21 Mac 2010

Dunia Fana

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Tuhan yang telah memberikan tane semua ni'mat yang inda terhitung banyaknya dan dengan ni'mat yang diberikan Allah kepada tane, tane ucapkan terima kasih kepada Allah bukan saja dengan lidah tapi dengan perbuatan tane sehari-hari.

Aku harap semua berada di dalam iman yang masih berada di tahap yang buleh diselamatkan pasalnya kalau tani rasa diri tane inda dapat diselamatkan, cematulah jua tindakan Allah terhadap tane kerana di dalam hadis qudsi ada menyebutkan yang Allah bertindak melalui apa yang tane "kehendaki".

Semua yang berlaku ada sebab dan nada satu PUN yang Allah ciptakan tanpa sebab. Ada urang cakap terdapat dua bahagian dalam badan tane yang "nada fungsi" 1) pusat 2) inda ku ingat tapi its inside our tummy.

Kalau sesiapa yang rajin membilak-bilak tafseer baik qurtubi, baik ibn katseer, baik thabari baik maarif, kamu akan dapati para ahli tafseer, cara dorang mengolahkan sesuatu ayat atu diliat dari macam2 perspektif dan of course dengan bersandarkan apa yang nabi sabdakan ataupun yang sahabat2 diskus masa daulu. Just goes to show how AMAZING the quran is.

Sepatutnya ayat2 quran inda akan pernah bercanggah dengan apa yang dicakapkan uleh nabi dan sebaliknya, kalau ada ertinya, salah sudah tu tafsiran urang tersebut. Sama hadis nabi jua selalunya menghuraikan dengan lebih lanjut lagi firman Allah. Contoh macam wudhu, solat, puasa2 sunat dan sebagainya.

Tapi sayang, ada urang anti-hadis karang ani yang menolah hadis nabi, ada yang solat 2 waktu saja dan kawin lebih dari empat. Ani mungkin berpunca daripada jemaah2 yang ada agenda sendiri yang pengikutnya mungkin inda dan ahirnya akan tertanya-tanya "apakah yang telah berlaku?"

Perlu tane ingat yang umat nabi Muhammad ani akan dipacah kepada 73 kelompok dan yang selamat saja satu iaitu yang berpegang teguh dengan al quran dan hadis. Dan dikatakan yang kumpulan yang selamat ani ialah ahli sunnah wal jamaah.

Sayangnya, banyak jemaah yang "claim" to ikut ahli sunnah wal jamaah tapi action speaks louder than word ataupun perbuatan bercakap lebih nyaring daripada suara. Apakan.

Pasal apa plang ku cakap catu? Pasalnya, contoh2 nya adalah seperti berikut bagi salam, bagi makan arah urang miskin, berbuat baik arah makhluk Allah, pebaik ya urang kafir jan saja urang yang tarang2 memusuhi islam, solat jemaah di masjid setiap waktu (kalau kedengaran azan, jgn kumpul harta, jgn gilakan dunia, jgn gilakan pangkat etc.

Specifically on pangkat, salah seorang imam yang basar masa di zaman abasiyyah yang mana sorang imam ani ia ani kan kana bagi pangkat yang basar. Macam hakim lah tapi inda ya mau pasal takut ya ia dijadikan sandaran. Sekali khalifah pun marah lah arahnya sampai ia kana umban dalam penjara, sampai ahirnya ia mati.Bukannya apa tapi ia takut tanggungjawab yang bakal dipikul atu.

Sama jua sahabat2 nabi para tabien yang menjauhkan diri dorang daripada pembesar2 negara dan dorang ani jenis2 yang banci kepada harta benda sampai ahirnya dorang kana pulaukan. Oh sangat jauh tane dari dorang... :(

Tapi sekarang dah lain, dulu hidup sorang diri sekarang ada teman, dulu naik biskal, tapi sekarang kai keta, dulu kai keta 3 tayar, ani kai 4 roda, dulu kali keta damit, now kai keta basar, dan dulu kai keta basar, now pakai jet pejuang, sampai mati tah catu.

Eritnya, manusia secara semula jadi, memang cinta kepada dunia tapi kan kamu, aku kan share pasal surah yang menarik hati ku walaupun arabic sekadar baca terjemahan. Ayatnya berbunyi (dalam tejemahan):

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan. (Al Qashash: 77)

Di dalam ibu katseer ada menghuraikan sedikit pasal ani yang summarynya macam ok tu, enjoy apa yang ada di dunia tapi jan jua lupa pasal akhirat. Maksudnya gunakan harta2 kamu di dunia ani untuk mendapatkan akhirat. Allah inda melarang tane kraja, kawin, pakai baju lawa, tempat tinggal pasalnya setiap sesuatu ada hak ke atas sesuatu. Allah mempunyai hak ke atas tane, diri tane ada hak di atas tane, kelaurga tane ada hak di atas diri tane...dan bagilah hak masing2.

Eritnya kalau kan zuhud pun, jan jua sampai bini terbiar, kalau kan mengejar kekayaan pun jan lupa pasal penjagaan urang di rumah. Kalau kan menuntut ilmu pun, jan jua lupa pasal ibu bapa tane di rumah. Pasal kesian jua babu ketani tu, kecarian ba tu. Tapi yang lebih penting lagi ialah kalau kan mengejar dunia pun, ingatlah satu perkara ani yang demi Allah tane semua akan balik kepada Allah, bini, laki, harta, anak, SL500 2010, ps4, jam brietling etc inda akan Allah liat, yang diliat-Nya, kebaikan2 yang kamu buat (yang 100% murni).

NOT our deeds yang tane campur2 macam rojak. Oh aku buat ani pasal familiku dan Allah, ketahuilah, urang atu berbuat sesuatu atu kerana familinya. (cek hadis qudsi). Ohh, aku buat ani untuk bosku dan kerana Allah, sama macam di atas. IN a perfect world, yang tani inda akan kecapi or mungkin kecapi, orang mukmeen melakukan sesuatu kerana Allah bukan untuk mengambang, ataupun mengharapkan pujian, apatah lagi mengharapkan celaan, (lagi baik kan dapat pahala).

Oleh itu, aku menyeru diriku dan dirimu agar tane sentiasa mujahadah dan aku dengan apa yang Allah tetapkan kepada tane dan mempersiapkan diri tane dengan amal2 yang bukan incit2, ikut mood tetapi satu amal, auuu walaupun satu amal yang berterusan agar tane semua menjadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak.

Sebelum waktu tane tiba (kematian), aku berdoa agar Allah mengampuni dosa tane, dosa keluarga tane, dan dosa kawan2 tane dan memberikan tane hidayah yang berterusan, ameen ya rabb..

Love
Tapau

Tiada ulasan: