23 November 2009

Aman Ah

Terima kasih Tuhan di atas cobaan baik yang datang dalam bentuk kesenangan dan kemelaratan. Tani bertaubat kepada Tuhan seru sekali Alam yang hanya kepadaNya lah tani serah jiwa raga dan semoga ketani tergolong di dalam golongan yang kebaikannya ditunda hingga hari kiamat.

Di dalam surah Al Ahzab ayat 72, Allah berfirman:

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada persediaan pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia, (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan”.

Banyak urang cakap pasal amanah, amanah harith, tabung amanah pekerja, tabung amanah islam brunei and so on tapi adakah tani banar2 tau udah apa makna amanah itu? Dan udahkan tani tau apa LAWAN amanah?

Amanah adalah sifat yang ada dalam diri nabi kesayangan kita, in fact semua sahabat2 dan orang2 yang tau banar pasal pentingnya bersifat amanah ataupun menjaga amanah ani, inda mau mensia-siakan amanah yang dibagi.

Teringat seorang sahabat nabi, ia ani banar2 mau kraja tapi nabi inda bagi pasal nabi sayangkan sahabat ani, weird kan? Kalau tani ada kadai, mungkin tani suruh kawan ataupun keluarga tani jadi pengurus beso dalam kedai itu. Perkara ini lebih ketara keberlakunannya. Adakah tu word atu?

Subhanallah, kalau manusia atu dapat meliat api neraka yang menjulang-julang apinya, grenti semua urang mau jadi miskin and kalau dpt inda kaja pasal, once tani kana bagi tanggungjawab, maka, akan berlangsunglah proses pertanggungjawaban bek di dunia maupun di akhirat.

Etah masa dizaman umar abd aziz, menjadi seorang hakim atu barat sampai walaupun gaji dorang 100 ribu dirham, nada urang brani kan ambil post atu pasal they know duka yang bekal mereke terima di akhirat nanti. Kan Allah atu hakim yang mutlaq?

Tapi mau inda mau mesti ada jua urang yang pikul tugas menjadi hakim and di saat pemerintahan umar abd aziz yang sekajap, manusia merasakan nikmat di bahawa kezuhudan dan kefakihan umar dan orang2 yang dilantik di bawahnya.

Kau tau ke? Urang2 yang dilantik ani bukan calang2, bukannya yang tau pasal kehidupan marine di laut ataupun yang tau pasal kajibumi tapi dorang ani adalah mereka2 yang memang penduduk setempat tau, dorang ani alim melatup.

Alim melatup? term baru ke? Tak, atu adalah satu terma yang sangat specel pasal, dorang yang kana pilih mengHOLD ataupun menduduki satu kedudukan ataupun kerja atu, mereka yang INDA MAU kana bagi kraja atu.

Mahal kan? Kalau sekarang, semua urang perabut kan jadi model2 ataupun watak2 yang femes ataupun memigang jawatan yang tinggi. MUngkin sorang2 lain tujuannya, ada sal duit, ada mau femes, ada mau buat perubahan, ada mau itu, ada mau ini and so on tapi bukan semua jahat ada jua yang baik and we're NOT assuming ada urang jahat di dunia ani, adakah?

Yang brijapnya pasal tanggungjawab ialah kalau tani inda mampu menjalankan tugas ani dengan yang terbaik. Urang punya persepsi ialah "melakukan kraja sekadarnya" maksudnya, kalau atu kana suruh, etah saja yang dibuat tapi sebenarnya nda pasalnya Allah suka kepada urang yang membuat sesuatu perkara2 atu sempurna.

Makna sempurna atu pun luas tu tapi bagi me lah, sempurna ani macam tani banar2 kraja and buat yang disuruh, inda membuang masa, cari kraja, buat kraja walaupun ada ketidakadilan, inda belakon sibuk walaupun limpas udah 430 ptg and so on.

Zup zup zap zup zup, langsai. We want the job to be done nicely and as bisai as possible but it does NOT necessarily have to be perfect.

Tapi as I said, amanah ani macam2 jenis, cigu bertanggungjawab ke atas anak muridnya, security bertanggungjawab ke atas bangunan yang dijaganya and bukan untuk skodeng, bapa bertaunggungjawab ke atas keperluan asas rumah, bos bertanggungjawab ke atas anak buahnya dan seorang pemimpin bertaunggungjawab ke atas rakyatnya dan seorang NABI bertanggungjawab ke atas umatNya and just so yknow, umat NABI MUHAMMAD anitah yang paling specel pasal jangkmasa tani lebih kurang macam LIFO iaitu LAST IN FIRST OUT.

Kalau siapa tau accounting akan tau benda ani, ani adalah bagi pengurusan stok2 yang ada dalam sesebuah kadai itu. Jadinya barang yang paling akhir masuk, etah yang pertama sekali keluar in contrast to FIFO, FIRST IN FIRST OUT. Yakni barang yang akhir sekali datang mesti tunggu turn nya until semua barang2 yang awal ani habis dulu, nya uwang toha, yang daulu ddaulu kan!

Imagine kamu kah? Umat2 yang sebelum tani macam kaum luth nuh saba', dorang ani, Allah lebih Mengetahui, berada dalam kubur, kana seksa dalam keadaan yang inda tani tebayangkan, lama kali ah. Tani ani lagi type yang inda tahan menunggu dalam garisan yang panjang. Rahmat rahmat..syukur kepada Ilahi.

So, tani specel sal sudahtah tani umat yang paling akhir tapi tani adalah umat yang awal2 dihisab oleh Allah Ta'ala. Ku teringat satu hadis dimana seorang dimana seorang hamba Allah ani MAJAL kan jadi umat nabi Muhammad tapi inda dapat. Bukan saja atu tapi syafa'at ani dikhas uleh Nabi Muhammad saja, bi iznillah.

Ok lari sulnya, tapi what im sayin is cemana setiap diri atu, suka tau tak, akan dipertanggungjawaban. Jadi manusia ani amanah jua ni! Ajaran sesat? Cuba fikirkan.

Kalau sekiranya mata diciptakan untuk "bersahaja" ataupun tuk main2, then, kenapa dalam quran Allah balik2 mention pasal "memerhatikan" buta tetapi mereka dapat meliat and so on. Mata ani amanah pasalnya, semua anggota badan tani ani ialah sebuah pinjaman yang sangat agung pasalnya, nothing can replace or even match the QUALITY CIPTAAN ALLAH! PERIOD!

Tapi manusia bertabiat suka melawan, tanya soalan2 yang inda pedah2 sampai dorang tanya siapa yang menciptakan Allah? Tani beriman dengan Allah dan apa yang dibawa oleh rasulNya.

Contoh saja, kalau kamu pinjamkan cd player yang MASIH BARU arah kawan kamu for a period of time, and masa ia balikkan, rusak taya. marah kah inda kamu tu?

Kalau aku mungkin ku telan kemarahan ku kerana aku yakin dengan hadis nabi yang berbunyi lebih kurang, "..sesiapa yang menahan kemarahannya, nescaya Allah akan menghentikan kemurkaanNya kepadanya pada hari kiamat”.

Rasanya, banyak benda yang telah Allah amanahkan pada tani tapi tani kadang2 mungkin terlupa ataupun pura2 lupa bahawasanya tani sebenarnya menari-nari di atas api neraka..semoga Allah menjauhkan api neraka daripada tani semua.

Aku teringat jua satu hadis pasal ada di akhirat kelak seorang ani, memikul kayu or maybe batu lapas atu angkatnya tapi inda terdaya sampai terampas dikepalanya then ia mati then hidup semual then diulangi perbuatannya sampai banyak kayu or batu dipikulnya. Prasanku ani masa nabi isra' mi'raj. Then masa nabi tanya siapa urang atu, katanya malaikat jibril, atu urang yang suka memikul amanah banyak2 sedangkan amanah yang sedia ada, ia ya tebala..Masya Allah..

Jadi kengkawan, tani hendaklah memastikan bahawa setiap cerita rahsia, setiap tugas, setiap suruhan, terutama sekali suruhan Allah dan rasulNya, tani laksanakan sampai tahap tani merasa letih kerana RASA tani untuk menjadi urang yang amanah.

ONLINE DI OFFICE FOR PERSONAL USE AMANAH KAH INDA? itulah soalan yang mungkin urang inda ingau. Cuba pikirkan yek.

That's all for now, aku hanya inginkan kebaikan kepada tani semua agar Allah memberikan tani ketenangan di dalam hati tani semasa tani menjalankan tugas sebagai hamba Allah di muka bumi.

Berdoalah kepada Allah dengan lemah lembut kerana Allah mengetahui apa yang tersirat di dalam hati tani.

LOVE
Tapau

13 November 2009

SIGUP GUSIP UPIGS

Tiada daya dan kuasa melainkan kekuasaan Allah. Darah yang mengalir di dalam badan, jantung yang berdegup-degup, mata yang keliar2, jari jemari yang bergerak, dada yang kembang kempis dan semua benda2 yang bergerak EVEN mesin yang dibuat uleh manusia tidak akan mampu bergerak tanpa KEKUASAAN ALLAH.

Tani akur dan yakin dengan kekuasaan Allah yang mutlaq. Kalau bukan kerana rahmatnya, tani nda mungkin akan bangun selepas tidur yang menyelerakan. Tani inda mungkin akan dapat menyuapi makanan ke mulut tani, tani inda mungkin akan menandang bula sampai gol kalau ALLAH inda izin. Pasal atu tani mesti sentiasa ucapkan puji dan syukur bukan saja dengan lidah tapi dengan perbuatan dan perasaan.

Becakap pasal sigup ani, aku ingat masa hang masih kecik. Masa atu usu ku pecayaa, umurku kali 12 ataupun 14, then ia suruh light up a smoke for him. Macam aku pun like, :"waaaa, im cool". Then aku pegi ke dapur and cuba untuk marakkan api. And bagi pesigup-pesigup yang cool, kamu tau kan kalau kan hidupkan sigup ani, mesti disedut smoke buttnya atu or filternya. Aku pun macam dalam hati, "cemana ni ah..".

Aku pun cuba untuk marakkan tanpa sedutan tapi pajah saja macam apakan and ahirnya, inda ku ingat siapa tapi someone else did marakkan sigup yang buleh membuatkan anak kecil dalam perut jadi terencat otak and inda sempurna pembentukannya dalam rahim. Bukan saja atu tapi urang yang inda besigup pun tekana jua, lebih teruk dari pada urang yang besigup pasal, masa tani teINHALE asap sigup atu, tani nada penapis.

Ahirnya, sudah tani mencecah umur 40+ ataupun lebih awal dari atu, we start to have sakit2 di dada. Bermulalah satu langkah di mana tani terpaksa makan pill sakit jantung yang kos beribu-ribu ringgit kalau di luar negara. Tapi di Brunei tani nasib baik pasal sultan tani sangat care pasal penduduknya ia subsidize bejuta-juta every year pasal sakit jantung yang sebenarnya dapat dielakkan dari awal.

PREVENTION IS BETTER THAN CURE.

Biskita pun balik mendangar pasal ani. Did you guys know? It COSTS LESS TO PREVENT SOMETHING DARIPADA MENCARI UBAT untuk membaik pulih sesuatu keadaan. Dalam hidup tani sehari-hari, banyak benda2 yang dapat tani elak sama jua macam maksiat, sekali tani melibatkan diri tani dengan dosa, rasanya susah ataupun barat kan meninggalkannya. Macam ketagih sudah dengan "kenyamanan" membuat dusa.

Pernah sudah ku rista awal2, cemana proses tabiat berlaku, TERbuat, biasa, suka dan tabiat. Once ia sampai stage tabi'at, rasanya tani nada kuasa ataupun kekuataan untuk melawan nafsu ataupun bisikan syaitan atu until tani abaikan kewajipan, tinggalkan tanggungjawab, lupakan kawan, mendekatkan diri dengan setan dan ahirnya tani pun jahannam sampai nyawa putus dari badan.

Perlu diingat kawan2, tiada kuasa melainkan kekuasaan Allah yang di mana sesuatu atu berlaku tanpa izinNya. Aku inda akan mampu menulis kalau Allah inda izin and kamu akan jadi malas membaca blog yang buruk ani kalau Allah inda izin. Tani semua bergerak, melakukan sesuatu MENGIKUT peraturan Allah and di dalam Al quran ada menyebut yang sunatullah atu inda akan berubah, setiap proses yang berlangsung di dalam badan tani dan di luar badan tani akan berlaku.

Contoh, setiap kerosakan yang berlaku adalah kerana tindak tanduk manusia atu sendiri, dorang gali parit, dorang putung pokok, dorang lasakkan gunung sampai bumi jadi inda stable, ahirnya berlakulah cuaca yang inda menantu sampai seriatu aku termimpi Brunei dihujani dengan snow...lapas atu aku menangis pasal dalam mimpi atu aku beckp pada diriku, "qiamat sudah.." sambil menangis tapi ku liat sekelilingku banyak urang happy pasal ada snow..

Tapi indakan tani akan biarkan sesuatu yang buruk atu menimpa tani. COntoh yang paling cali ialah besigup sendiri, keburukan yang ada pada besigup inda nampak dan banyak urang merasa besigup atu ok jer pasal inda sakit2 sampai dorang bawa dalil2 di mana ia pernah dangar ceta, "niniku besigup jua sejak ia teenager, inda sakit2 walaupun umurnya 60 taun udah" Pernah kamu dangar?

Pernah kamu dangar dalam quran janganlah kamu menjerumuskan diri kamu dalam kebinasaan. Dalam satu hadis yang lebih kurang bermaksud, "Allah mengharamkan penganiayaan pada diriNya..." ani manusia pulang labih2 kah merusakkan dirinya.

Kamu tau mufti kerajaan Brunei mengharamkan besigup ani pasalnya besigup ani kaedah yang well-known yang buleh mematikan. Kan share apa yang ku baca tapi inda ku ingat di mana tapi terdapat satu gerakan di dunia ani, dorang mau bejuta-juta urang mati pasal alasannya the lesser people there is on earth, bumi ani akan lebih stabil di mana pabila waktu atu tiba, dorang akan clink kan wine glass dorang sambil dangar lagi mozart..kelurusan ataupun perancangan yang efektif?

Sudah seseorang atu gian udah besigup sampai harinya pun berubah color, ia rasa dirinya wajib besigup terutama sekali selepas makan. Sigup mengandungi satu bahan yang, jika sudah terbiasa, menjadi KEPERLUAN dalam badan like a necessity dan kalau inda besigup, badannya jadi lamah, moody, lesu dan bermacam-macam lagi symptom yang kesian.

Untuk menjawab soalan cana branti besigup ani, bek kamu tanya pakar2 yang bertauliah pasal apa jua tauku, ilmu yang ku ada sangat terbatas tapinya aku inda akan menghampakan kamu2 yang mau branti besigup.

Masa ani banyak udah cara untuk branti besigup, satu ialah makan chewing gum, bukan chewing gum biasa tapi yang dibuat KHAS untuk urang besigup tapi rasanya efektif tapi penyakit lain plang timbul, kencing manis ataupun kerosakan gigi. Pasal chewing gum is generally sweet and sama jua halnya, lama-kelamaan efek dari makan manis atu akan terburai sudah tani meningkat tua.

Ada tia ikut therapy ataupun berjumpa urang2 yang mendangar masalah urang besigup and try to find a remedy for this smoke-addicts. Ahirnya inda jua dapat pasal sudah ia melakat dalam badan atu, susah yang dikikis.

Real story, aku kenal seorang insan, ia besigup like a chimney, blu bla blu bla ahirnya, ia jatuh sakit, buat by-pass di singapore then alhamdulillah, baik semula, ia able to stop smoking for quite a number of year and recently "caught" him smoking again. Sedih.

Perhatikanlah kawan2 siapa sajakan yang suka besigup. Adakah urang terpelajar? Menteri2? Tukang sapu? Tukang cuci jamban? Pembersih di sekulah? Anak murid? Guru2? Imam2? Siapa SIAPA!? Urang bangla? Urang thai? Urang brunai? Urang putih? Urang kulit itam? lelaki? Wanita? Anak damit? Kucing? Anjing?

See the point, mana ya pilih kasih, kalau dapat pembuat sigup ani suruh pokok pun besigup pasal apa yang dorang rancang atu menjadi, they are able to seize each and everyone of us untuk besigup tapi jan silap yaw, not all. ALhamdulillah, i know quite a few yang inda besigup syukur2.

Tapi kebanyakannya urang besigup, bek dalam jamban, dalam keta masal jam, masa besukan, masa rehat skajap, masa bekamih and so on. Kalau kamu prasan, ada satu pattern yang berlaku kepada urang yang besigup..Apa nah?

Not to generalize tapi dari pengamatan ku lah, urang atu besigup pasal besar kemungkinan iman yang di dada atu sangat nipis ataupun nada langsung. Kalau sekiranya seorang pesigup pernah membaca ayat yang janganlah kamu merosakkan diri...atu grenti ia inda besigup pasal ia tau yang atu perintah ALLAH azza wa jalla, inda ya kan main2 dengan ayat Allah. inda ja?

Tapi tani diharamkan untuk menjudge urang pasal atu bukan kraja tani, atu kraja Allah nanti di Mahkamah yang paling AGUNG. Kalau urang atu banar2 beriman kepada Allah dan apa yang disuruh, eritnya, semua perkara2 yang makruh apa lagi yang haram atu dielaknya udah and tau ya kan dirinya.

So what? Jadinya, semua balik kepada tepuk dada tanya iman? ADakah masih ada secebis cahaya yang tinggal untuk digilapkan agar lebih tarang? Adakah masih ada peluang untuk kita balik kepada Allah? Adakah masih ada kekuataan untuk melawan nafsu syahwat syaitan yang direjam?

TANTU TU EH! kerana selagi matahari balum rise dari barat ke timur, selagi atu anak adam (iaitu semua manusia) dibagi peluang uleh Allah untuk bertaubat kepadaNya kerana Allah atu Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.

Jadi, cara yang paling berkesan, rasaku ni ah, untuk tani menyadarkan urang yang gila sigup ani ialah dengan mengenalkan Allah kepadaNya pasal kamu bagitau pun ia yang sigup ani merosakkan jantung or whatever ia ya kan caya sampai maut mengundang ia. Alang2 kan, bek tah kamu getau ia pasal kekuasaan Allah and ceta pasal syurga dan neraka, pahala dan dosa, azab kubur dan sebagainya, walaupun inda nampak tapi YAKINGLAH, ITULAH YANG HAQ! Ampunilah dosa kami wahai Tuhan yang Maha Mendengar.

Serulah Tuhanmu dengan suara yang lembut
LOVE
Tapau

09 November 2009

Boy, you're cute!

Apa yg ada dilangit dan di bumi memuji Allah dengan cara yang Allah ilhamkan. Katak membunyikan satu bunyi yang mungkin saja bertasbih memuji kebesaran Allah. Burung2 yg berkicauan dipagi hari mungkin saja burungs itu berterima kaseh kpd Allah di atas rejeki yg di baginya dan singa yang mengAUM dalam zoo mungkin membuat cematu pasal binatang yg ditakuti oleh manusia ani gerun dan takut mendengar hembatan2 yg menimpa arah manusia2 yg ingkar kpd Allah masa ia hidup..tani mengharapkn pabila waktu kite tiba, kita mengharapkan agar hari kebangkitan disegerakn pasal tani mau menikmati juadah yg Allah sudah janjikan. Berlainan halnya urang yg bakal diumbankn ke dalam api yg membkr roh yg KUFUR kepada Allah!! Semua dengan izin Allah..

Aku harap kamu semua sehat dan masih ada iman di dada walaupun sedikit. At least ADA. Kamu tau apa akan jadi kalau urang nada IMAN, dorang akan membuat sesuka hati tanpa malu. Nya nabi Muhammad, "kalau kamu nada malu lagi, berbuatlah sesukamu!". Padih padih. Pasal apa?

Pasal liat berapa ramai urang melayu sudah macam nada malu, expose badan dorang yang montel2 arah lelaki anjabi, kana pigang, kana "caress", kana belai or whatever. Sampai tahap, kebanyakan bini2 akhir zaman ani MELACUR diri dorang terutama sekali di negara2 yang ugama islam bukan agama rasmi dorang. Bukan saja di Belgium tapi negara2 kawasan asian pun ada red light district yang di mana hasil usaha pelacuran atu dijadikan sebagai hasil NEGARA yang tertinggi.

Face it, website yang paling kaya ialah website2 yang meliatkan gambar2 yang urang nada baju dan seluar. Even banks pun kalah kali pasal kalau iman urang atu nipis, hasilnya ialah type keywords2 yang lucah2 sampai temasuk ke website ani HOPING ada tejumpa apa yang nafsu mereka kehendaki.

Tapi syukur kepada Tuhan kerana aku masih lagi diberi kekuatan and aku harap kamu pun dibagi kekuatan untuk menjaga anggota badan kamu daripada terjerumus ke dalam lembah kehinaan. Tetapkanlah kami dalam iman ya Allah..Doa hanyalah bagi orang mukmin.

Ok, perhati sekeliling berapa ramai urang melayu sekarang sudah inda malu lagi sampai tahap parentsnya berbangga kalau anaknya bini2 atu pandai "bergaya" and up-to-date dengan trend2 masa kini. Hairan kan, kalau dulu2, kan membuat maksiat ani mesti urang betapuk-tapuk.

Ada urang buat dalam jamban, ada urang buat belakang pokok pisang, ada urang buat dalam tangki ubd, ada urang buat dalam library, ada urang makeout di pantai tangah malam, ada urang buat dalam bilik while parentsnya tidur nyenyak, ada urang buat atas kubur dan banyak lagi. Tapi lain udah masa ani.

Kalau urang couple2 atu, kalau ia kan gatal, pigang2 yang udah dapan2 urang sipun tah dapan keluarganya sendiri, cubit2, kelitik2, or whatever, kalau dalam panggung atu, brapa ramai tu urang bermaksiat, macamtah ALLAH ATU BUTA!

Apa dah jadi dengan negara islam yang berkonsepkan melayu islam beraja? Macam rasanya kebanyakan kehidupan urang melayu lebih kepada motto MUSIC IS MY LIFE. So apasaja yang buatnya mesti ada music, cara pakainya mesti ada sangkut paut dengan apa yang ia liat yakni ahli musik yang nyanyi pasal cintan cintun sama pasal kan jadi gangster atau how to lay a smack on someone or kan score dengan someone.

Aku pun inda tau cemana lagi. Tapi I think cara yang berkesan ialah dengan inda mensupport benda2 cemani. Perkataan yang paling sesuai dalam hal ani ialah BOYCOTT! Banyak urang boycott tapi inda tau napa ia boikot.

Aku explen sikit apa fungsi boikot ani. Boikot ialah cara untuk membuat pembuat sesuatu barang, perbadanan, negara and even manusia sendiri atu "jatuh" ataupun lingkup. Putus source of revenue. Kamu tau nabi sendiri pernah kana boikot macam perjanjian hudaibiyah. Sahabat pun pernah kana boikot pasal inda ikut berperang. Bagiku sendiri, boikot ialah perkataan yang sangat luas brabiss.

Ani bukan dari buku tapi dari apa yang ku perhatikan. Boikot ada dua. Satu tani boikot barang2 buatan orang kafir yang tarang2 memusuhi islam dan KEDUA, memboikot ORANG yang memusuhi Allah dan rasulNya.

Tapi kalau kan diliat dari perspektif lain, banarnya tani ani kadang2 memboikot urang islam sendiri kerana perbuatan dorang. Contoh tah tani ada kawan, ia ani islam tapi ulah macam setan. Apakah tani patut lari daripadanya ataupun tani hangout masih dengan ia?

Kalau aku yang DAHULU, tarus ku boikot and hindari kawan tadi atu tapi kalau masa ani, masih ku berkawan dengan ia pasalnya tugas tani sebagai hamba Allah masih tetap berlangsung and tani takut tani kana tuntut kalau tani elak daripada menyampaikan apa yang sepatutnya. Yang lebih utama ialah untuk mengabungkan diri dengan masyarakat yang jahiliyah daripada mengelak. TAPI mesti mantap udah karang CAIR.

Kalau tani liat nabi Muhammad yang tani rindui, pernah nabi berUZLAH buat beberapa ketika tapi lapas atu Allah perintahkan baginda untuk pegi masuk masyarakatnya untuk mendakwah dorang agar dorang KENAL siapa ALLAH, siapa Tuhan yang sebenar..

Jadinya, I guess for now, apa yang perlu tani buat ialah tani elak daripada membali barang2 yang dibuat ataupun yang disponsor ataupun yang tarang2 nyata yang dorang ani banar2 membuat bisnes untuk tujuan agar urang islam atu hancur. Dorang belikan pistol, nuclear, asid, tanks and bombs untuk membuat hidup urang islam yang sudah tah hidup merempat lebih merana.

Bukan plang saja atu, kalau kamu pernah dangar hadis nabi yang diriwayatkan uleh Abu Daud dan Termizi, daripada Abu Said Al Khudri ia mendengar Rasulullah bersabda,

"Janganlah kamu berkawan melainkan dengan orang MUKMIN dan janganlah kamu makan makanan melainkan orang yang bertaqwa (makanan)".

Interesting kan hadis ani, cemana Nabi memerintahkan tani untuk berkawan dengan urang2 yang bertaqwa dan bukannya urang kafir pasal dalam hadis lain, nabi jua cakap pasal kalau kamu kan meliat agama seseorang atu, liatkan agama KAWANnya. Ani sahih, liat saja sekeliling tani, banyak kali ah kalau satu group atu kalau salah seorang kawannya besigup, semua tu besigup.

Macam rasanya kalau kan makan direstoran cina, au au walaupun HALAL and banyak urang betupi aji makan dsana, lebih baik tani elak pasal setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka, NERAKA lebih berhak baginya.

Bukannya apa yaw, tani mau seboleh-bolehnya, tukang masak tani atu ialah orang yang bertaqwa, yang menjaga solatnya, yang mejaga kebersihannya, kuku inda panjang, inda betaei, (and bukan saja pakai topi putih yang panjang atu) tapi inda besigup.

Kalau tani tau efeknya makan makanan yang dibuat uleh urang bertaqwa ani, AKU YAKIN, masalah social di dunia ani akan kurang pasal semua urang ada iman and dorang malu kepada Allah dan TAKUT kalau2, apa yang dorang makan atu datang dari sumber yang inda halal. PErsoanalannya sekarang ialah when was the last we thought of buying produk2 buatan orang yang bertaqwa? When was the last time we bought produk2 orang bukan islam walaupun ada CAP HALAL?

Semoga bermanfa'at bagi diriku (udah ku baca lagi sekali) dan kepada abiskita semua.

Kenalilah nama2 Allah yang terindah!
Love
Tapau

03 November 2009

Kepulauan Melayu

Salam kepada yang masih lagi membaca blog yang ahir2 ani jarang beupdate. Aku bertaubat kepada Tuhan yang sifat keampunanNya lebih besar daripada kemurkaanNya. Tani mesti selalu releksi diri and pastikan yang tani adalah manusia yang disebut uleh nabi, genuis!

Apanya nabi? Sahabat tanya, "Wahai rasulullah, siapakah orang yang genuis? Nabi jawab, "Orang yang menyiapkan dirinya untuk kematian.." Allah lebih Mengetahui.

Aku harap kamu semua sehat and inda damam makan buah saja especially durian dan rambutan. Sampai tekak pun sakit menalan. Syukur syukur. Allah suka kepada mereka yang sederhana and inda berlebih-lebihan. Kamu tau makan durian overdose buleh menyebabkan kamu panas badan sampai ahirnya kamu jadi damam? Belum try belum tauuu

Ok, alhamdulillah kerana Allah masih lagi membagi tani peluang untuk menimbal semula segala maksiat yang pernah tani lakukan kerana setiap kesalahan yang ditutupi dengan kebaikan atu insha Allah, Allah ampuni and cuba jangan ulangi lagi.

Tani bertaubat kepada Tuhan semesta alam di atas kelalaian tani arahNya, keegoaan tani terhadapNya dan seterusnya. Tani lebih pentingkan suruhan manusia daripada suruhan Allah, tani lebih watir apa urang pikir daripada apa Allah pikir dan lebih suka suka memenuhi hak Allah daripada hak2 yang lain.

Salah satu sebab kenapa doa tani inda makbul, iaitu tani inda mengamalkan islam atu sepenuhnya, apalagi kan mengikut sunnah nabi, puhhh semangat. Ampuh!

Itulah hakikat manusia yang senang digiring kiri kanan, sampai malas kan menyelidiki asal usul sesuatu dengan alasan, aku sibuk, nada masa, malasku, malasku ingau, biarkan chia, ehhh, apakan.

In fact, kalau kamu perhatikan, sikap ani terutamanya berlaku arah urang MELAYU. Aku pun urang melayu tapi aku inda mau kana label melayu pasal pada awalnya manusia atu hanyalah berdasarkan iman dan taqwa, so kalau urang tanya, kau bangsa apa, jawab saja islam. Aku nada bangsa. Extreme kah?

Pasal apa aku inda mau kana label urang melayu? Even, apakan erti melayu ani banar2? kalau translate jadi english, ia jadi MA LAY and kalau di translate word melayu atu sendiri ia jadi ME LAYU.

Paham ke? Maksudnya, bukan semua, tapi perhati, brapa ramai urang melayu yang jogging pagi2 lepas suboh, ataupun makan breakfast di pagi ahad, brapa banyak kadai urang melayu yang bukan at 6am, brapa ramai urang melayu yang suka duduk cakap kosong and seterusnya, brapa ramai couple melayu yang bejalan-jalan di gadong? brapa ramai urang melayu yang masuk yang selalu escape sekulah?

List goes on and ia seakan-akan sudah menjadi satu trend yang OUT dan sepatutnya inda berlaku. Pada suatu hari, lepas suboh, aku decidekan makan sekali I know this one place, ada buka waktu suboh, so aku ke sana then dari jauh ku nampak ramai urang, "then dalam hatiku tertanya...semangat jua dorang ani"

Disebabkan mataku inda brapa tarang masa atu, ku assume dorang ani melayu TAPI sudah hampir rupanya urang mata sipit (bangsa cina)!! tekajut jua tu. It amazes me cemana urang bukan islam yang pagi2 ahad udah breakfast and dengan semangat memulakan hari dorang dengan senaman and so on.

Lain halnya dengan tani, ari kelepasan awam, ahad dan juma'at, etah masa untuk tidur sampai tengah hari sampai suboh pun tinggal. Sayang kawan2 ku yang melayu ISLAM, tani sepatutnya lebih semangat lagi daripada urang bukan islam. ANi rasanya seakan-akan melayu inda akan pernah maju selagi tani inda membuang sikap malas atu terlampau ani.

Di mana2 saja, urang melayu ani kalau kan belawan dengan bangsa lain susah pasal kan bangun for suboh pun sudah ampar, apa lagi kalau berperang melawan musuh. TAPIkan kamu aku YAKIN yang urang melayu ani buleh bangkit, oh yeah, aku bukan racists ataupun whatever aku kan membuka mata kamu and menyedarkan agar tani buleh sama2 maju macam bangsa lain jua ESPECIALLY urang ISLAM SENDIRI.

Jadi, ku syorkan kepada kamu agar sanksi dan ubah tabiat tani yang buruk (kalau ada) dan TIRU sikap2 bangsa negara2 yang maju macam jipun, spore dan negara2 yang maju TAPI jan plang dikut budaya dorang macam haloween dan krismas and so on.

Walaupun pindik tapi ku harap tani sama2 dapat berubah and mau maju, semua dengan izin Allah.

Kenalilah Allah lebih LAGI sebagaimana kamu mengenal pelakon2/musicians
Tapau