09 Mei 2010

-ve

Assalamu'alaikum warahmatullah kawan2 yang dikasihi Allah. Aku harap kamu sehat2 semua dan masih lagi mempunyai iman yang mantap pasalnya kalau iman nada ani susah, semua buleh jadi macam menipu, khianat, merampok, berzina, minum arak dan sebagainya. Macam urang bagi pagar dkawasan rumah pasal apa kian? Pasal kan jaga harta ataupun kan memastikan krabau inda masuk? Fikirkanlah.

So yeah, been busy lately dengan aktivitas yang menarik hati, baik fisikal maupun mental. Minggu2 yang lepas yang lepas yang ku lalu membuatkan ku lebih mature in a sense that setiap perkara yang berlaku memang ada hikmahnya. Setiap burung yang lalu, setiap kucing yang kana langgar, setiap daun yang gugur, grenti ada pelajarannya, ganya tane kadang2 inda brapa ingau, termasuk diriku yang ingin menjadi orang yang paling inda negatif!

Kamu tau, masa ani ada brapa biliun urang di atas muka bumi ini? menurut statistik yang ku terima dari sumber2 yang inda brapa sahih, masa ani ada berbiliun biliun manusia yang terdiri daripada berbagai warna, adat resam, keturunan, bau, kaler rambut dan sebagainya. Termasuk dalam manusia ani jua ada yang -ve dan ada yang positif. Dan tane kana suruh untuk berkenalan dengan satu dengan yang lain untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara bangsa2 lain.

Tapi jan plang salah anggap, bukannya mengURAT tu ah, ertinya lelaki seharusnya berkenalan dengan lelaki dan bini2 sama bini2, karang mikin ramai karang gejalan social yang semakin hari semakin rancak berlaku. Pasal apa kan tu ah? Aku pun haiyan. Buku bejurit, ustat2 pun banyak jua, masjid sana sini, tiap minggu kana basuh uleh imam pasal buat dusa pasal takwa, masihhhh jua urang berkelakuan tidak senonoh

Sebagai contoh pakai skirt tapi kai tudong, pakai tudong tapi kai seluar ketat, pakai baju labuh tapi inda betudong, pegi ke masjid hari2 tapi masjid jua mengumpat? Apakah yang sedang melanda negeri tane yang aman ani? Adakah ada sesuatu yang tani terlepas pandang atau adakah aku sedang bermimpi sebuah mimpi yang mengerikan?

Manusia inda akan lapas daripada bergaul, hatta, munyit dalam hutan pun mesti bergaul antara geng2 masing, kalau inda kana pulaukan tia ataupun kana ucap "lone ranger". Buring jua kan tu? Siuk kah tu sorang2 jalan2 cari makan? Siuk kah tu sorang2 memancing? Siuk kah tu sorang2 men bulan dengan dinding?

Kadang2 kalau difikirkan kesian jua urang yang anak tunggal ani, ia nada kaka, abg ataupun adi, jadi ia melakat arah babu babunya saja, ahirnya apa akan jadi, ia akan jadi kepuasan dengan mencari pasangan, gf or bf. ataupun ke internet cari cyber friends, ahirnya, kelakuan pun jadi songsang. Parents lapas tangan dan sebagainya. Melarat arah lain.

Etabah, satu perkara yang saya pelajari sejak lama udah inda chatting ani ialah AURA. Apakan tu? Angin tau? Terasa kan tapi nampak kamu? Inda? Not unless angin atu membawa pasir, atu "macam" nampak tapi bukan angin, sesuatu yang inda dapat dipigang dengan tangan tapi we FEEL it.

Aura mengikut pendapat ku terbahagi kepada dua, Satu, aura positif dua, aura negatif. Aura positif ialah seperti sesuatu yang baik, pujian, amal jariah, zikir, sangka baik, pemikiran terbuka, pemaaf dan suri tauladan yang sempurna. Contoh saja tu. Aura yang negatif pula, buruk sangka, penjeles, pendendam, put blame on others dan sebagainya, pokoknya, sesuatu perkara yang inda baik ataupun budi pekerti seseorang yang kuang hajo.

Jadi, apa yang mencuit hati saye ialah ketika bila kita bersangka baik dengan apa yang dijadikan Allah, tani akan terasa semua ani amazing, semua urang baik, all the plants, tress dan burung2 they are WITH you. Sebaliknya, kalau tani kana marah2 saja, kusut sana kusut sini, umpat sana umpat sini, komplen sana komplen sini, all these negativities just seemed to FOLLOW you and everything and everyone seems to be AGAINST YOU.

Etah ni, kalau bekawan dengan urang yang berfikirkan jahat, kajanya kan memikirkan cara men"dapat"kan bini2 ataupun kan mencuri harta benda kerajaan, ataupun apa saja jenis mungkar, ahirnya tane pun "tekana" ANGIN tadi atu. Inda plang nampak tapi, tempias jua tu. Tapi kalau tani sentiasa bersama urang2 yang positif, semua rasanya baik, nada yang inda baik, ahirnya ia jadi urang yang redha kepada apa yang terjadi arahnya. Walaupun sesuatu perkara atu macam jahat.

Tapi jan plang salah anggap, yang haram tetap haram, atu wajib terbentras dengan cara yang paling baik sekali. See the difference, kalau tani kan melarang ataupun menagur urang, mesti tani buat dengan cara yang paling terbaik yakni dengan berhikmah, bukannya kan ditampar, ditrajang, dihina, diumpat belakang dan sebagainya, tapi dengan cara yang sebaliknya.

Satu perkara yang sangat penting lagi ialah tane mesti sedaya upaya jauhkan diri tane daripada urang2 yang mempunyai aura yang -ve ani pasalnya udah disebutkan di atas. Pasal atu awal2 ku tanya, di dunia ani ada billions of people, kenapa tane kan bergaul dengan urang yang akan menghancurkan diri tani? Cali jua kan tu?

Kan siuk kalau everything is lovely dan dandy. Inda murung, inda mengucapkan siapa2 walaupun banar ulahnya catu, inda menghina, dapat menulung memperbaiki urang punya keyakinan diri dan sebagainya. Hidup jadi stress free. Rasanya, setiap sesuatu atu mesti tani pandang dengan cara yang paling baik pasalnya, tani menerima apa yang Allah bagi arah tane. And once that happens, tani jadi manusia yang paling specel di pandangan Allah. Kan best gitu?

Jadi, aku harap, tane sama2 dapat kikis sifat2 yang negatif jadi bentuk ia jadi sifat2 yang posifit kerana dengan atu tane dapat mengamalkan hidup yang lebih sehat, bersemangat dan lebih produktif baik untuk diri tane mahupun masyarakat dunia secara umumnya.

Sebagai latihan, cuba dalam satu minggu, kamu inda berfikirkan -ve baik dalam hati ataupun dalam percakapan. Lihatlah hasilnya insha Allah!

Love
Tapau

Tiada ulasan: