepada Allah. Yang sebaik-baik ialah mereka yang selalu bertaubat.

Syukur kepada Allah sal tane masih dibagi nafas untuk menikmati sebahagian daripada ni'mat Allah yang inda terkira banyaknya. Pakai tasbih panjang2 pun akan sampai kepengujungnya, pakai tasbih otomatik atu pun akan sampai kepada bilangan 999999? Tapi ni'mat Allah, tane inda akan terkira tapi Allah tahu berapa ni'mat yang ia kurniakan kepada manusia. Nafas saja. Dapat tane hitung kan?

Kamu tau ker? Kalau tani nda benafas po paip minit, dah melayang nyawa kiter. Paip (five) minit atu melampau jua ah, tu minit pun lenyap tane udah. Siapa yang pernah LAMAS dalam air? Angkat tangan? Aku nda nampak, so what? So, kamu saja fikir sendiri apa rasanya nada udara. Kana cangak sapa pernah ataupun tetalan biji dulian? Jantah jauh, ketulangan saja, nyaman kah nda rasanya?

Bagi yang pernah mengalami, memang, itulah saat2 yang genting karena, rasanya, malaikat maut ber"main" dengan roh tane tapi oleh kerene bukan saat nya, tane pun meneruskan kehidupan yang tidak lain hanyalah senda gurau ataupun mainan belaka. Sebelum ku lari dari topik asal, aku akan pusing satu roun lagi, Hooray!

Bagi sesiapa yang pernah memandu keta di Brunei terutama sekali akan sadar bahawa in general, pemandu tane ani inda ada adab sama pemanas sama kuang hajo sama inda hormat pemandu dan macam2 lagi perkara2 yang sorang2 ada pengalamannya masing2.

Kalau me sendiri, pasal signal. Ataupun pengunaan lampu isyarat keta2 yang inda digunakan, bek plang dipacah ataupun dijadikan lampung tidur pasalnya sayang jua kalau nda digunakan pasal yang uwang toha, membazir karan nyamu wanggg. asteee.

Faktor2 yang menyebabkan kemalangan dibrunai salahsatu nya ialah kerana nda besignal. Masuk mengajut, semua jadi stuntman ataupun hero on the road. Biar tia urang lain sakit hati asal kamu sampai ke upis kul 6 pagi.

Brapa ratus ceta udah ku dangar pasal urang nda besignal terutama sekali arah roundabout di gadong itu. Iye memang betul, kadang2 ada plang urang besignal awal tapi terlalu awal, sama besignal atu ada tapi terlalu lambat. Ahirnya, pooonnnnnnn! ataupun kana bagi finger ataupun kana sumpah ataupun yang lebih teruk lagi, kana turuni, then kana tumbuk. Ahir kelai macam kanak2 sekulah, pulis bomba seluruh keluarga datang. Malu ai!

Dalam islam, ada peraturan2 yang termetrai untuk menjalani kehidupan. Tani ada quran dan sunnah tapi ada tia urang loyer buruks atu yang balas nya dengan, "eh, dalam quran ada cakap pasal cemana mendrive keta kan, mesti branti kalau lampung merah mesti bagi jalan masa zebra crossing lalalalalala".

Untuk memahami agama ini tane mesti in fact, wajib bagi setiap muslim atu belajar pasal deen ani. Kalau inda, kehidupannya tane ani akan sentiasa dipenuhi dengan kepusingan, kepaningan, kesesatan dan sebagainya. Contoh saja kalau kamu bali mobile baru ataupun whatever's gadget available now.

Kalau urang tua2 tane, selagi dapat receive call, call urang, bagi dorang atu udah cukup. Etah keSYUMULAN mobile bagi dorang. Sama jugak dengan kete, selagi dapat bejalan, atutah saja yang penting, ganti brakepads, timing belt, ganti tayar botak, gatah wiper etc inda ya tau menau tu.

Ahirnya, these people, including myself, ain't getting what we paid for. Kalau mobile baru tadi atu, mungkin kalau diselidiki lebih dalam lagi, urang2 tua itu akan mendapati yang mobile ani dapat hantar gambar, dapat dangar quran, dapat baca buku, dapat surfing, dapat buat untuk berdakwah, dapat buat nota, dapat buat alarm and the list goes on.

Ahhh, sama jua macam quran, tane inda akan tau, NEVER akan kenal isi kandungan quran yang sebenar selagi tani nda mendalaminya secara sebenar benarnya. Tani inda akan dapat hargai apa yang Allah cuba sampaikan arah tani. Tani inda akan dapat merasa apa yang sahabat2 rasa masa membaca qurah toha, semasa ibnu mas'ud membaca surah ar rahman di dapan urang2 musyrikeen makkah.

We all know quran atu mukijizat yang paling agung yang hanya diturunkan kepada nabi kesayangan tane tapi i sometimes question banarkah tane ani tau udah isi kandungan quran itu ataupun we are just memigang quran atu bila rasa sedih bila rasa jauh dari Allah bila rasa ada perlu yang dirujuk dan untuk mengisi masa kosong???

Pesan yang perlu dipratikkan kepada diri yang sentiasa saja dipenuhi dengan dosa dan noda. Aku tanya diri ku samada adakah aku udah hidup secara islam menyeluruh? Adakah ku mengabaikan firman2 Allah, adakah aku sanggup untuk mati dalam keadaan inda pernah merasa mukjizat yang Allah bagi arah manusia? Aku tanya diri ku setiap hari, cemana ni cemana ni cemana ni? All the what ifs.

Tapi i yakin u r all doing better than i pasal bagi kamu2 yang masih ada kesempatan untuk belajar ataupun masih lagi ada peluang untuk memilih apa yang perlu dipelajari, aku jeles kan kamu pasal once u made that decision to learn something. Apatah lagi yang udah kraja, ull know what i mean udah kamu kraja nanti insha Allah.

Ahirnya, aku harap urang brunai yang tinggal di brunei ani mengamalkan sikap bersopan santun and bukan macam awang budiman atu tapi banar2 hormatkan sesiapa yang berada di jalan raya, kalau pelahan guna kiri, kalau kan masuk simpang, signal please, kalau minta jalan, senyum at least, kalau kana bagi jalan, angkat tangan and senyum, and kalau kan belumba, applytah lesen F1.

Cayatah, we never know, mungkin yang terlibat dengan kemalangan, sedara rapat tane, kawan tane, ibu bapa tane, isteri ataupun suami kamu, anak sendiri, nini, dato, ataupun kenalan2 tane. Ingatlah bahawa Allah itu adil and ia inda pernah bermaksud untuk menganiaya hamba2Nya tapi manusia sendiri yang menganiaya diri mereka sendiri.

Aku berdoa agar tane semua dan umat islam diseluruh dunia akan sentiasa dilindungi Allah dan tergolong di antara hamba2Nya yang sentiasa bertaubat dan kembali kepadaNya dengan keadaan yang diredhai Allah. Thanks for reading y'all..

Love
Tapau

Tiada ulasan: