Dorang na dapat disalahkan dan yang patut disalahkan ialah I sendiri pasal sepatutnya ditagur dorang ani tapinya kan kamu, kalau ku tagur, kan ucap sasat pulang. Abistah riwayat cTapau, FOREVER! Tapi imam pun catu jua. Mungkin pasal kan getau yang datang atu, "ok guys, masa ani hamba kan solat zuhor ni". Tapi ada jua certain imam atu tarus saja. Like obviously kalau tani diwaktu asar we'd pray for asar and when we're in isya' period, the imam won't be praying suboh. I just doesn't make sense not pray on the period allocated. Like putting A into B or letter Z to S or even tahap kan masukkan S and 5, inda jua muat tu.
Kes terlajak. This is for me terlalu penting sangat untuk inda dibagitau. OK now, masa ku sekulah ugama, aku kana ajar buleh qadha solat and dalil ataupun nasnya pun inda ku tau. Like the impression that I got from there was, "waaaa siuk jua ah dpt qodha sembayang, karang tah ku kumpulkan suboh+zuhor+asar+maghrib masa isya eeeee, semangat jua ku". One go saja! Buleh travel the world in 40 days!
As I grow bigger, I learned sesuatu yang walaupun macam remeh teme tapi efeknya beso. Let's read apa hadis nabi tentang mengqadha solat oryte..
Dari Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu , Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam bersabda:
"Jika tertidur seseorang daripada kamu sehingga tertinggal solatnya ataupun terlupa mengerjakannya, maka hendaklah dia mendirikan solat yang tertinggal itu apabila dia sudah teringat, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman:"Dirikanlah solat untuk mengingati Aku". (Hadits riwayat Muslim)
Di atas ani dalil pasal kalau seseorang atu tetidur, then barutah ia buleh mengqadha solatnya tapi kalau masih dalam waktunya, mesti ia tarus solat and jangan membuang masa, kan sambung tidur lagi. Tapi mungkin ada manusia2 yang senghaja "tertidur" when they know kan masuk waktu sudah. Say, asar kan masuk 330pm, the tidur ya pukul 325pm..adakah itu namanya mengambil kesempatan dalam kesempitan?
Abu Qatadah Radhiallahu 'anhu menceritakan mengenai dengan perjalanan mereka bersama Rasullullah Shallallahu 'alaihi wassalam . Dalam perjalanan itu mereka keletihan lantas tertidur. Apabila mereka terbangun daripada tidur waktu solat sudah pun berlalu. Mereka bertanya sesama sendiri, apakah kaffarah yang mesti dibayar atas kelengahan mereka melakukan solat. Rasullullah Shallallahu 'alaihi wassalam mendengar bisikan mereka lantas bersabda:
"Sesungguhnya di dalam tidur tidak ada kelalaian. Sesungguhnya kelalaian itu ke atas seseorang yang tidak melakukan solat sampai habis waktunya. Maka sesiapa yang melakukan demikian, segeralah dia solat ketika dia ingat akannya. Maka pada hari esoknya hendaklah ia menunaikan solat ketika waktunya. (Hadits riwayat Muslim)
Masalahnya sekarang ialah ada dua orang yang inda mau solat masa waktunya tanpa keuzuran. Banyak di antara tani sangka kraja banyak, attending lectures/tutorials, begarai, shopping, men bula, lawat urang sakit di spital, mib (meeting inda branti), belayar, sakit kaki, sakit kepala, damam atu dikira sebagai keuzuran sampai dorang rasa "ok, aku damam masani, buleh ku "postpone" sembayang ku..wohooo". Kalau doctor cakap aku MC, ertinya kewajiban arah Allah pun MC jua. NO, it just doesnt work like that yall. SOreee
Terdapat beberapa ulama yang menyatakan yang "there is no such thing as mengqadha solat fardhu". Pasal Allah sudah peruntukkan masa KHAS untuk waktu2 tersebut. Kalau ada yang mengatakan mengqadha solat atu buleh, urang awam akan fikir, "waaaa, bagus jua islam ani ah, kalau inda sampat waktu suboh, buleh diqadha masa waktu juma'at, yeay!" Tapi INDA, it just doesn't work that way y'all. Reptitive ah
Pasalnya dari hadis di atas, ada dua sebab saja tani buleh qadha solat iaitu TERTIDUR & TERLUPA. Alasan yang lain dari atu manaada, cuba liat hadis di bawah:
Maksudnya: Aku menghidap buasir, maka aku bertanya kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam tentang solat. Maka Baginda bersabda: "solatlah berdiri, dan jika engkau tidak mampu, maka duduklah, dan jika engkau tidak mampu, maka solatlah dengan mengiring". (Hadits riwayat al-Bukhari)
Orang sakit EVEN, inda buleh tinggalkan solat. Islam membagi tani keloggaran dari segi solat atu sendiri. It doesn't need to be repeated.
Dosa orang yang meninggalkan solat fardhu tanpa alasan yang di atas tadi adalah terlalu teruk sampai ada yang ulama cakap yang dorang ani boleh dikategorikan kafir dalilnya orang islam, islamnya nampak dari solat 5 waktunya sama orang kafir mana ada solat. Dorang pegi hujung minggu saja ke kereja2 untuk mendangar khutbah ahad. Kalau tani rasanya pernah meninggalkan solat fardhu DENGAN SENGHAJA, baiktah TAUBAT NASUHA agar dosa2 tani, diampunkan Allah and jangan ulangi lagi.
Maafkan aku wahai kawan2, I just can't let the tabiat mengqadha solat ani berlanjutan pasalnya efeknya teruk nanti di akhirat. We all know solat 5 waktu atulah amalan2 yang pertama-tama kana liat oleh Allah. Bukannya sedekah, bukannya seruan tani kepada manusia dan bukannya baiknya tani kepada ibubapa tani. Perhatikan hadis di bawah:
“Amalan yang pertama kali ditanyakan kepada seorang hamba pada hari Kiamat kelak adalah solatnya. Jika solatnya baik, maka dia telah beruntung, dan jika solatnya rosak, maka dia telah gagal dan rugi.” (Sahih menurut Sheikh al-Albani di dalam Silsilah al-Ahaadis ash-Shahihah, 3/346)
In conclusion, I just cant' put too much emphasize on this matter EVER and I will continue doing so until semua manusia di dunia ani faham betapa pentingnya solat fardhu and inda meluputkan waktunya. This goes to me too of course :)
Semoga Allah memberkati tane and keluarga tane semua. Wallahua'alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan