15 Oktober 2010

Yang Mulia Siapa?

Assalamu'alaikum kawan2 yang dikasihi Allah. Mudahan sehat wal 'afiat dan masih lagi ada iman yang dijadikan sebagai benteng melawan nafsu syahwat yang selalu aja mengajak kepada dosa dan maksiat.

Telah diceritakan bahawa pada suatu hari Imam Syafi'e ada menerima jemputan and as we all know, Imam Syafi'e (IS) bukan saja mantap dari segi ilmu, ibadah dan amalan, ia jua ahli zuhud yang sangat bersederhana dari segi pakai, makan dsb.

Jadi sepertimana lazimnya, IS pakai baju biasa saja, ala kadar. Udah sampai arah jemputan atu, diperhatikannya tuan empunya rumah inda berapa melayan urang2 yang pakai baju murah, yang layannya brabis hanyalah urang2 yang memakai baju2 branded, mungkin gucci, LV dsb. Dorang ani kana sambut dengan cara yang bagus sekali sedangkan yang baju biasa dibiarkan duduk tanpa layanan sehingga menyebabkan keTTRan belaku.

Pastu terlintas dalam hati IS untuk balik ke rumah dan tukar baju yang mahal. Beberapa pendapat cana bleh IS ada baju mahal sedangkan ia zahid. So ada pendapat cakap ia minjam dari kawannya. Yang penting udah yang pakai baju lawa tadi ani, ia pun balik arah jemputan tadi. Seperti yang diduga, ia pun kana layan uleh tuan rumah tadi dgn layanan yang baik sehinggakan ia kana jemput masuk ke dalam rumah untuk makan.

Lalu IS pun kana persilakan duduk..Tanpa membuang masa IS pun mengaut makanan dan memasukkan ke dalam baju yang dipakainya. Tuan rumah kelurusan teliat tekajut! Ia getau IS, "Kenapa Tuan memasukkan makanan dalam baju Tuan, jika Tuan mau, saya akan sediakan satu bekas agar Tuan dapat membawa makanan pulang".

Pastu IS punya jawab, "Makanan ini bukan untuk saya tapi untuk baju saya." Ouch! Tuan rumah pun teklik maksud IS dan ia punya minta maaf.

Tani liat keadaan masani, cemana? Di dalam surah Al-Hujuraat ayat 13 yang lebih kurang bermaksud, orang2 yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang PALING TAQWA.

Its not about what we wear, who we know, what we have physically, what car we drive, how well our dialect is etc tapi yang paling taqwa, bukan saja dapan urang tapi belakang urang pun taqwa.

Beberapa pendapat, ada cakap taqwa ani menjauhkan diri daripada apa yang dilarang uleh Allah dan membuat yang Allah suruh. Pendapat lain ialah TAKUT kepada Allah. Yakni kalau urang atu takut arah Allah ia merasakan yang Allah sentiasa memerhatikannya di mana jua ia berada baik ia sorang2 ataupun beramai-ramai.

Apa2pun pendapat kawan2 mengenai taqwa, ingatlah bahawa hanyalah dengan ketakwaan ketani buleh selamat, the money we saved, the houses we built, the land we own cant save us from the tragedy that'll will befall upon on one day.

We all will die and the best of you are those who prepares himself/herself for death. Semoga tane tergolong dalam golongan orang2 yang bertaqwa insha Allah ameen..

Ampunilah kami ya Tuhan kami

Love
Tapau

01 September 2010

Nur oh Nur


Assalamu'alaikum kawan2 yang dikasihi oleh Allah. Mudahan ketane semua sentiasa berada di bawah perlindungan Allah dan ingat Allah masa memberi sesuatu, masa buat keputusan sama pabila minta sesuatu.

Tiap2 negara di dunia mempunyai objektif masing2. Kalau di Amerika, dorang ada "freedom of speech" or equality for everyone. Kalau di malaysia, "satu malaysia" or was it wawasan 2020, kalau di indon yang mempunyai 450 JUTA rakyat, mungkin membasmi kemiskinan or mungkin TIADA KORUPSI DI INDONESIA!

Mungkin moto2 ataupun objektif negara2 tadi menjurus kepada dunia semata-mata. Kalau singapore dorang fokus arah "human capital" yakni cemana kan memerah (cam memarah susu kambing) manusia untuk menghasilkan sesuatu yang banyak dengan usaha yang sedikit. Bagemana ya?

Masyarakat yang terdiri daripada individu2 memainkan peranan masing2 untuk berkerja keras untuk memastikan dorang mempunyai kualiti2 yang mampu mencapai objektif besar tadi.

Tapi kalau negara tani lain, bukan lain apa tapi negara tane mempunyai moto yang menjurus kepada dua2; dunia dan akhirat. Hah?

Kawan2 mungkin pernah dangar, or tebaca or teliat pasal "Negara zikir" yang mempunyai konsep yang tersangat luas.

Secara zahir, kebanyakan manusia mungkin akan menyangka konsep ani adalah berbentuk ibadah saja cam zikir, tahmid, tahlil, solat, puasa, nek haji. Tapi sebenarnya, ia mempunyai makna yang lebih mendalam, yakni bukan sekular. Agama untuk ustat dan bukan untuk guru matematik contoh.

Ataupun sapa krajanya tukang mesin rumput, ertinya ia nda tah pandai agama tu langsung. Sepertimana yang raja tani titahkan balik2, pemerintah tani mau semua urang celek ugama, tau pasal ugama berlawanan dengan jahil tentang agama.

Mana yang lebi afdhal, seorang anak yang soleh memandikan si ayah ataupun seorang ustat yang dipanggil dari daerah kuala belait? Ataupun mana yang lebih baik, seorang anak yang mengimami mayat ayahnya ataupun sorang ustaz yang femes?

Kawan2 yang dikasihi, di era globalisasi sekarang, kebanyakan daripada ketani telahpun hanyut dibuai dengan mimpi dunia yang hanya bersifat sementara. Salman al-farisy pernah dipesan uleh nabi muhammad yang lebih kurang berbunyi "hiduplah kamu seperti seorang musafir.."

Hatta, masa ia jadi governor, and masa ia kan buat rumah, arkiteknya describe rumahnya cemana, "Jangan anda khawatir! rumah itu merupakan bangunan yang dapat digunakan bernaung di waktu panas dan tempat berteduh di waktu hujan. Andainya anda berdiri, maka kepala anda akan sampai pada langit-langitnya; dan jika anda berbaring, maka kaki anda akan terantuk pada dindingnya”. “Benar”, ujar Salman radhiyallahu ‘anhu, “seperti itulah seharusnya rumah yang akan anda bangun!”.

Tapi kalau liat rumahku, macam2 ada itu ada ini ada, katil empuk, air ada, akon ada, selimut ada dsb. Yang hairannya macam sahabat tadi atu kan meninggal pun belinangan air matanya pasal ia watir, satu bekas makanan sama satu "baldi" untuk pakainya minum sama mandi..

Pasal atu konsep zikir ani penting dalam kehidupan tane. Sepatutnya setiap urang islam yang tinggal di brunai hendaklah tau fiqh, mesti tau sirah, mesti tah, mua'amalah, mesti tau syariah dan sebagainya, apatah lagi perkara2 yang asas macam bacaan sebelum tidur, cara mendidik anak dan sebagainya. Bukan plang maksudnya jadi expert tapi at least tau basic. [peringatan kepada diri ini].

Mun semua urang banar tau perihal2 agama, insha Allah, negara ani akan lebih makmur dan keamanan yang dinikmati sekarang akan ditambah dan ada berkah insha Allah.

Interesting innit? Di mata seorang yang banyak kekurangan, B$1.00 akan dipandang macam B$1,000 tapi bagi orang yang berkemampuan B$1.00 akan dipandang macam 1 cent. Logika?

Manakan inda, kalau orang yang dhoif tadi, singgit atu, etah duitnya ganya sampai ujung bulan jadi ia mesti memikirkan cara untuk belanja, cara belanja yang paling berhemah. Tapi lain cara kalau urang yang berkemampuan meliat seringgit, samaada dorang bali sesuatu yang mengenyangkan ataupun dorang bali pepsi twist untuk menghilang dahaga.

Tapi payah jua tu kan, seringgit for the whole month?? How, kalau sekiranya hamba ini terjadi yang sedemikian, mungkin i'll use to buy matakail sama tangsi, kalau kan majal lagi cari tangsi yang menyangkut di kampong ayer ataupun di dahan2 dan, sudah atu, cari sebatang kayu yang panjang dan pegi memancing di sungai.

Daripada tangkapan ikan tadi, samaada untuk dijual ataupun untuk dimakan pada hari itu. Sudah dapat duit tadi, dapat bali kail sama tangsi yang lebih mantap, pas dpt ikan jual lagi, udah laku, bali perahu dan mula melusuri laut agar dpt ikan yang lebih beso. Sebelum atu mungkin lungkang saja, pastu siring sungai, udah ada perahu, masuk tengah sungai, pastu...

Begitulah kehidupan seorang yang miskin yang dengan modal seringgit, ia mampu menjadi orang yang berkemampuan. Lari sulnya ceta ani.

Tapi the main point to remember is, we want everyone menjadi apa yang dimahukan oleh negara (in fact agama islam sendiri) tani salnya bukan saja ia benefit diri tani tapi benefit orang lain jua. Tani bukannya maukan ahli ibadah yang kajanya dimasjid sepanjang hari tapi ketani mau orang yang menyedarkan urang tentang makna zikir.

Pasal apa? Pasal barangkali ada manusia yang berzikir dlm hati tapi seluar pindik atas lutut (bagi lelaki), ada orang bertudong tetapi masih lagi mengumpat, ada orang meraikan hari raya, tetapi bersalaman dengan orang yang bukan mahram dan sebagainya macam sepupu sama babu saudara ketani yang bukan adik beradik bapa/babu tani dan seterusnya.

Oleh itu, marilah saya menyeru diri ini dan kawan2 di luar sana agar sentiasa ingat Allah baik di masa senang ataupun masa susah, masa kaya mahupun masa miskin, masa sibuk ataupun lapang, masa sakit ataupun masa sehat, agar negara ani diberkati di limpahi oleh Allah rahmat yang melimpah.

Bantulah agama Allah agar Allah mengukuhkan keadaanmu!

Love
Tapau

27 Ogos 2010

Tips Hidup Orang Zaman Dahulu

Assalamu'alaikum kawan2 yang dikasihi Allah. Tanpa disedari, tane udah berada di pertengahan bulan ramadhan yang dalamnya terdapat macam2 perkara2 yang inda dapat dibuat di bulan yang lain.

Kalau bulan selain ramadhan, ada urang inda tutop aurat, ada urang suka mengumpat, ada urang banci ke masjid, ada urang inda puasa dan ada jua urang yang kan membuka quran pun untuk memindahkan barang.

Tapi di bulan ramadhan, masya Allah, ampir semua urang jadi orang baik, suka buat baik arah urang lain, suka baca quran, suka inda tidur lepas suboh dan lepas asar dan banyak lagi perkara2 yang berkebajikan dibuat.

Lepas tu, aku pun merenung kepada diriku memang banar, iblis la'aanallah atu memainkan peranan yang sangat besar di waktu selain bulan ramadhan. Pasalnya hanya di bulan anitah iblis dan geng2nya kana ikat. Yang tinggal hanyakan kebaikan...TAPI inda!

Walaupun iblis "bercuti" selama satu bulan tapi SEBELAS BULAN yang lain, ia udah membuatkan ataupun menyediakan bekal arah diri tane agar tane senantiasa hanyut dibuai dengan dunia ani. Ei, inda jua ada iblis, cana buleh ada urang mencuri, merogol, kelai, sangka buruk, ngumpat dan lain2 dosa2.

Yang dididiknya nafsu, nafsu yang kajanya memaningkan kepala manusia, membuatkan hati tane terpaut dengan dunia, terpaut dengan harta benda terpaut dengan kehidupan dan yang lebih parah lagi, hati tane udah terpaut dengan CINTA KEPADA DUNIA.

Kalau kawan2 pernah dangar cemana nafsu ani masa ia kana ciptakan, maka, kamu pun akan bergaru kepala, bukan pasal ada ketombe tapi pasal cemana gagah dan beraninya ataupun angkuh dan sombongnya nafsu kepada Allah.

Jadi nafsu pun dengan input yang dibagi uleh iblis menjalankan kewajipan yang telah dibagi arahnya sebelum iblis bercuti. Dan liatkan kehancuran yang dibuatnya sampai ada urang yang inda puasa, ada urang puasa tapi makan, ada urang puasa tapi liat porno, ada urang puasa tapi pigang tangan dengan laki2/bini2 yang bukan mahram.

BUkan saja itu tapi dari segi persiapan kan menyambut raya lagi tia ketara how EFFECTIVE tarbiyyah iblis ani. Rata2 semua urang buat baju baru, sepatu baru, sinjang baru, keta baru, cat baru dan lain2 lagi. ANi bukan saja menyebabkan "pressure" ke atas orang yang hidup dalam keadaan yang sempit tapi pembaziran yang luar biasa.

Here comes the tips kehidupan urang dulu, rasanya datuk2 tane ataupun urang dulu hidup dalam keadaan yang serba cukup, inda payah susah2kan ataupun menyusahkan orang lain. Contoh, Umar al Khattab semasa penaklukan jerusalem yakni baitul muqaddis mempunyai EMAT PULOH patches ataupun TAMPALAN arah pakaiannya and masa atu ia Amirul Mukmineen.

Kalau Nabi apatah lagi, kalau alas kakinya kuyak, ia jait sendiri, kalau Abu Ubaidah, govenor Syria dalam rumahnya ada satu bekas sama cadar, rumahnya totally kusung. Apatah lagi Abu Dzar, apatah lagi Utsman, Ali, umar abd aziz, ibnu sirin, hasan al basri dan generasi2 yang mempunyai watak2 yang mengerunkan musuh2 islam. Dorang ani semua kaya tapi kaya dorang bukan dari segi wang ringgit tapi jiwa dan hati yang bersih..

Jadi moto dorang dulu..insha Allah

Koyak jait,
belubang tampal,
rosak baiki,
makanan nda nyaman jgn dikomen
selagi dapat pakai pakai.

Berlainan dengan kehidupan tane..

Kuyak sekubit ganti baru
Belubang buang
makanan nda nyaman, apa ni! masin ah! tawar juaaa! (maki hamun)
rosak bali baru

Having said that, masing2 Allah udah bagi rezeki sesuai dengan keadaan dan dalam rezeki yang tane kana bagi, ada hak orang lain yang perlu dibagi and once tane karit ataupun kedekut untuk mengeluarkan zakat, takut2 bala akan turun arah orang yang karit tadi sampai ada 1 juta pun rasanya inda cukup..

Jadi kawan2, aku menyeru kepada diriku dan diri awda diluar sana agar perlahan2 tane mengikut jejak langkah orang2 ingin bersama-sama dengan para sahabat, para tabi'en dan terutama sekali mereka yang ingin bersua dengan rasulullah nanti.

Apanya Umar Al Khattab masa urang teliat ia makan di atas lantai dengan segelas air, kurma dan roti, nya

"Aku hidup bersama Rasulullah dan ia redha kepadaku lalu ia meninggalkan aku, begitu juga Abu Bakr, aku hidup bersamanya ia redha kepadalu lalu ia juga meninggalkan aku, aku khuatir jika aku tinggalkan cara hidup mereka, aku tidak akan bersama-sama mereka nanti..

Fikirkanlah kawan2

Love
Tapau