26 Mac 2010

Bek Dah Tu Kalau Paham Aku Yang Nda Paham Ane Cana?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Puji-pujian hanya bagi Tuhan seru sekalian alam yang mampu melakukan apa saja. Yang nda tidur, nda mengantuk, nda bersifat macam apa yang disifatkan uleh urang2 dulu dan sekarang macam Allah atu beranak dan diperanakkan, Allah atu bersekutu dan macam2 andaian yang dibuat uleh urang yang inda tau ataupun mungkin tau tapi saja kan cari pasal.

Maha suci Allah daripada apa yang manusia sekutukan. Dia berdiri dengan sendiri dan dengan hanya menyebutkan kun fayakun, maka jadilah sesuatu atu. Wal awwalu wal akhir. Nada sesuatu pun dapat menandingi-Nya sampai bila2. Allah inda pernah menganiaya hamba-hamba Nya tapi manusia sendiri yang menganiaya dirinya sendiri (liat surah al ankaabut ayat 40.

Ada perambahan brunai yang berbunyi bahasa menunjukkan bangsa. Pernah bis tuan2/puan2 dangar? Its interesting pasal in some ways this is true tapi sejak bahasa omputih menjadi international language. Like everywhere you go, baik ke india, ke brazil, ke china, ke miri, ke spain, ke france, kalau tane inda pandai bahasa dorang, most likely they'll speak english to you.

Macam, english language dah jadi SECONDARY language in most parts of this world. Even brunai, nada urang kan jadikan bahasa urdu jadi secong language, apatah lagi menjadikan bahasa pure arabic. Ahirnya bahasa tulin tani ataupun mother tongue atau bahasa ibunda, eseh, menjadi pudar, even to a point, kanak2 karang ani inda paham lagi bahasa brunai yang lampau. Try talking to your grandparents, mungkin ada certain words tane inda menangkap tapi just as long as we get the point, I think cukup tah udah tu yooo.

Perkataan such as belacan, bekaut (berwudhu), beguring, ngepet, berbalan, kamat, gostan, dan sebagainya adalah sebahagian daripada perkataan2 yang kebanyakan urang2 muda masa ani inda tau. Inda plang semua tapi adaaa atu ada lah. Caranya, cuba kamu lepak dengan nini2 kamu ataupun urang2 tua, it'll teach you a thing or two bout life. Tapi kalau pasal ugama, urang2 tua tane kurang sedikit pasalnya kelas ugama dulu mana ada.

Pasal atu tah tane yang muda2 ani lucky in a way that tane dapat belajar deen ani walaupun masih ancing tapi at least dapat ingat sikit pun ok. Kan? Inda kah? Am I wrong? PROVE IT!!! hahaha

Anyway, yang interesting lagi kalau brunei dulu cana. Banyak tulisan jawi sampai ada huruf baru yang kana buat untuk memudahkan sebutan certain perkataan yang urang2 tua dulu payah yang menyabut pasal dorang nada gigi. Contoh perkataannya adalah seperti pija (pizza), ajim ('azim), etc. Apa lagi ah? Blank blank blank

kesiaaannnn kan? Mungkin pasal dulu nada pressure cooker, etah daging atu karas, kan menganggus (gigit) daging pun sampai bangkak gusi sama patah gigi. Kesiaannn kan???

Jan diucapkan pau, karang kau pun catu jua tu. Bukannya mengucapkan kamu tapi tane belajar untuk belajar. Dalam erti kata lain, tani liat cemana keadaan orang2 sekeliling tane dan ambil yang baik dan elakkan daripada membuat perkara2 yang akan menjadikan tane catu.

Contoh saja urang2 tua sekarang yang banyak penyakit, darah tinggi, sakit jantung, kencing masin/manis, gout dan sebagainya. Kalau dapat tane udah tua nanti inda mampu terlibat dengan gejala ani. Tane mau by the time tani 40 or 50, badan tane masih lagi segar, inda semesitnya bermuscle. Kalau bemuscle-muscle pun tapi bangun malam pun inda mampu, Allah sedikit pun inda pandang.

Kalau dapat, udah tani tua nanti, badan tani cergas macam urang2 dulu. Kalau dapat macam nabi, by the time baginda sallahu 'alaihi wassalam reached 40, masih lagi ya mampu berjalan daripada makkah to kota madinah. By the time baginda 50, masih lagi mampu bertempur dengan musuh2 islam and EVEN by the time nabi kan wafat, masih ia SOLAT JEMAAH di masjid..

Tapi zaman udah berubah, alasan demi alasan dibagi, rumah jauh, keta pancit, ngalih ku bah, bakas kraja kali ah, eh makan ku dulu, melayan keluarga, atu nabiii, aku bukan nabi dan sebagainya. Macam how dare we compare ourselves to nabi yang maksum, tapi amalannya lebih banyak dari anak adam zaman ani.

Let's analyze,

NABI MUHAMMAD

1) Kekasih Allah
2) kana assured syurga oleh Allah
3) kana ampunkan dosa2nya baik yang lepas dan yang akan datang
4) Allah dengar doanya
5) Jibril selalu bejumpa dengan baginda

Dari segi amalan baginda:

1) Solat fardhu jemmah dimasjid INDA PERNAH MISS except masa kan hampir wafat / masa bermusaffir (Allah lebih Tahu)
2) Puasa sunat isnin khamis, putih hitam,
3) Solat dhuha
4) Bangun malam
5) Bacaan quran
6) Sedekah
7) Masa dihabiskan untuk kepentingan ummah
8) Doa menangis
9) Hidup susah tapi cukup
10)Nada komplen etc
11)Makan macam seorang hamba..

DIRI INI

1) Hubungan dengan Allah? Jauh atau dekat?
2) Pernah liat jibril?
3) Konpem masuk syurga?
4) Dosa konpem kana ampunkan whilst membuat maksiat?

Dari segi amalan:

1) Tidur sepanjang malam sampai kul 7 pagi
2) Karit
3) Makan ikut cara urang barat
4) Makan terusss
5) Jemaah sorang diri saja
6) Azan, tutop radio, jalan terusss
7) Halal kan ni? Makan terusss
8) Ketawa puas2 sampai karing gusi
9) Komplen memanjang: tawar juaaaa, inda ku mau makan eh! gali ku
10)Masa dipenuhi dengan ke lagha-an.

Perhatikan how big the gap is between nabi dan diri ini. Baru setaun jagung, udah tia malas2 kan solat jemaah di masjid, atukan masjid kusung, yang ada ucing saja mengiau. Udah umur 60 puluh baru tah betobat, jan harap bui, mati ani nada yang kan membagi salam arah tane dulu ataupun minta permission arah tane samaada tane mau mati kah inda, tapi ia datang macam sebuah kemalangan yang indah.

Bukan main2, tapi mati ani satu perkara yang serius habis-habisan. NO second chance. THIS is IT!

Kalau amalan tane ok terutama sekali SOLAT FARDHU tane tane jaga, insha Allah amalan LAIN pun kana terima tapi kalau solat fardhu 5 kali atu pun inda tejaga, aku wish diriku dan dirimu the best of luck coz there ISN'T A THING CALLED LUCK, semua ani dalam qada' dan qadar Allah udah. Yang perlu usaha gigih yang berterusan.

Random jua banar, aku atu kan cakap pasal bahasa tapi lari tia pulang. Oh well, its written in lauh mahfuz what it is meant to be written. Harapan ku ialah tane mantapkan diri tane brabisan so that by the time we get old, tane lebih bertenaga zahir/batin daripada belia yang berumur 21 tahun. Semua dengan izin Allah

Tane mulakan dengan bacaan basmalah dan tane sudahi kehidupan ani dengan ikrar La ilaa ha illallah muhammadarr rasulullah. Kalau roh ku masih lagi dalam jasad ani, ada ku ceta lagi pasal kepentingan bahasa k. Insha Allah.

Illaliqo' ma'asalamah

Love
Tapau

21 Mac 2010

Dunia Fana

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Tuhan yang telah memberikan tane semua ni'mat yang inda terhitung banyaknya dan dengan ni'mat yang diberikan Allah kepada tane, tane ucapkan terima kasih kepada Allah bukan saja dengan lidah tapi dengan perbuatan tane sehari-hari.

Aku harap semua berada di dalam iman yang masih berada di tahap yang buleh diselamatkan pasalnya kalau tani rasa diri tane inda dapat diselamatkan, cematulah jua tindakan Allah terhadap tane kerana di dalam hadis qudsi ada menyebutkan yang Allah bertindak melalui apa yang tane "kehendaki".

Semua yang berlaku ada sebab dan nada satu PUN yang Allah ciptakan tanpa sebab. Ada urang cakap terdapat dua bahagian dalam badan tane yang "nada fungsi" 1) pusat 2) inda ku ingat tapi its inside our tummy.

Kalau sesiapa yang rajin membilak-bilak tafseer baik qurtubi, baik ibn katseer, baik thabari baik maarif, kamu akan dapati para ahli tafseer, cara dorang mengolahkan sesuatu ayat atu diliat dari macam2 perspektif dan of course dengan bersandarkan apa yang nabi sabdakan ataupun yang sahabat2 diskus masa daulu. Just goes to show how AMAZING the quran is.

Sepatutnya ayat2 quran inda akan pernah bercanggah dengan apa yang dicakapkan uleh nabi dan sebaliknya, kalau ada ertinya, salah sudah tu tafsiran urang tersebut. Sama hadis nabi jua selalunya menghuraikan dengan lebih lanjut lagi firman Allah. Contoh macam wudhu, solat, puasa2 sunat dan sebagainya.

Tapi sayang, ada urang anti-hadis karang ani yang menolah hadis nabi, ada yang solat 2 waktu saja dan kawin lebih dari empat. Ani mungkin berpunca daripada jemaah2 yang ada agenda sendiri yang pengikutnya mungkin inda dan ahirnya akan tertanya-tanya "apakah yang telah berlaku?"

Perlu tane ingat yang umat nabi Muhammad ani akan dipacah kepada 73 kelompok dan yang selamat saja satu iaitu yang berpegang teguh dengan al quran dan hadis. Dan dikatakan yang kumpulan yang selamat ani ialah ahli sunnah wal jamaah.

Sayangnya, banyak jemaah yang "claim" to ikut ahli sunnah wal jamaah tapi action speaks louder than word ataupun perbuatan bercakap lebih nyaring daripada suara. Apakan.

Pasal apa plang ku cakap catu? Pasalnya, contoh2 nya adalah seperti berikut bagi salam, bagi makan arah urang miskin, berbuat baik arah makhluk Allah, pebaik ya urang kafir jan saja urang yang tarang2 memusuhi islam, solat jemaah di masjid setiap waktu (kalau kedengaran azan, jgn kumpul harta, jgn gilakan dunia, jgn gilakan pangkat etc.

Specifically on pangkat, salah seorang imam yang basar masa di zaman abasiyyah yang mana sorang imam ani ia ani kan kana bagi pangkat yang basar. Macam hakim lah tapi inda ya mau pasal takut ya ia dijadikan sandaran. Sekali khalifah pun marah lah arahnya sampai ia kana umban dalam penjara, sampai ahirnya ia mati.Bukannya apa tapi ia takut tanggungjawab yang bakal dipikul atu.

Sama jua sahabat2 nabi para tabien yang menjauhkan diri dorang daripada pembesar2 negara dan dorang ani jenis2 yang banci kepada harta benda sampai ahirnya dorang kana pulaukan. Oh sangat jauh tane dari dorang... :(

Tapi sekarang dah lain, dulu hidup sorang diri sekarang ada teman, dulu naik biskal, tapi sekarang kai keta, dulu kai keta 3 tayar, ani kai 4 roda, dulu kali keta damit, now kai keta basar, dan dulu kai keta basar, now pakai jet pejuang, sampai mati tah catu.

Eritnya, manusia secara semula jadi, memang cinta kepada dunia tapi kan kamu, aku kan share pasal surah yang menarik hati ku walaupun arabic sekadar baca terjemahan. Ayatnya berbunyi (dalam tejemahan):

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan. (Al Qashash: 77)

Di dalam ibu katseer ada menghuraikan sedikit pasal ani yang summarynya macam ok tu, enjoy apa yang ada di dunia tapi jan jua lupa pasal akhirat. Maksudnya gunakan harta2 kamu di dunia ani untuk mendapatkan akhirat. Allah inda melarang tane kraja, kawin, pakai baju lawa, tempat tinggal pasalnya setiap sesuatu ada hak ke atas sesuatu. Allah mempunyai hak ke atas tane, diri tane ada hak di atas tane, kelaurga tane ada hak di atas diri tane...dan bagilah hak masing2.

Eritnya kalau kan zuhud pun, jan jua sampai bini terbiar, kalau kan mengejar kekayaan pun jan lupa pasal penjagaan urang di rumah. Kalau kan menuntut ilmu pun, jan jua lupa pasal ibu bapa tane di rumah. Pasal kesian jua babu ketani tu, kecarian ba tu. Tapi yang lebih penting lagi ialah kalau kan mengejar dunia pun, ingatlah satu perkara ani yang demi Allah tane semua akan balik kepada Allah, bini, laki, harta, anak, SL500 2010, ps4, jam brietling etc inda akan Allah liat, yang diliat-Nya, kebaikan2 yang kamu buat (yang 100% murni).

NOT our deeds yang tane campur2 macam rojak. Oh aku buat ani pasal familiku dan Allah, ketahuilah, urang atu berbuat sesuatu atu kerana familinya. (cek hadis qudsi). Ohh, aku buat ani untuk bosku dan kerana Allah, sama macam di atas. IN a perfect world, yang tani inda akan kecapi or mungkin kecapi, orang mukmeen melakukan sesuatu kerana Allah bukan untuk mengambang, ataupun mengharapkan pujian, apatah lagi mengharapkan celaan, (lagi baik kan dapat pahala).

Oleh itu, aku menyeru diriku dan dirimu agar tane sentiasa mujahadah dan aku dengan apa yang Allah tetapkan kepada tane dan mempersiapkan diri tane dengan amal2 yang bukan incit2, ikut mood tetapi satu amal, auuu walaupun satu amal yang berterusan agar tane semua menjadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak.

Sebelum waktu tane tiba (kematian), aku berdoa agar Allah mengampuni dosa tane, dosa keluarga tane, dan dosa kawan2 tane dan memberikan tane hidayah yang berterusan, ameen ya rabb..

Love
Tapau

05 Mac 2010

E-DUP

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan muhammad itu persuruh dan hamba-Nya.

Abis 7 hari lapas 1 minggu, abis 29 hari, lapas sebulan dan semakin meningkat umur tane, semakin hampir jua tane dengan maut yang malaikatnya sentiasa memerhatikan ulah tane.

Ada urang idup macam robot, ada urang idup macam binatang dan ada urang idup mcm manusia. Kalau robot cana? Setiap hari sama saja. Bangun pagi gosok gigi. Kaja, makan tengah hari, kaja, balik rumah, tidur, ke bar, balik rumah tidur.

Kalau binatang contoh samut (yang berzikir kepada Allah dengan cara yang tane inda tau), tidur? kaja, makan, betalur (adakan?) kana pijak then mati, generasi penyambung, hidup, kaja, makan dan seterusnya.

Kalau manusia gimana kok? Manusia sepatutnya mengabdikan kepada Allah disamping membuat kraja2 yang perlu untuk kesinambungan hidup di dunia. Dan tugas menyampaikan, kalau inda cana urang kan tau apa itu islam? Cemana? Fikirkan apa yang perlu arah diri tane dan persekitaran tane?

Interaksi dengan keluarga perlu? Perlu eh. Makan perlu? Ada urang mati inda makan? Adaaa di tempat2 yang inda pernah tane dangar macam negara2 kawasan somalia dan sebagainya. Tidur cana siuk? Ada urang inda tidur mati? Nada. ok.

How about kraja? Cemana kan dpt makanan ataupun minuman? Mencuri? Ataupun aniaya urang? Ataupun curi epal jiran? So, perlu kraja. Kalau meminta cana? Buleh? Buleh ganya kata nabi tangan di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah.

Pahala mau? Mauu. Mau pun. Kalau syafa'at (yang hanya dibagi uleh nabi ketani) mau? ofkos lah! Amalan pun ala kadar. Cemana kan masuk syurga? Sanang banarnya. Masa di masjid quba nabi ada bersabda lebih kurang katanya, "berilah salam, berilah makan arah urang miskin dan solatlah masa urang lain tidur maka kamu akan masuk syurga dengan senang". Sanang jua kan tu?

Well, ada urang cakap payah ada urang cakap sanang tapi kalau tane semua faham tanggungjawab tane sebagai manusia dan betapa hinanya dunia ani, grenti semua kan mengejar akhirat. ITS INCOMPARABLE!

Rasanya, its safe to say, semua sahabat yang beribu-ribu atu tau erti hidup. Dorang hidup sekadarnya dan bukan untuk belabih ataupun untuk mengambang. Macam Abu Sufian yang ahir masuk islam, urangnya kambang sampai untuk memuaskan hatinya, nabi sabda arahnya lebih kurang "sesiapa yang berlindung di rumah Abu sufian, beliau adalah selamat.." (Buku Al Raheeq Al Makhtum)

Jadi masa nabi dan tentera islam masuk ke makkah abu sufian pun teriak senyaring nyaringnya arah penduduk makkah pasal kedatangan nabi sama getau pasal apa yang nabi getau ia.

Mesti jua pandai beidup di dunia ani kamu, kalau inda terbiar macam bangkai yang akhirnya lenyap di atas muka bumi. Tane pun pernah dangar balik2, islam is the way of life atau a COMPLETE WAY of life. Inda labih inda kurang. jan kan memandai mandai menambah.

Tapi yang hairan, ada2 saja amalan yang ditambah yang dicampurbaurkan dengan islam dan kana fikir benda atu islam. Bnyk perkara2 yang teroverlook yang malas ku sabutkan di sini. Kalau kamu tau negara tane ani dulu ada agama hindu sama buddha dan masih lagi ada amalan2 atu dipratikkan.

Tapi urang mana nampak pasal kalau sesiapa pernah dangar ceta GAJAH dengan 3 orang buta. Kata tanya, apakan gajah ani? Jadi sorang mingang idung gajah and cakap, awww panjang gajah ani kamuuu, takut ku kasar lagi kulitnya sama ada air sedikit (yaackkk ingus!)

Urang buta kedua pigang badan gajah tadi dan ia pun cakap waaaa, ada bulu sama panas badannya ani, damam kaliii. Dan urang yang ketiga cakap, yang memigang ekornya cakap, tajam jua gajah ani, bukannya lembing kah nii? Gahhhh! Pasal inda tau, inda share maklumat dan nada amalan tagur menagur, etah sababnya tu. Mungkin banyak lagi.

Mungkin atu inda brapa ingat perumpamaan yang pernah ku dengar di suatu ketika tapi yang penting ialah, islam bukan yang mengarah kepada satu aspek kehidupan saja. Like bezikir memanjang tapi islam mengarahkan penganutnya untuk BELAJAR DAN MENGAJAR.

Bukan saja mengajar tapi mempratikkan apa yang di PELAJARI. Dan ani penting, bukan saja untuk kesatuan ummah tapi untuk kehidupan tani sehari-hari.

Udah tane tau certain things atu, tane lebih menghargai apa yang Allah bagi arah tane, tane mula mengenang balik kehidupan tane yang lampau sampai tapi lebih berkeinginan untuk mendalami deen ani sebagai persiapan untuk menghadapi hari esuk dengan lebih berhati-hati.

Bukannya apa kengkawan, aku inda mau tane tertipu saja dengan apa yang di dapan mata. Apa yang ada ane di dunia ani; harta, pangkat, suami, isteri, anak2, hot guys, hot girls, keta dan lain2 semuanya akan hilang, akan menjadi debu yang berterbangan dan etah tu hari kebangkitan yang urang2 yang ingkar kepada Allah azza wajal, tau etah hari yang dorang dustai.

Jadi, aku menyeru kepada jiwa yang berada dalam badanku dan jiwa2 yang berada di luar sana agar, tani hidup perpandukan quran dan apa yang diajar oleh baginda sallahu'alaihi wassalam dengan sebaik mungkin, semua dengan izin Allah.

Love
Tapau