27 Ogos 2010

Tips Hidup Orang Zaman Dahulu

Assalamu'alaikum kawan2 yang dikasihi Allah. Tanpa disedari, tane udah berada di pertengahan bulan ramadhan yang dalamnya terdapat macam2 perkara2 yang inda dapat dibuat di bulan yang lain.

Kalau bulan selain ramadhan, ada urang inda tutop aurat, ada urang suka mengumpat, ada urang banci ke masjid, ada urang inda puasa dan ada jua urang yang kan membuka quran pun untuk memindahkan barang.

Tapi di bulan ramadhan, masya Allah, ampir semua urang jadi orang baik, suka buat baik arah urang lain, suka baca quran, suka inda tidur lepas suboh dan lepas asar dan banyak lagi perkara2 yang berkebajikan dibuat.

Lepas tu, aku pun merenung kepada diriku memang banar, iblis la'aanallah atu memainkan peranan yang sangat besar di waktu selain bulan ramadhan. Pasalnya hanya di bulan anitah iblis dan geng2nya kana ikat. Yang tinggal hanyakan kebaikan...TAPI inda!

Walaupun iblis "bercuti" selama satu bulan tapi SEBELAS BULAN yang lain, ia udah membuatkan ataupun menyediakan bekal arah diri tane agar tane senantiasa hanyut dibuai dengan dunia ani. Ei, inda jua ada iblis, cana buleh ada urang mencuri, merogol, kelai, sangka buruk, ngumpat dan lain2 dosa2.

Yang dididiknya nafsu, nafsu yang kajanya memaningkan kepala manusia, membuatkan hati tane terpaut dengan dunia, terpaut dengan harta benda terpaut dengan kehidupan dan yang lebih parah lagi, hati tane udah terpaut dengan CINTA KEPADA DUNIA.

Kalau kawan2 pernah dangar cemana nafsu ani masa ia kana ciptakan, maka, kamu pun akan bergaru kepala, bukan pasal ada ketombe tapi pasal cemana gagah dan beraninya ataupun angkuh dan sombongnya nafsu kepada Allah.

Jadi nafsu pun dengan input yang dibagi uleh iblis menjalankan kewajipan yang telah dibagi arahnya sebelum iblis bercuti. Dan liatkan kehancuran yang dibuatnya sampai ada urang yang inda puasa, ada urang puasa tapi makan, ada urang puasa tapi liat porno, ada urang puasa tapi pigang tangan dengan laki2/bini2 yang bukan mahram.

BUkan saja itu tapi dari segi persiapan kan menyambut raya lagi tia ketara how EFFECTIVE tarbiyyah iblis ani. Rata2 semua urang buat baju baru, sepatu baru, sinjang baru, keta baru, cat baru dan lain2 lagi. ANi bukan saja menyebabkan "pressure" ke atas orang yang hidup dalam keadaan yang sempit tapi pembaziran yang luar biasa.

Here comes the tips kehidupan urang dulu, rasanya datuk2 tane ataupun urang dulu hidup dalam keadaan yang serba cukup, inda payah susah2kan ataupun menyusahkan orang lain. Contoh, Umar al Khattab semasa penaklukan jerusalem yakni baitul muqaddis mempunyai EMAT PULOH patches ataupun TAMPALAN arah pakaiannya and masa atu ia Amirul Mukmineen.

Kalau Nabi apatah lagi, kalau alas kakinya kuyak, ia jait sendiri, kalau Abu Ubaidah, govenor Syria dalam rumahnya ada satu bekas sama cadar, rumahnya totally kusung. Apatah lagi Abu Dzar, apatah lagi Utsman, Ali, umar abd aziz, ibnu sirin, hasan al basri dan generasi2 yang mempunyai watak2 yang mengerunkan musuh2 islam. Dorang ani semua kaya tapi kaya dorang bukan dari segi wang ringgit tapi jiwa dan hati yang bersih..

Jadi moto dorang dulu..insha Allah

Koyak jait,
belubang tampal,
rosak baiki,
makanan nda nyaman jgn dikomen
selagi dapat pakai pakai.

Berlainan dengan kehidupan tane..

Kuyak sekubit ganti baru
Belubang buang
makanan nda nyaman, apa ni! masin ah! tawar juaaa! (maki hamun)
rosak bali baru

Having said that, masing2 Allah udah bagi rezeki sesuai dengan keadaan dan dalam rezeki yang tane kana bagi, ada hak orang lain yang perlu dibagi and once tane karit ataupun kedekut untuk mengeluarkan zakat, takut2 bala akan turun arah orang yang karit tadi sampai ada 1 juta pun rasanya inda cukup..

Jadi kawan2, aku menyeru kepada diriku dan diri awda diluar sana agar perlahan2 tane mengikut jejak langkah orang2 ingin bersama-sama dengan para sahabat, para tabi'en dan terutama sekali mereka yang ingin bersua dengan rasulullah nanti.

Apanya Umar Al Khattab masa urang teliat ia makan di atas lantai dengan segelas air, kurma dan roti, nya

"Aku hidup bersama Rasulullah dan ia redha kepadaku lalu ia meninggalkan aku, begitu juga Abu Bakr, aku hidup bersamanya ia redha kepadalu lalu ia juga meninggalkan aku, aku khuatir jika aku tinggalkan cara hidup mereka, aku tidak akan bersama-sama mereka nanti..

Fikirkanlah kawan2

Love
Tapau

Tiada ulasan: