Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan

08 September 2011

Taubat

Assalamu'alaikum warahmatullah.

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji dan syukur kepada Allah yang membagi ketani peluang untuk menghirup udara yang nyaman, dapat berjalan dimuka bumi Allah tanpa rasa takut dan masih diberi peluang oleh Allah untuk menikmati nikmat islam, iman dan ihsan.

Selawat dan salam kepada baginda sallahu 'alaihi wassalam serta keluarga dan sahabat baginda yang taat setia dan jujur hingga ke ahir zaman.

Mau inda mau, ketani perlu sadar bahawa manusia akan tetap melakukan kesilapan; damit atau basar, nampak atau nda, sengaja atau rela. Manusia tetap manusia.

Teruk pulang kali orang yang merasa ia nda pernah membuat dosa. Tapi yang bisai ialah orang yang membuat dosa tapi ia tarus kembali kepada Allah, yakni bertaubat. Ulama2 silam telah sepakat, 3 syarat agar taubat seseorang atu diterima.

1) Menyesal
2) Tinggalkan maksiat
3) Azam nda buat

Dari ketiga-tiga syarat di atas, manakah yang paling payah bagi kamu? Adakah 1 atau 2 atau 3? Cuba ketani perhatikan makhluk Allah yang pertama-tama membuat dosa, siapa lagi kalau bukan iblis laknatullah. Adakah ia termasuk orang2 yang bertaubat? Nda pasal, ia LANGSUNG nada ciri2 di atas.

Bukan plang ia ada ciri2 di atas tapi ia menambahkan lagi murka Allah dengan minta bagi tangguh seksa, janji akan sesatkan anak2 adam sampai roh ketani dihujung kerongkong..

Pendapat berbeza-beza, tapi bagiku, syarat yang paling susah untuk dipenuhi ia menyesal. Coz menyesal ialah sesuatu perkara yang berterusan, bukannya, buat dosa menyesal next day buat lagi. OR beberapa tahun dulu aku pernah melakukan sesuatu yang tidak sepatutnyaku lakukan. 2011-"kau tau dulu aku cemani-cemani, bla bla bla tapi sekarang aku sudah tobat, jadi tok janggut dan kai topi haji. Macam diceritakan arah urang dosa yang pernah tani buat dengan rasa BANGGA.

Menyesal kan tu namanya? Truly not. Kalau urang menyesal ani, bagiku, dosa atu seakan-akan ketani pikul sehingga ke mati, macam menghantui diri ini..

Bukannya diceritakan arah urang, aib jua kan tu? Kalau dapat Allah saja yang tau pasal aib ketani, and what we can do is, introspeksi diri agar Allah ampuni ketani.. Nda perlu diceritakan kepada orang lain ketani ani dulu playerlah, gengsterlah, penyamunlah, pembunuhlah, ahli kutuk-umpat dsb. TAPI one exception, kalau kan ceritakan demi utk memberikan pelajaran kepada yang mendengar, tanpa ada intonasi KAMBANG silakan.

Jadi, apa nak buat? Bertaubat setiap hari sehingga kau merasa Allah sudah mengampunimu. ..Teringat pulang seorang sahabat nabi yang satu hari TERnampak aurat seorang perempuan sampai nabi doakan ampunan pun, masih ia takut..takut-takut Allah akan balas ia diakhirat, begitulah keadaannya sampai ia meninggal..

Diri ketani macammana, nampak aurat bini2 atau laki2 (seluar pindik atas lutut-aurat jua), dui macam nada, macam langau yang hinggap atas hidung. Nya urang "biasa jerrr". Bek tah pakai spek itam, karang telanggar tiang, macam mana?

Jadi, pesan untuk diri dan kamu semua, nyasaltah dengan dosa dosa yang pernah ketani buat. Tapi jgn jua menyesal saja, tinggalkan dosa-dosa atu dan berazamlah untuk nda membuatnya lagi. Cakap sanang banar, action mau tauu!

Ingatlah kawan2 yang dikasihi Allah, sebaik-baik kamu ialah orang yang paling TAQWA. Allah nda memandang kedudukan, kekayaan, pakaian, ilmu, kaler kulit, kumpulan apa yang kamu agungkan.

Sebelum tutup, renungkan surah Al-baqarah ayat 44

"Apakah kamu menyuruh orang lain membuat kebaikan dan kamu melupakan diri kamu sedangkan kamu MEMBACA al-kitab, adakah kamu tidak MENGERTI??

Wassalam.

25 April 2011

Islam Lebih Manis Dari Kek Eskrim

Assalamu'alaikum kawan2 yang dikasihi. Segala puji dan syukur hanya kepada Allah pasal kalau bukan kerana izinNya, jasadku mungkin sudah reput dan bermacam seksa yang sudah ditimpakan kepadaku. Sebaliknya, mungkin saja aku sudah berada di suatu alam yang tenang bertemankan amal yang telah aku kerjakan semasa di dunia.

Aku seru kamu dan juga aku, agar tetaplah! dalam beriman kepada Allah kerana etah caranya saja kalau you mau selamat, nada cara lain kecuali MATI dalam islam. Khusnul khotimah yang ketani semua harapkan. ameen insha Allah.

Tane semua tau di dunia ani ada yang baik dan ada yang buruk. Setiap perbuatan, perkataan akan ditanya oleh Allah samaada tane suka atau nda. Dan setiap yang baik akan dibalas dengan kebaikan dan setiap keburukan, kalau inda tobat, akan dibalas dengan seksaan yang padih di dunia ataupun di akhirat.

Tapinya kan, kebaikan yang dibuat ada dua macam. Satu kebaikan yang dibuat uleh urang BUKAN ISLAM dan dua kebaikan yang dibuat uleh urang ISLAM. Sayangnya, kebaikan yang dibuat uleh urang bukan islam, express kana balas di dunia tarus. Kalau tane sebagai urang islam, either kana balas di dunia atau di akhirat, atau kedua-dua sekali.

Pasal atu menurut kajian yang dibuat, golongan yang paling banyak sedekah di negara barat ialah orang2 jutawan amerika and habuan yang dorang dapat pun macam2, ada masuk dalam majalah forbes, saham naik, nama naik dan seterusnya dan akhirnya dorang pun mikin kaya.

Berlainan pula dengan ketani urang islam, yang penting bukan habuan dunia tapi habuan akhirat atu tah yang ditunggu pasal yang di sana kekal dan segala yang di dunia akan hancur, cuba check surah Al Waqi'ah. Mudah-mudahan segala amalan yang ketani buat sejauh ani diliat oleh Allah dan agar ketani semua menerima buku amalan ketani dengan tangan KANAN.

Perkara yang ingin dikongsikan bersama biskita semua ialah mengenai islam dan cemana cantek islam atu. Jadi fikir punya fikir punya fikir. Timbul rasa kan kongsi satu perkara yang boleh dijadikan buah percakapan insha Allah.

Semua urang pernah makan kerana makan adalah satu perkara yang diharuskan dalam islam. Salah satu tujuan makan ialah untuk ketani dapat beribadah kepada Allah dengan mantop dan inda longlai. Tapi ingat, jangan jua luan kanyang banar, karang betarap saja masa solat sampai keciuman bau yang inda menyenangkan kepada sahabat yang disebelah.

Barangkali inda keterlaluan jika aku katakan, semua urang suka kek eskrim. Bukan apa rasa sajuk dan manis dicampur lagi dengan cream dan nuts akan membuatkan selera ketani naik. Tapi not ALL kek eskrim ani nyaman, mesti jua pandai memilih dan yang penting apabila memilih makanan, secara umumnya ialah halaalan toyyiba.

Jika tani liat dari satu sudut jika sesuatu kek eskrim atu nyaman, secara lazimnya, ketani akan getau kawan ketani and sedaya upaya menghuraikan ni'mat yang dirasai pabila kek tersebut menyecah lidah tani sampai urang yang mendengar pun macam te masya Allah..nyaman jua bunyinya ah.

Jadi, kawan2 dan orang2 yang berada disekeliling pun menjadi ingin tau, di mana kek tersebut dijual, harganya berapa, adakah inda stock, perisa apa lagi ada, vanilla? Strawberry? Cokolat? Dan sebagainya. Ada lagi yang eKstrim atu, tanya apa resepi kek tersebut.

Golongan yang pertama ani pun buat rancangan kan pegi ke kedai tersebut untuk bali kek tadi dan gologan yang ekstrim ani, bukan saja ia rancang kan ke kadai atu tapi, kalau dapat ia BALI kadai atu tarus supaya ia dapat makan hari2! Yey! Kalau inda pun, ia cuba runding tukang buat kek dan buat kadai kek baru dengan nama lain. Kalau inda pun ia tanya tukang buat kek resepi kek atu.

Start atu tah ia sibuk2 menggoogle di dunia internet, siang malam ia mencari, inda jua terjumpa. Rasanya, perkara mencari resepi ani bukan saja berlaku ke atas kek tapi makanan lain pun sama jua. Sekarang cuba perhatikan betapa susah satu golongan tadi berkeinginan SANGAT untuk tau apakah resepi atau campuran yang ada dalam kek tadi tapi hampa pasal secret kali ah, kalau ku getau kau rugi tia bisnes ku karang..aduhhh

Etah namanya dunia materialisik di mana semua manusia berlumba-lumba mau jadi urang kaya agar dipandang, dikenali dan disanjung.,.tapi bukan semua. Ada jua yang mau kaya tapi kayanya dijadikan sebagai sesuatu yang mendekatkan dirinya kepada Allah Ta'ala.

Begitulah islam kawan2..jika seorang manusia banar yang tau intipati islam dan pernah merasa kemanisan beribadah kepada Allah, ia mau urang lain tau jua, ia mau urang lain merasa apa yang ia rasa.

Cuba perhatikan bagaimana kek Aiskrim Vanilla dibuat
  • 4 Biji Telur (gred AA)
  • 80 gm Gula Kastor
  • 3 Sudu Teh Vanila
  • 200 gm Whiping Cream
  • Bahan B
  • 375 gm Fresh Cream
Bagi yang membuat kek di atas, ia mesti pastikan setiap bahan di atas ani ada, kalau inda kurang tia. Contoh, oh 80 gm gula kastor, mungkin kalau guna gula lain, rasanya pun lain. Catu jua dengan bahan2 lain, kalau sekiranya 3 sudu teh vanilla diganti dengan 3 sudu teh coklat, sudah tentu rasanya pun berubah! inda ja?

Kita teruskan dengan CARA MEMBUATNYA..

Terlebih dahulu sediakan kek dan belah kek kepada 3 atau 2 lapis. Saya buat deko ni untuk 3 lapis kek dan 2 lapis ais krim.

Banarnya aku inda paham pulang cemana tarus2 ada kek dan belah kek kepada 3 atau 2 lapis tapi yang penting ialah cara ketani mengaul, mengalun, memasak dan sebagainya. Macam kalau kana suruh masukkan dalam oven, jangan pulang ketani masukkan dalam microwave..lain jua kan tu?

Jadi, sebagai perbandingan jika boleh dibuat perumpamaan seperti di bawah:

  • 4 Biji Telur (gred AA) - Ucap dua kalimah shahadah
  • 80 gm Gula Kastor- Solat lima kali sehari semalam
  • 3 Sudu Teh Vanila- Puasa di bulan ramadhan
  • 200 gm Whiping Cream- Bayar Zakat
  • 375 gm Fresh Cream- Naik haji ke makkah jika mampu
Perhatikan kawan2 perbandingan di atas. Contoh kalau solat yang wajib pun inda tebuat, macammana islam boleh bangkit. Kalau mengucapkan dua kalimah shahadah sekadar dilidah sahaja, macammana orang ketani akan faham maksud kalimah tersebut tapi tanggungjawab yang termetrai inda dibuat, macammana islam atu akan kukuh..

Masani, begitulah nasib agama islam, kadang2 tawar kadang2 masin, kadang2 nada rasa langsung. Kan mempromo pun susah pasal luarannya (dalaman lebih penting) sudah gusar, sudah dikaburi dengan perkara2 yang terkeluar dari islam. Kenapakah ini terjadi?

Mungkin salahku sendiri, mungkin salah kamu jua pasal pembawaan tani arah agama islam masih lagi inda lurus, masih gila gosip, masih berkata sia2, masih gila dunia, masih merasa bangga dan seterusnya, sehinggakan orang islam sendiri merasa kek eskrim di barat lebih manis daripada tempat lahirnya islam atu sendiri.

Sedih kan kawan2? Bagaimana kiranya kalau islam atu dibangun dengan tiang2 yang masih lagi rapuh, yang masih lagi kandur, yang masih lagi terdapat sisa2 jahiliyah, adakah kawan2 merasa islam yang bertahan ataupun hanya menunggu masa untuk tiang2nya dimakan anai?

Gambarkan, keadaan islam yang syumul (lengkap) sebagai cara hidup, tanpa was2, manusia yang berbondong-bondong terjun ke dalam agama ani sehingga tidak seorang pun manusia yang tertinggal kerana dorang atu islam sajalah agama penyelamat, agama yang adil, agama yang inda berat sebalah dan hanya satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah.

Oleh sebab atu, aku menyeru dirimu (termasuk diriku) agar tani semua mengembalikan kemanisan islam yang sepatutnya, agar merasa perkara atu mustahil agar terngaga dan yang tersasar kembali meni'mati islam yang sepatutnya. Ianya bukanlah suatu mimpi kerana orang2 dahulu pernah me"rasa" betapa indahnya islam dan betapa agungNya pemberian ALLAH!

Ampunilah hambamu ini wahai Tuhan...

Semoga bermanfa'at insha Allah

06 Mac 2011

TERGLUE

Assalamu'alaikum pembaca2 yang dikasihi Allah. Mudahan segala amal kebajikan yang kita buat diterima Allah dan segala dosa yang lepas dan akan datang diampuni. insha Allah ameen.

Islam, ada yang menolak keseluruhannya, ada yang menolak sebahagian dan menerima sebahagian dan ada jua yang secara total menerima islam. Ada pula mereka yang masuk islam secara terpaksa, ada yang masuk islam secara kelahiran dan ada pula manusia yang keluar dari agama.

Ingin saya menarik perhatian para pembaca yang budiman, semasa nabi diperintahkan oleh Allah untuk menyeru manusia kepada islam secara terbuka, ia ada mengatakan satu ucapan yang bagi saya adalah sangat penting. Yang diucapkan ialah..

"Bagaimana kalau ku katakan kepada kamu kalian, bahawa di sebalik bukit sana ada musuh berkuda akan menyerang kamu, apakah kamu boleh percaya cakap ku itu?

Selepas itu, semua mengatakan "Ya, kami percaya". Tetapi selepas baginda mengkhabarkan berita agar dorang menlindungi diri daripada azab api neraka, kebanyakan yang hadir di bukit Safa ingkar, mendustakan dan hanya beberapa manusia dikalangan yang hadir mengIYAkan..

Cuba gambarkan macammana perasaan kita kalau berada dalam situasi demikian. Mungkin kita dengan yakin akan mengatakan IYA, kami percaya Rasulullah dengan seksa api neraka..tapi lihatlah realiti sekarang wahai kawan2.

Nabi Muhammad diutus oleh Allah untuk menyeru manusia agar mentauhidkan Allah sampai TIDAK ADA SEORANG PUN MANUSIA DI BUMI INI MENSYIRIKKAN ALLAH! Dan agar memurnikan ibadah hanya kepada Allah, patuh dan menjauhi apa yang dilarangnya.

Demi mencapai objektif tersebut, Allah menurunkan wahyu melalui malaikat Jibril yang mana wahyu2 tadi selepas beberapa tahun selepas kewafatan nabi telah dibukukan. DUA PULUH TIGA TAHUN nabi berjuang untuk menyampaikan isi kandungan Al Quran kepada manusia..

Salah satu topik yang berulang kali disebutkan dalam kitabullah ialah mengenai seksa kubur. Ya, betul kita membacanya siang malam tapi adakah kita sudah betul2 menjiwai ayat2 tersebut?

Jika di zaman nabi, manusia2 yang berada disekeliling baginda akan menangis, pengsan, gerun pabila mendengar ayat2 berkaitan dengan seksa yg sudah Allah sediakan. Baru seksa kubur, balum lagi seksa api neraka!

Mungkin hati ini sudah menjadi batu atau lebih parah lagi, sudah pun terGLUE dengan dunia. Manakan tidak, kita sudah sayang dan cinta dengan kehidupan, kita sudah merasa cukup nikmat pabila hidup di dalam keadaan yang serba lengkap. Hawa dingin, tilam yang empuk, minuman yang sejuk, makanan yang mengilat kaki, uang yang melimpah, rancangan2 tv yg menghiburkan hati yang duka, dan gila merebut kuasa!

Suatu hari Ibnu Mas'ud pernah ternampak nabi tidur di atas pelepah kurma sehingga meninggalkan bekas di (mark) muka baginda. Lalu sahabat ini pun menawarkan kepada nabi agar dia mengambil satu benda yang lebih selesa daripada pelepah kurma tersebut.

Nabi lalu marah dengan mengatakan lebih kurang, "aku hidup di dunia hanyalah seperti seorang yang berteduh di bawah pokok diwaktu hujan dan meneruskan perjalananku pabila hujan usai (berhenti)"

Cuba bandingkan dengan kehidupan kita yang serba lengkap..

Wahai Tuhan yang bersemayam di atas Arsy! Kembalikan kami kepada jalan2 para orang2 yang dekat kepadamu!

Bukan apa kawan2, sebagai seorang manusia yang mengaku, ingin mengikut kehidupan islam yang SYUMUL, kita perlu mengikut yang terbaik dan hanya NABI MUHAMMAD sajalah contoh yang terbaik bagi ikutan kita.

Ingatlah kawan2 yang dikasihi Allah, kita hidup di dunia bukan untuk makan, kita hidup di dunia bukan untuk menghabiskan masa memasak, menghias diri ataupun rumah, membeli belah tetapi kita diciptakan untuk mengikhlaskan ibadat kita hanya untuknya dan memastikan agar hukum2 Allah dijalankan agar TIDAK ADA SATU PENINDASAN/PENGANIAYAAN di MUKA BUMI ALLAH! Sampaikan walau satu ayat!

Sebagai peringatan agar tidak menjadi salah faham, Allah juga menyuruh kita bertebaran di muka bumi Allah mencari rezeki yang HALAL agar kita bersyukur ke atas nikmat yang dianugerahkannya.

Kita juga perlu ingat, kekayaan yang betul ialah ianya menjadikan seseorang itu lebih taqwa, lebih beriman, lebih pemurah dan lebih banyak memberi kerana dia tahu dia hanyalah sebagai pemegang amanah agar harta yang dititipkan diberikan kepada manusia yang memerlukan dan dia hanya mengambil sekadar untuk menyara tanggungannya- tidak terlalu miskin sehingga meminta, dan tidak terlalu kaya sehingga terlena.

Kembalikanlah kami dalam keadaan Engkau Redha Kepada kami ya Allah..

Wallahu'alam
Tapau

23 Februari 2011

Zuhud Era 20

Salam hormat diucapkan kepada pembaca2 yang masih sudi membaca blog yang sudah lama nda dikemaskinikan. Apa2 pun, saya berharap dan berdoa agar kawan2 masih berada di jalan yang lurus dengan mengikut apa yang terkandung di dalam al quran dan as-sunnah, supaya kita selamat di dunia dan di akhirat.

Kawan2 yang dihormati, dunia seperti yang kita saksikan sedang berada dalam keadaan yang kucar kacir, porak peranda, pusing2, nda tentu arah. Keadaannya lebih kurang seperti cuaca di negara ini. Kadang2 hujan labat, kadang2 karing, kadang2 panas tapi hujan dsb sampai satu tahap inda ketani tau lagi adakah esuk kan ujan atau inda pasalnya, karang ngalih saja cuci kreta kan? At least tha'll keep the dust from accumulating.

Di luar negara ani PUN macam2 yang terjadi, kejatuhan pemerintah mesir, pergolakan di Libya, gempa bumi di New Zealand, kejatuhan akhlak di Amerika dan bermacam2 huru-hara yang berlaku. Nasib orang2 palestin macammana pula..? Tane doakan agar semoga umat islam di seluruh dunia diberikan ketenangan dan kesabaran dalam menempuh cobaan2 yang Allah berikan..

Sekarang, bek fokus arah negara ketani yang kelurusan menyambut hari kebangasaan yang ke 27 tahun. Setiap tahun negara ketani menyambut hari ani dengan penuh kesyukuran dengan persiapan2 yang melatup dan diwarnai dengan bermacam jenis perarakan dan persembahan.

Daripada kalimah Allahu akbar! negara ini dengan giat mengorak langkah untuk meningkatkan taraf hidup, meningkatkan infrastruktur, meningkatkan ekonomi, menstabilkan politik, meningkatkan kegiatan penjanaan sumber pendapatan termasuk, sedaya upaya untuk mendidik anak bangsa agar tidak terlibat dengan gejala2 social macam zina (bukan saj seks luar nikah, kissing, pigang tangan dsb pun kira tu!), minum arak, main judi, makan dadah, dan yang paling teruk lagi, mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Dapat diperhatikan berapa ramai umat islam di negara ani yang SULNYA inda berapa ingau dengan apa yang dihalalkan dan apa yang diharamkan oleh Allah Ta'ala. Contoh saja, menutop aurat. Semakin ramai rakyat ketani yang BERANI menunjukkan "taring" dorang dengan berpakaian yang menjolok mata..Salah siapa kah semua ini?

Nda jua dapat disalahkan mana2 pihak pasalnya, kraja amar ma'ruf nahi munkar ani kraja setiap individu, apanya nabi kalau inda mampu pakai tangan, pakai mulut, kalau inda mampu jua, pakai hati saja..iaitu dengan membenci dalam hati kemungkaran yang berlaku.

TAPI!

Cemana tu, kalau semua urang kan dakwah dalam hati saja, inda kemana tu. Mesti jua ada yang berani menegur kalau salah, pasal takut2 bala Allah turun dan kalau itu berlaku, baik or kurang baik urang atu, tempias jua.

Imam Ahmad bin Hambal membahagikan zuhud kepada tiga
1) Zuhud orang biasa iaitu mereka yang meninggalkan perkara2 yang haram
2) Zuhud orang pertengahan (elite) iaitu mereka yang meninggalkan perkara2 yang halal dan harus
3) Zuhud paling atas iaitu mereka yang meninggalkan apa saja perkara2 yang melalaikan daripada mengingat Allah

Inilah salah satu sifat yang mungkin kurang daripada umat islam masa kini. Nabi Muhammad pada suatu ketika pernah memberitakan kepada beberapa sahabat yang lebih kurang bermaksud, "Nanti umatku akan memakai satu baju pagi dan satu baju sebelah petang.." Lepas itu, sahabat pun tanya, "Adakah waktu itu lebih baik ya rasulullah..?" Then nabi jawab, "Tidak, bahkan, masa ani kamu lebih baik..."

Kita boleh bayangkan macam mana keadaan nabi dan sahabat2 pada masa dulu, dorang sehelai sepinggan (luruskah jua tu?). Maksudnya, apa yang dorang pakai pagi, etah yang dorang pakai untuk ptg sampai ke malam..and etah jua yang dorang pakai untuk tidur..

Apa yang disabdakan oleh nabi kesayangan tane atu sudah berlaku. SANA SINI tani buleh liat pakai ketani ani berubah disetiap waktu, pagi lain, ptg lain, malam lain. Waktu solat lain, waktu men bula lain, waktu jogging lain. Dengan kata lain, harta ketani atu melimpah, bejurit sampai panuh lemarih.

Then some will speculate, "mana relevan tu zuhud ah!" tani hidup di zaman teknologi yang semua urang mesti canggih blu bla blu bla, kalau inda ketinggalkan zaman. I can only pick cerita Abdurrahman bin Auf salah seorang sahabat nabi dan ahli niaga yang mengINFAKkan harta di jalan Allah sudah ia tau, ia lambat masuk syurga!

What it all comes down to is..the more stuff you have, the longer you will have to wait in line. Bek semua harta atu dibelanjakan dijalan Allah, kalau inda cemana? And baik harta atu halal dan bukan diambil dengan cara yang inda haQ.

Ingat kawan2, satu sen yang ketani ambil di dunia ani tanpa haq (ertinya bukan tani punya), takut2 neraka tempat ketani..semoga dijauhkan Allah.

Terdapat jua beberapa pendapat ulama2 pasal zuhud ani. Salah satunya, "Zuhud ialah dia tidak merasa sedih di atas apa yang hilang/kurang daripadanya dan tidak merasa gembira di atas apa yang bertambah". Dalam kata lain, bisnes maju sikit, ia act selambe, bisnes rugi sikit, ia akur jua. Redho!

Saya rasa kalau kita coba hayati sifat zuhud ani, impak yang beso akan berlaku. Sifat cinta kepada keduniaan akan berkurangkan dan kita akan lebih fokus kepada akhirat. Manakan inda? Kalau banar tah seseorang atu zuhud, inda ya kan sibuk shopping tiap bulan untuk baju, seluar dan sebagainya, mun ia rasa sudah cukup apa yang dipakainya.

Teringat dizaman pemerintahan islam, terdapat sorang governor kana komplen (the ONLY COMPLAIN) arah khalifah pasal nya salah sorang rakyatnya, ia inda membuat rondaan atas kami 2 kali dalam sebulan. Maksudnya, this governor was supposed to check up on his people everyday tapi dua hari ani ia inda datang. Then khalifah pun panggil this governor. Oleh kerana terpaksa, inda ya kana getau kenapa ia MIA (missing in action) untuk 2 hari atu tapi jawab governor atu "aku mencuci bajuku dalam satu hari atu and etah baju yang ku ada saja tu.." Yang satu hari atu saya inda berapa ingat governor atu behapa.

Masya Allah kawan2, perhatikanlah sifat2 yang sangat terpuji yang ada pada dorang ani.

Impak lain yang buleh berlaku jua, kurangnya sifat tamak. Kalau urang tamak, kana bagi batis maukan paha, kana bagi satu gunung emas, mau lagi dua dan seterusnya. Kemahuan manusia inda akan pernah habis selagi nafsunya mengikut apa yang terkandung dalam al quran dan as sunnah..simple kan?

Cakap memang senang beb tapi buat amacam? Dapat?

Akhirnya, saya menyeru diri saya dan para pembaca yang saya hormati agar kita tanamkanlah sifat2 yang terpuji seperti zuhud dengan harapan agar kita dicintai dan dikasihi oleh Allah dan mendapat redhaNya di hari akhir kelak insha Allah.

Apa yang baik daripada Allah dan segala typos dan kekurangan adalah dari diri ini sendiri. Sekian dahulu..jaga diri jaga iman kawan2

Wassalamu'alaikum.

15 Oktober 2010

Yang Mulia Siapa?

Assalamu'alaikum kawan2 yang dikasihi Allah. Mudahan sehat wal 'afiat dan masih lagi ada iman yang dijadikan sebagai benteng melawan nafsu syahwat yang selalu aja mengajak kepada dosa dan maksiat.

Telah diceritakan bahawa pada suatu hari Imam Syafi'e ada menerima jemputan and as we all know, Imam Syafi'e (IS) bukan saja mantap dari segi ilmu, ibadah dan amalan, ia jua ahli zuhud yang sangat bersederhana dari segi pakai, makan dsb.

Jadi sepertimana lazimnya, IS pakai baju biasa saja, ala kadar. Udah sampai arah jemputan atu, diperhatikannya tuan empunya rumah inda berapa melayan urang2 yang pakai baju murah, yang layannya brabis hanyalah urang2 yang memakai baju2 branded, mungkin gucci, LV dsb. Dorang ani kana sambut dengan cara yang bagus sekali sedangkan yang baju biasa dibiarkan duduk tanpa layanan sehingga menyebabkan keTTRan belaku.

Pastu terlintas dalam hati IS untuk balik ke rumah dan tukar baju yang mahal. Beberapa pendapat cana bleh IS ada baju mahal sedangkan ia zahid. So ada pendapat cakap ia minjam dari kawannya. Yang penting udah yang pakai baju lawa tadi ani, ia pun balik arah jemputan tadi. Seperti yang diduga, ia pun kana layan uleh tuan rumah tadi dgn layanan yang baik sehinggakan ia kana jemput masuk ke dalam rumah untuk makan.

Lalu IS pun kana persilakan duduk..Tanpa membuang masa IS pun mengaut makanan dan memasukkan ke dalam baju yang dipakainya. Tuan rumah kelurusan teliat tekajut! Ia getau IS, "Kenapa Tuan memasukkan makanan dalam baju Tuan, jika Tuan mau, saya akan sediakan satu bekas agar Tuan dapat membawa makanan pulang".

Pastu IS punya jawab, "Makanan ini bukan untuk saya tapi untuk baju saya." Ouch! Tuan rumah pun teklik maksud IS dan ia punya minta maaf.

Tani liat keadaan masani, cemana? Di dalam surah Al-Hujuraat ayat 13 yang lebih kurang bermaksud, orang2 yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang PALING TAQWA.

Its not about what we wear, who we know, what we have physically, what car we drive, how well our dialect is etc tapi yang paling taqwa, bukan saja dapan urang tapi belakang urang pun taqwa.

Beberapa pendapat, ada cakap taqwa ani menjauhkan diri daripada apa yang dilarang uleh Allah dan membuat yang Allah suruh. Pendapat lain ialah TAKUT kepada Allah. Yakni kalau urang atu takut arah Allah ia merasakan yang Allah sentiasa memerhatikannya di mana jua ia berada baik ia sorang2 ataupun beramai-ramai.

Apa2pun pendapat kawan2 mengenai taqwa, ingatlah bahawa hanyalah dengan ketakwaan ketani buleh selamat, the money we saved, the houses we built, the land we own cant save us from the tragedy that'll will befall upon on one day.

We all will die and the best of you are those who prepares himself/herself for death. Semoga tane tergolong dalam golongan orang2 yang bertaqwa insha Allah ameen..

Ampunilah kami ya Tuhan kami

Love
Tapau

01 September 2010

Nur oh Nur


Assalamu'alaikum kawan2 yang dikasihi oleh Allah. Mudahan ketane semua sentiasa berada di bawah perlindungan Allah dan ingat Allah masa memberi sesuatu, masa buat keputusan sama pabila minta sesuatu.

Tiap2 negara di dunia mempunyai objektif masing2. Kalau di Amerika, dorang ada "freedom of speech" or equality for everyone. Kalau di malaysia, "satu malaysia" or was it wawasan 2020, kalau di indon yang mempunyai 450 JUTA rakyat, mungkin membasmi kemiskinan or mungkin TIADA KORUPSI DI INDONESIA!

Mungkin moto2 ataupun objektif negara2 tadi menjurus kepada dunia semata-mata. Kalau singapore dorang fokus arah "human capital" yakni cemana kan memerah (cam memarah susu kambing) manusia untuk menghasilkan sesuatu yang banyak dengan usaha yang sedikit. Bagemana ya?

Masyarakat yang terdiri daripada individu2 memainkan peranan masing2 untuk berkerja keras untuk memastikan dorang mempunyai kualiti2 yang mampu mencapai objektif besar tadi.

Tapi kalau negara tani lain, bukan lain apa tapi negara tane mempunyai moto yang menjurus kepada dua2; dunia dan akhirat. Hah?

Kawan2 mungkin pernah dangar, or tebaca or teliat pasal "Negara zikir" yang mempunyai konsep yang tersangat luas.

Secara zahir, kebanyakan manusia mungkin akan menyangka konsep ani adalah berbentuk ibadah saja cam zikir, tahmid, tahlil, solat, puasa, nek haji. Tapi sebenarnya, ia mempunyai makna yang lebih mendalam, yakni bukan sekular. Agama untuk ustat dan bukan untuk guru matematik contoh.

Ataupun sapa krajanya tukang mesin rumput, ertinya ia nda tah pandai agama tu langsung. Sepertimana yang raja tani titahkan balik2, pemerintah tani mau semua urang celek ugama, tau pasal ugama berlawanan dengan jahil tentang agama.

Mana yang lebi afdhal, seorang anak yang soleh memandikan si ayah ataupun seorang ustat yang dipanggil dari daerah kuala belait? Ataupun mana yang lebih baik, seorang anak yang mengimami mayat ayahnya ataupun sorang ustaz yang femes?

Kawan2 yang dikasihi, di era globalisasi sekarang, kebanyakan daripada ketani telahpun hanyut dibuai dengan mimpi dunia yang hanya bersifat sementara. Salman al-farisy pernah dipesan uleh nabi muhammad yang lebih kurang berbunyi "hiduplah kamu seperti seorang musafir.."

Hatta, masa ia jadi governor, and masa ia kan buat rumah, arkiteknya describe rumahnya cemana, "Jangan anda khawatir! rumah itu merupakan bangunan yang dapat digunakan bernaung di waktu panas dan tempat berteduh di waktu hujan. Andainya anda berdiri, maka kepala anda akan sampai pada langit-langitnya; dan jika anda berbaring, maka kaki anda akan terantuk pada dindingnya”. “Benar”, ujar Salman radhiyallahu ‘anhu, “seperti itulah seharusnya rumah yang akan anda bangun!”.

Tapi kalau liat rumahku, macam2 ada itu ada ini ada, katil empuk, air ada, akon ada, selimut ada dsb. Yang hairannya macam sahabat tadi atu kan meninggal pun belinangan air matanya pasal ia watir, satu bekas makanan sama satu "baldi" untuk pakainya minum sama mandi..

Pasal atu konsep zikir ani penting dalam kehidupan tane. Sepatutnya setiap urang islam yang tinggal di brunai hendaklah tau fiqh, mesti tau sirah, mesti tah, mua'amalah, mesti tau syariah dan sebagainya, apatah lagi perkara2 yang asas macam bacaan sebelum tidur, cara mendidik anak dan sebagainya. Bukan plang maksudnya jadi expert tapi at least tau basic. [peringatan kepada diri ini].

Mun semua urang banar tau perihal2 agama, insha Allah, negara ani akan lebih makmur dan keamanan yang dinikmati sekarang akan ditambah dan ada berkah insha Allah.

Interesting innit? Di mata seorang yang banyak kekurangan, B$1.00 akan dipandang macam B$1,000 tapi bagi orang yang berkemampuan B$1.00 akan dipandang macam 1 cent. Logika?

Manakan inda, kalau orang yang dhoif tadi, singgit atu, etah duitnya ganya sampai ujung bulan jadi ia mesti memikirkan cara untuk belanja, cara belanja yang paling berhemah. Tapi lain cara kalau urang yang berkemampuan meliat seringgit, samaada dorang bali sesuatu yang mengenyangkan ataupun dorang bali pepsi twist untuk menghilang dahaga.

Tapi payah jua tu kan, seringgit for the whole month?? How, kalau sekiranya hamba ini terjadi yang sedemikian, mungkin i'll use to buy matakail sama tangsi, kalau kan majal lagi cari tangsi yang menyangkut di kampong ayer ataupun di dahan2 dan, sudah atu, cari sebatang kayu yang panjang dan pegi memancing di sungai.

Daripada tangkapan ikan tadi, samaada untuk dijual ataupun untuk dimakan pada hari itu. Sudah dapat duit tadi, dapat bali kail sama tangsi yang lebih mantap, pas dpt ikan jual lagi, udah laku, bali perahu dan mula melusuri laut agar dpt ikan yang lebih beso. Sebelum atu mungkin lungkang saja, pastu siring sungai, udah ada perahu, masuk tengah sungai, pastu...

Begitulah kehidupan seorang yang miskin yang dengan modal seringgit, ia mampu menjadi orang yang berkemampuan. Lari sulnya ceta ani.

Tapi the main point to remember is, we want everyone menjadi apa yang dimahukan oleh negara (in fact agama islam sendiri) tani salnya bukan saja ia benefit diri tani tapi benefit orang lain jua. Tani bukannya maukan ahli ibadah yang kajanya dimasjid sepanjang hari tapi ketani mau orang yang menyedarkan urang tentang makna zikir.

Pasal apa? Pasal barangkali ada manusia yang berzikir dlm hati tapi seluar pindik atas lutut (bagi lelaki), ada orang bertudong tetapi masih lagi mengumpat, ada orang meraikan hari raya, tetapi bersalaman dengan orang yang bukan mahram dan sebagainya macam sepupu sama babu saudara ketani yang bukan adik beradik bapa/babu tani dan seterusnya.

Oleh itu, marilah saya menyeru diri ini dan kawan2 di luar sana agar sentiasa ingat Allah baik di masa senang ataupun masa susah, masa kaya mahupun masa miskin, masa sibuk ataupun lapang, masa sakit ataupun masa sehat, agar negara ani diberkati di limpahi oleh Allah rahmat yang melimpah.

Bantulah agama Allah agar Allah mengukuhkan keadaanmu!

Love
Tapau

27 Ogos 2010

Tips Hidup Orang Zaman Dahulu

Assalamu'alaikum kawan2 yang dikasihi Allah. Tanpa disedari, tane udah berada di pertengahan bulan ramadhan yang dalamnya terdapat macam2 perkara2 yang inda dapat dibuat di bulan yang lain.

Kalau bulan selain ramadhan, ada urang inda tutop aurat, ada urang suka mengumpat, ada urang banci ke masjid, ada urang inda puasa dan ada jua urang yang kan membuka quran pun untuk memindahkan barang.

Tapi di bulan ramadhan, masya Allah, ampir semua urang jadi orang baik, suka buat baik arah urang lain, suka baca quran, suka inda tidur lepas suboh dan lepas asar dan banyak lagi perkara2 yang berkebajikan dibuat.

Lepas tu, aku pun merenung kepada diriku memang banar, iblis la'aanallah atu memainkan peranan yang sangat besar di waktu selain bulan ramadhan. Pasalnya hanya di bulan anitah iblis dan geng2nya kana ikat. Yang tinggal hanyakan kebaikan...TAPI inda!

Walaupun iblis "bercuti" selama satu bulan tapi SEBELAS BULAN yang lain, ia udah membuatkan ataupun menyediakan bekal arah diri tane agar tane senantiasa hanyut dibuai dengan dunia ani. Ei, inda jua ada iblis, cana buleh ada urang mencuri, merogol, kelai, sangka buruk, ngumpat dan lain2 dosa2.

Yang dididiknya nafsu, nafsu yang kajanya memaningkan kepala manusia, membuatkan hati tane terpaut dengan dunia, terpaut dengan harta benda terpaut dengan kehidupan dan yang lebih parah lagi, hati tane udah terpaut dengan CINTA KEPADA DUNIA.

Kalau kawan2 pernah dangar cemana nafsu ani masa ia kana ciptakan, maka, kamu pun akan bergaru kepala, bukan pasal ada ketombe tapi pasal cemana gagah dan beraninya ataupun angkuh dan sombongnya nafsu kepada Allah.

Jadi nafsu pun dengan input yang dibagi uleh iblis menjalankan kewajipan yang telah dibagi arahnya sebelum iblis bercuti. Dan liatkan kehancuran yang dibuatnya sampai ada urang yang inda puasa, ada urang puasa tapi makan, ada urang puasa tapi liat porno, ada urang puasa tapi pigang tangan dengan laki2/bini2 yang bukan mahram.

BUkan saja itu tapi dari segi persiapan kan menyambut raya lagi tia ketara how EFFECTIVE tarbiyyah iblis ani. Rata2 semua urang buat baju baru, sepatu baru, sinjang baru, keta baru, cat baru dan lain2 lagi. ANi bukan saja menyebabkan "pressure" ke atas orang yang hidup dalam keadaan yang sempit tapi pembaziran yang luar biasa.

Here comes the tips kehidupan urang dulu, rasanya datuk2 tane ataupun urang dulu hidup dalam keadaan yang serba cukup, inda payah susah2kan ataupun menyusahkan orang lain. Contoh, Umar al Khattab semasa penaklukan jerusalem yakni baitul muqaddis mempunyai EMAT PULOH patches ataupun TAMPALAN arah pakaiannya and masa atu ia Amirul Mukmineen.

Kalau Nabi apatah lagi, kalau alas kakinya kuyak, ia jait sendiri, kalau Abu Ubaidah, govenor Syria dalam rumahnya ada satu bekas sama cadar, rumahnya totally kusung. Apatah lagi Abu Dzar, apatah lagi Utsman, Ali, umar abd aziz, ibnu sirin, hasan al basri dan generasi2 yang mempunyai watak2 yang mengerunkan musuh2 islam. Dorang ani semua kaya tapi kaya dorang bukan dari segi wang ringgit tapi jiwa dan hati yang bersih..

Jadi moto dorang dulu..insha Allah

Koyak jait,
belubang tampal,
rosak baiki,
makanan nda nyaman jgn dikomen
selagi dapat pakai pakai.

Berlainan dengan kehidupan tane..

Kuyak sekubit ganti baru
Belubang buang
makanan nda nyaman, apa ni! masin ah! tawar juaaa! (maki hamun)
rosak bali baru

Having said that, masing2 Allah udah bagi rezeki sesuai dengan keadaan dan dalam rezeki yang tane kana bagi, ada hak orang lain yang perlu dibagi and once tane karit ataupun kedekut untuk mengeluarkan zakat, takut2 bala akan turun arah orang yang karit tadi sampai ada 1 juta pun rasanya inda cukup..

Jadi kawan2, aku menyeru kepada diriku dan diri awda diluar sana agar perlahan2 tane mengikut jejak langkah orang2 ingin bersama-sama dengan para sahabat, para tabi'en dan terutama sekali mereka yang ingin bersua dengan rasulullah nanti.

Apanya Umar Al Khattab masa urang teliat ia makan di atas lantai dengan segelas air, kurma dan roti, nya

"Aku hidup bersama Rasulullah dan ia redha kepadaku lalu ia meninggalkan aku, begitu juga Abu Bakr, aku hidup bersamanya ia redha kepadalu lalu ia juga meninggalkan aku, aku khuatir jika aku tinggalkan cara hidup mereka, aku tidak akan bersama-sama mereka nanti..

Fikirkanlah kawan2

Love
Tapau

20 Ogos 2010

We|rdo

Assalamu'alaikum semua, semoga tane sentiasa berada di dalam perlindugan Allah dan masih lagi berada dalam iman yang masih mekar macam pokok yang menjunlang tinggi ke langit. Berbeza dengan golongan yang nda pernah merasa iman, inda ingau, inda tau, inda paham dan bermacam lagi alasan2 yang akan dikemukakan.

Oh ya, mungkin inda terlambat mengucapkan Selamat Menjalankan Ibadah puasa dan semoga puasa tane kali ani adalah sesuatu yang membagi impak yang kuat arah diri tani.

Sempena di bulan ramadhan yang istimewa ani, saya ingin (eh sejak bila besaja??) berkongsi dgn kawan2 pasal bagaimana keadaan manusia semasa bulan specel ini. Mungkin ada yang udah tau dan mungkin jua ada jua yang inda tau. Pasal rasanya kan, we think people know certain things tapi banarnya inda. Contoh saja pasal puasa, urang sangka menahan dari makan minum saja tapi its more than that!

Salah satu perkara yang mungkin selalu terlapas pandang ialah pasal berbuka di bulan puasa. Kalau tane liat, etah ganya bulan yang paling banyak garai bejual sana sini, ada jual tungking ayam, ada jual kueh brunai, ada jual cakoi, ada jual salai dan bermacam-macam lagi juadah yang melilihkan air liurku. Sabar-sabar..Im sure banyak urang merasa cematu.

Jadi, almost all of us pegi shopping makanan setiap hari untuk memuaskan nafsu ketani. Like sometimes I call it bulan "mengasak" macam diri ani sendiri. Kadang2 kalau teliat makanan yang jarang atu, tergamak jua makan pasal mungkin diri ini masih lagi lemah, terlalu sehinggakan gigitan nyamuk masa solat pun buleh terganggu..

Then I ask myself, is eating a priority? Kalau tane liat apa yang nabi buat kalau sungkai, ia makan 3 biji kurma saja, mungkin kadang2 minum air, inda plang pernah tebaca, nabi sama sahabat2 makan brabis masa puasa, Ohh..sangat berubah sudah keadaan ketani.

Banar, makan atu perlu tapi kalau teover makan, apa akan terjadi? Malas solat, malas bangun malam, malas baca quran dan sebagainya sehingga mengorbankan malam2 di bulan ramadhan. Bukankah bulan ramadhan ani lebih baik daripada seribu bulan?

Di zaman Umar Al Khattab ada seorang lelaki yang parutnya gendut then amirul mukimneen pun tagur, what is this? Then lelaki itu menjawab, "barakah barakah..". Then Umar dengan tegas cakap, "bukan barakah tapi ani bala dari Allah!" Ouch jua kan tu. Terasa ku eh.

Tane akan liat perbezaan di antara puasa orang yang faham makna puasa dan orang yang inda faham puasa. Besar kemungkinan, orang yang faham, ianya sepatutnya menjadi bulan mentarbiyyah diri ataupun mengusai diri, melatih diri menjadi lebih istiqomah dalam membuat sesuatu. Kalau bukan bulan ani, bulan apatah lagi kan?

Yang hairan, its sooo easy to be istiqomah in eating. Like its mengenyangkan, menyelerakan, dan inda ngalih. Adakah kawan2 pernah mendangar urang beribadat terasa kenyang sama inda ngalih pada zaman ani? Kalau saya sendiri inda plang pernah. Kalau ada sesiapa yang merasa demikian, pleaseeeee let us know the secret. Ohh..sangat jauh tane dari bersikap macam para sahabat.

Nonetheless, bukannya tugas tane untuk menghukum ataupun mendakwa manusia yang lain, dorang pun manusia jua macam tane, yang mungkin sikap ataupun ulah dorang macam tane, ganya hidayah balum sampai arah mereka. insha Allah mereka yang MAUkan hidayah Allah bagi dan kalau mau kana tambah, Allah tambah insha Allah. Perhatikan surah Muhammad ayat 17.

Ini adalah sebagai peringatan kepada diri ani agar sentiasa yakin bahawa negeri akhirat adalah lebih kekal dan dunia adalah mainan dan semuanya akan diminta pertanggungjawaban!

Jaga diri jaga iman kawan2..

Love
Tapau

13 Jun 2010

Lay Zee

Assalamu'alaikum kawan2 yang dikasihi Allah. Tapau harap kawan2 masih lagi dapat melawan musuh2 yang akan sentiasa mengacau tane sampai saat nyawa tane kana cabut. Tane sentiasa berdoa agar tane semua dianugerahkan kesudahan yang baik dan bukannya kesudahan yang sakit lagi menyeksakan.

Tanpa disadari, tane udah berada di pertengahan tahun 2010 dan barangkali etah masa yang sesuai untuk tane imbas ataupun periksa diri, apa yang sudah tane capai ataupun perkara apakah yang udah tane mampu elak ataupun amalan apa yang tane masih lagi buat sejak 6 bulan yang lampau atau lebih.

Bukannya sanang kan ber"tahan" ani kawan2 pasalnya etah tu wah, setiap perbuatan yang tane buat ani ada ia punya kesan arah diri tane ganya kadang2 tane inda sadar. Contoh, mungkin pada awal taun, tane berazam untuk menjadi urang yang kurang gemuk ataupun berkeinginan sangat kan kurang 20 kilo. Jadi setiap hari tane pun makan buah saja dan minum air..

Sekali ada tia satu bulan atu, urang kawan menjemput makan kambing panggang ala jawa, apa lagi, semua dibaham macam serigala yang lapar. Minggu dapannya lagi, kana panggil piknik, sepertimana yang tane tau kalau piknik ani, selalunya banyak sosej sama ayam BBQ, apa lagi! antammm! gasak eh, etah saat yang bergumbira ni!

Ahirnya apa akan jadi kepada ke"kuatan" hati untuk mengurangkan 20 kg? Bisikan2 seperti

1) eh, nanti saja diet
2) halal kali ah, bukannya kau membayar, urang tanggung
3) yang bes tidur lapas makan, baru nyenyak
4) etah masanya ni, bila lagi??
5) sayang eh rejeki!
6) jan membazir, Allah inda suka urang yang membazir
7) tambah lagi
8) ahh panas panas ani yang nyaman ni nah

Dan bisikan2 ani akan berlanjutan sampai tane menjadi urang yang tewas di dalam medan pertempuran yang sengit. Bukan antara hidup ataupun mati tapi antara ikut cakap nafsu syaitan ataupun bisikan baik seperti di bawah ini:

1) tahan saja, di syurga lagi nyaman makanannya
2) kau ani hamba kepada Allah kah siapa?
3) hidup hanya sementara
4) urang mukmin makan dengan satu USUS!
5) barat karang bangun malam
6) one thing leads onto another
7) makan banyak pun, ahirnya sama jua yang keluar
8) payah karang ke masjid
9) tidur saja tu jadinya

dan bisikan yang baik pun lebih kurang banyaknya. MAsing2 tane pernah mengalami keadaan2 yang demikian sampai ia membuatkan tane serba salah sehingga inda tau mana patut yang tane ikut; kekal ataupun sementara.

Kalau kana tanya mungkin kawan2 akan menjawab yang kekal tapi cuba tane liat arah diri dan perkara yang tane buat, adakah yang yang kekal kah inda? Contoh yang paling sanang difikirkan dan inda memerlukan ilmu kimia ataupun ilmu astrologi ialah mengenai C I N T A.

Semua urang pernah bercinta, ada cinta pada manusia, ada cinta pada binatang peliharaan, ada cinta arah keta, ada cinta arah pelakon, ada cinta arah makanan, ada cinta arah kejadian alam, ada cinta arah lagu sampai ke tahap i lap u, u lap me.

i'll do anything for you,
anything u want me too,
ill go anywhere for you,
anywhere you want me too,

sampai laut yang berapi rela ku renangi dan gunung yang tinggi rela ku daki. Op op op. Sebaik sahaja seseorang atu masukkan kaki nya ke laut yang berapi, maka, akan hancurlah kakinya, sebaik saja ia kan mendaki gunung yang tinggi, baru sampai di kaki gunung, udah tia tesingap, singap ataupun ampus.

Manusia, termasuk aku sendiri sangat pandai bermain dengan perkataan sampai manusia yang lena dimainkan dengan perkataan ani selalunya seperti dibuai mimpi yang indah dan rasanya inda mau bangun lagi pasal, siuk bah mimpi inda habis2 ani.

Tapi cuba tane liat, betapa ruginya tane yang mencintai perkara2 yang tapau sebutkan tadi. Semuanya adalah benda2 yang bersifat TIDAK KEKAL. Udah ucing mati, habis tia. Kalau gf or bf tejumpa "kekasih" baru, dui ma, merana badan. Udah tejumpa keta yang lebih latest, kan pandang dua kali pun payah arah keta lama ah, biarkan tia jadi basi buruk. hua hua hua.

Adat manusia dalam bercinta memang bertukar-tukar, inda pernah kekal, pasal atu menurut statistik dari jabatan statistik, purata umur urang yang menuntut cerai paling banyak di brunei ialah dalam umur 25-29. alasannya mungkin macam2 tapi rasanya kan kawan2, yang menyebabkan terjadinya penceraian ialah kurangnya iman di dada.

Masalahnya kalau iman kurang, macam2 buleh jadi. Awal2 liat, lapas atu, masuk hati, lepas masuk hati, di gambarkan dalam otak, udah di gambarkan dalam kepala, ia akan bergerak arah tangan tani, udah sampai arah tangan, tane memberanikan diri untuk mengambil tau urang atu, udah dapat numbur tipun, hati pun tergerak untuk tipun, udah tipun kenalan, or maybe sms dulu, udah atu, call, udah call, pelan kan jumpa, udah jumpa, malu2, inda makin rapat, duduk sebelah menyebelah, udah atu, tepigang tangan, udah atu, tecium rambut, udah atu tecium tangan, udah atu..caress dan ahirnya..anak haram! lelaki berani tanggung, apa payah buang saja anak ah, ataupun makan sesuatu yang menyebabkan keguguran! Berani jua? Kalau berani teruskan sama kuatkan tah diri untuk API NERAKA!

Cemana bleh terjadi? tanya diri tane sendiri. Nyasal pun inda guna. Tapi sekarang tapau ingin menarik perhatian yang membaca. Cemana bleh tane mencintai seseorang dengan perasaan yang sama sampai tane sanggup lakukan apa saja demi kekasih tadi, bangun malam betipun, online 3 pagi besykpe, belikan makanan kegemaran walaupun jauh bejalan sama walaupun terpaksa minjam duit dari urang. Pokoknya, kalau seseorang atu mencintai seseorang sampai tahap cematu, inda tah ingau lagi pasal apa2, asal kekasih atu hepi..

TAPI kenapa manusia inda dapat mencintai ALLAH cematu!?? Bangun malam keranaNya, sanggup sakit keranaNya, sanggup berlapar keranaNya, sanggup kana hina keranaNya, kana ucapkan, kana kutuk, sanggup memberi keranaNya, sanggup mengadai nyawa keranaNya?? Yang tapau heran lagi apanah? Kalau tane sumbangkan diri tane arah Allah, ia atu KEKAL, Dia yang terawal dan inda aada kesudahan sangat JAUH berbeda dengan diri tane dan apa yang disekeliling tane..

Jadi cemana, adakah tane lebih rela membazirkan masa tane ke arah benda yang sementara ataupun yang kekal? ataupun tane memberikan tumpuan yang lebih arah benda yang kekal? Pesan yang sangat penting bagi Tapau dan kepada yang membaca.

Bangkitlah wahai yang membaca! agar engkau mampau melawan kehendak nafsumu yang lemah dan agar engkau sentiasa istiqomah di jalannya..raihlah yang tidak berkesudahan, cintailah sesuatu yang kekal agar engkau akan sentiasa akur dengan ketetapanNya. bangunlah bangunlah BANGUNLAH!

Love only for Allah
Tapau

06 Jun 2010

Putus Asa...Jangan

Assalamu'alaikum kawan2 yang dikasihi Allah. Tapau harap kawan2 semua sehat dan masih lagi semangat untuk memperbaiki diri walaupun kadang2 susah dan macam2 cobaan yang datang. Apatah lagi hidup masa ani, tv, celebriti, keta model baru, mobile baru etc menyebabkan tane sibuk kan diri tane dengan hal2 dunyawi jauh daripada memikirkan apa yang bakal tane hadapi di akhirat nanti.

Hari2, manusia berhadapan dengan kesusahan, kesempitan, kemerosotan, kekurangan, kesedihan, keperitan, kehinaan, kebingungan, kelaparan yang disebabkan oleh perkara2 yang inda disangka-sangka macam kematian, dibuang kraja, ditarik balik biasiswa, kana marahi ketua, kana tipu pompuan/lelaki, keguguran anak yang disebabkan oleh kurangnya sikap akur tane kepada ketentuan Ilahi.

Sikap akur ataupun redha dengan apa yang terjadi kepada tane adala satu sikap yang susah kan dicapai pasal tane mungkin nda berapa yakin dengan apa yang terjadi atu, etah yang terbaik untuk ketani. Malangnya, kebanyakan dari tani kadang2 melawan ataupun merasa marah dengan apa yang terjadi rah tane ataupun keluarga tane sampai kadang2, kes mengamuk bawa parang, kes bunoh, kes bunoh diri, kes jadi gila, kes rogol dan sebagainya dijadikan sebagai penyaman hati.

Tapau sebenarnya kesian dan ikut simpati dengan kejadian2 yang berlaku masa ani. Yang lebih kesian lagi, mungkin ramai manusia, apatah lagi yang bukan beragama islam, inda tau cemana kan menyelesaikan masalah2 yang berat masa ia datang. Bukannya sanang kan bersikap "cool" saja kalau tane inda tau cemana. Ada yang banar2 mantap atu, kalau rumah angus pun masih ia inda teriak2, ataupun menangis kerana kehilangan anak.

Bukan bermaksud inda sayangkan anak tapi orang atu yakin yang apa yang berlaku arah dirinya, etah yang terbaik untuknya. Subhanallah.

Kebanyakan daripada tane, kalau sesuatu kejadian yang buruk terjadi, tane selalu salahkan TAKDIR. Dan yang paling perit lagi, tane lupa yang menetapkan pelan hidup tane. Atu yang lebih teruk pasal ianya seakan-akan memberikan gambaran yang menentukan sesuatu kejadian atu inda adil, inda sempurna dan bermacam-macam lagi ANDAIAN yang tane buat.

Kawan2 yang dikasihi, tane perlu sentiasa ingat yang Allah adalah semua kejadian yang berlaku disekeliling tane ani adalah di atas ketentuanNya. Yakni, urang jahat arah tane, urang baik arah tane, urang menghina tane, urang whaterver arah tane adalah disebabkan Allah-lah yang mengilhamkan sesuatu atu untuk berbuat sedemikian.

TAPI perlu diingat, tane akan sentiasa berhadapan dengan dua perkara; baik dan buruk. Kalau tane membuat keputusan untuk memilih yang buruk ataupun jalan yang jahat, maknanya, yang jahat jualah yang akan tane terima dan sebaliknya.

Hairan kadang2, tane membuat sesuatu yang baik tapi jahat plang yang tane terima. Contoh macam apa? Tane teliat seorang hamba Allah yang jalan kaki di lebuhraya, jadi tane pun bagi ke siring dan suruh urang tadi masuk dalam kereta tane. Tapi apa yang jadi, kana rompak tia pulang ataupun kana bunoh tia pulang..kes paling teruk

Seperti yang Tapau katakan, kadang2 ketani lupa di atas dosa yang pernah tane lakukan dan mungkin di atas dosa yang pernah buat dulu2 atu, Allah balas di dunia. Ani lebih baik pasal cuba kawan2 gambarkan kalau sekiranya dosa yang pernah tane buat di dunia ani kana balas di akhirat, bukan saja lebih sakit tapi kalau kana seksa selama-lamanya cemana?

Pasal atu, topik ani memperkatakan mengenai JANGAN SEKALI-KALI BERPUTUS ASA! dengan Allah. Maknanya, tane musti bertaubat di atas dosa2 yang tane lakukan and atutah perkara yang TERSANGAT mudah untuk dibuat, se SEN pun inda keluar, kalau mau sedekah silakan tapi mun kan duduk menghadap kiblat, solat sunat dua raka'at taubat dan berdoa agar Allah ampuni dosa tane yang lepas dan yang akan datang, yang perlu ialah usaha.

Mesti jua ikhlas, jan jua main2 dan jgn buat lagi. Imam Ghazali pernah getau yang tanda taubat tane atu kana ampuni, tane inda buat lagi dosa atu. Contoh, kalau dulu selalu mencuri, ani inda mencuri lagi sampai tah mati, kalau pernah berzina, inda berzina lagi sampai mati, kalau besigup, inda besigup lagi sampai mati, kalau pernah mengumpat, inda mengumpat lagi sampai mati.

Satu perkara yang ingin Tapau ingatkan jua ialah kalau tane kan minta, minta kepada Allah, kalau kana minta tolong, minta tolong kepada Allah, kalau tane sedih, mengusut arah Allah, kalau tane hepi, tunjukkan rasa syukur tane arah Allah..dan bukannya tane minta arah siapa2 pasalnya apa?

Pasalnya, kalau semua manusia di dunia ani sejak nabi adam kufur kepada Allah, ianya inda akan mengurangkan ataupaun menambah perbendaharaan/kemegahan ataupun apa yang ada pada Allah dan kalau semua semua manusia sejak nabi adam beriman kepada Allah, ianya jua inda akan menambah ataupun mengurangkan apa yang ada disisi-Nya. Dan kalau semua urang sejak nabi adam hinggalah tamat dunia ani minta minta MINTA daripada Allah dan semua ditunaikan-Nya, ianya inda akan mengurangkan apa yang ada disisi-Nya melainkan seperti jari yang dimasukkan dalam laut lalu dikeluarkannya. (Hadis)

Ertinya, kenapa ketani perlu berputus asa sedangkan minta maaf, taubat, minta jadi urang kaya, jadi urang pandai, jadi urang yang warak, jadi urang yang dicintai Allah, jadi urang yang ditakuti manusia dan seterusnya, kalau saja tane minta, yakinlah! Allah akan bagi, tadah tangan dan yakinlah kawan2 kerana Allah bertindak sebagaimana sangkaan hamba-hambaNya.

Jadi, Tapau menyeru diri ini dan diri yang membaca agar tane sekali-kali jangan berputus asa daripada ni'mat Allah dan hendaklah tane bersifat akur dengan ketentuan-Nya. Mintalah kepada Allah.

Love
Tapau

28 Mei 2010

KA YA

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada yang masih lagi mengikuti siaran ini. Di harapkan agar bis tuan2 dan puan2 berada di dalam badan yang cergas dan inda bermalas masalan dalam melakukan sesuatu hal terutama sekali perkara yang baik. Kalau malas perbuatan yang inda baik, ahhh atu besssss. Yang lebih baik lagi, dijauhkan yang inda baik atu agar tane menjadi urang yang terbaik ataupun yang hampir kepada kebaikan.

So what kalau tani jadi urang yang terbaik? Apakah tane akan jadi urang yang dicintai? Adakah tane akan jadi urang yang disayangi? Atau adakah tane akan jadi urang yang dikagumi? Whatever reason yang tane ada for aiming jadi urang yang terbaik, atu Allah saja yang tau, yang penting kamu hepi. Tapi kan kamu, ada urang hepi ataupun rasa kan buat urang lain hepi. bagemana ya?

Contoh, sorang kanak2 yang dbasarkan dalam sebuah keluarga yang selalu saving, itu ini saving, makan luar jarang, kais pagi makan pagi, karan jgn membazir, jgntah belayar, jgntah itu ini, jgntah bagi duit merah masa raya, jgntah bali baju baru, kasut baru, perabut baru, blu bla blu bla. Kalau kan belayar, ke miri saja, jgntah jauh2, ataupun KK ataupun lawas ataupun limbang ataupun temburong, flora dan fauna?

Budak lelaki ani pun membasar, kana hantar scholarship ke luar negara, graduate first class, dapat kaja, bali keta mahal, makan restoran ikut nafsu, bali itu bali ini, garut sana garut sini, hutang sana hutang sini, kasut bali baru once ada model baru, belayar tiap bulan, jolly di thailand. bla bla bla.

Innit interesting guys, cemana tani punya minda unconsciously terbentuk mengikut keperibadian ibu bapa tane. Contoh, kalau bapa tane inda suka kai walet, tane pun inda suka kai walet, kalau bapa tane beutang, tane pun suka beutang, kalau bapa tane or babu tane suka spending, tane pun ikut jua tanpa tani prasan. In fact, I know a number of people yang mana, bapa dorang ani becarai, anaknya pun teikut-ikut jua!! Macam trend tia pulang. Ani lain ceta.

Tapi yang teruk lagi apanah? The impact of a country, mun almost 50% of population, yang kalau gaji keluar, have the tendency to shop, makan, etah masa yang brabis tu, seminggu ah sampai ahirnya, balum pun sampai pertengahan bulan, karing macam padang yang inda kana basahi air selama satu bulan mari.

Napa ya kan tu we ask? Mungkin banyak faktor2 yang menyebabkan habit ani berlaku. Mungkin tepressure uleh kawan2 bawa lepak, kana bawa gf or bf liat movie tiap hari, or maybe pasal buring bah rasanya kalau shopping masa sikit urang atu, inda tia meriah, i wanna be SEEN, i want people to see im a BIG SPENDER!

Bagus tu tuan/puan, ganya duit atu bukan turun hari2, ia turun sebulan sekali (not unless bis tuan2/puan2 ada bisnes sendiri). Kalau yang bekerja baik dari sektor kerajaan ataupun swasta akan mendapati, gaji atu tah saja yang dorang terima setiap bulan. Let's look at a typical pekerja yang baru graduate dari institusi pegajian tinggi.

Yeah dapat kaja! Gajiku 2000 setiap bulan (27 Feb 2014). So now, i wanna buy a new phone that costs 800. Yeay hepi! duit tinggal 1200. Wahh, baju bula MU baru, ori lagi. Order eh, tapi aku nada credit card, bah apply lahhh!. Apply siap in two weeks. Maximum limit 5000. Wahhh kaya, i have now 6200. Bah order baju dua kaler lah, 100 sepasang. Tinggal credit 4800 cash 1200.

Lajutah makan dluar, arah swinsun bisai, trabang 58. Eh! bek tah liat movie ni, siuk eh liat ceta hantuu. it makes me scareddd. Bu huu. Trarbang 20. Eh popcorn lagi sama minuman 10. Elah, tiket parkir lagi 2 ringgit. Habis udah credit ni, bali topup 10. Duit tinggal 1100 cash. Wahhhh! Ada udah camera baru atu yang 20MP cooollll! Tarang!!(harganya 2000), bali eh..mmmmm cash tinggal 1100, terikah sana, swoop!

Currently status (14 Feb 2014):
Cash 1100
Credit card 2800

15 Feb 2014, lunch money (5 working days) 5 (per meal) x 20 (hari dalam sebulan) = 100
Minyak keta - 5 sehari x 30 = 150
Topup - 100
Blanja kawan/famili - plup keluar..ga u get the point kan?

Students pun lebih kurang cematu especially yang under scholarship. Kebanyakannya akan menghabiskan duit dorang bukan kepada membantu urang2 miskin tapi busy menghidupkan masa dorang dengan shopping. Yeay! shopping kasut, baju, seluar, skirt, new gadgets, tipun baru lalalala. sampai ahirnya terpaksa gadai barang2 arah pawn shop.

Hmmm, what if brunei ani ada pawn shop, thad be a site to see. Be queue kali urang. So far, yang buleh digadaikan emas sama perak saja i think yang ahirnya nada yang kan digadaikan melainkan nyawa..then again how much would a body cost?

So cemana tan kan ubah tabi'at shopping brabis brabisly masa gaji/elaun keluar? Kalau biskita kan tau, kalau diluar negara, dorang kana bayar dua minggu dua minggu eritnya, gaji dibagi dua. Etah ramai tu ramai manusia yang menghalalkan arak berduyun-duyun ke bar, untuk menghidupkan malam dorang especially during the weekends.

Rasanya, cara yang berkesan untuk mengamalkan sifat berjimat cermat ani ialah dengan menguatkan iman di dada pasalnya kalau tane yakin dengan kehidupan akhirat dan apa yang ada dsana, apa yang di dunia ani, nda tane ingau, macam so what if there's a new SL500 v12 ataupun so what kalau ada lambo modal baru. Tapi kalau kaya banar banar atu lain hal lah tapi yang manusia2 yang hidupnya sederhana ani mesti jua membali barang sadang2, jan sampai beutang.

Inda bisai nyanta kalau di bawa mati hutang ani. Mati tane tau tapi udah merasa, pahit, manis, suka, duka, nangis, ketawa, hanya urang yang mati saja yang tau tapi banyak udah tane kena pesan yang mati ani memang sesuatu yang hak dan atu tah jua cara yang menguatkan diri tane that bali barang banyak2 pun, inda jua bawa ke kubur, yang di bawa apa tah?

Tapi kalau bangsa cha ya nun alip, i hear dorang kubur harta2 dorang atu sama2 sampai setiap kali ada dorang ani yang mati, ada pencuri yang mengintai, bukannya untuk apa tapi kan mengali kubur dorang ani and ambil jam rolex etc. Sayang kan. habis cematu saja.

Jadinya, aku seru diriku dan diri kamu agar tane mempunyai sifat2 yang terpuji agar tane dan keluarga tane inda menyesal di kemudian hari. Mulalah berjimat dari sekarang, agar udah kamu kaja, kan kawin, kan bali keta, kan bali rumah, kan buat bisnes, kan buka ladang ayam, inda payah beutang, tapi kamu biayai perkara2 atu dengan simpanan kamu sendiri, kan best gitu!

Kekurangan akan sentiasa terjadi selagimana diri ini bernama manusia (Tapau)

Love
Tapau

19 Mei 2010

POW WOW

Assalamu'alaikum kawan2 yang dikasihi Allah. Semoga kamu semua sehat2 belaka disamping keluarga yang tersayang dan masih mempunyai iman walaupun sedikit tapi cukup untuk mengelak diri tane daripada melakukan perkara2 yang brimalu sama bida kalau kedapatan. Macam kes buang anak, branak luar nikah blu bla blu bla.

Im honestly tired listening to stuff pasal semakin ramai urang main before kawin ani macam dari damit sampai ku basar, cematu jua keadaan atu, inda pandai berubah. Sekulah ugama? Sekulah. Bapa imam? Au ehh. Nini apa? TOk Lebai? Janggut panjang? Tantu tu, its all in the package? Macammana keadaan anak bis tuan? Ummm. Inda ku tau, tadi bejalan ya si chalai ah..hehe

So many parents termasuk parents ku sendiri yang kadang2 alpa ataupun lupa pasal anak. Awal2 sorang anak, uwwww manjaaaa..kedua..manja di bagi dua, lahir anak ketiga, sayang terbagi tiga dan ahirnya kesayangan jadi berbelah bahagai, sampai nama anak pun inda tau, apatah lagi tanggal hari lahir anak atu. Kwang kwang kwang.

So what? Mana yang lebih baik? Anak ramai ATAU anak sikit ATAU nada anak? Everyone has their own preference and I could not care less berapa ramai kamu mau anak kamu tapi yang ku peduli ialah cemana tane mendidik anak itu. Atu yang ku ingau. Pasal apa? Pasalnya, kalau sekiranya aku ada anak nanti insha Allah, sekiranya tah anak ane type yang samseng; sombong, angkuh, riak, pemarah blu bla blu bla dan bekawan tah lagi dengan anak hamba, ahirnya anak amba pun tempias tuuu or it could just be the other way round. Inda ja?

Tapi banar plang kan, no one is perfect tapi inda kan tani biarkan tani ani jadik urang samseng selama-lamanya? Buring jua tu, kana hina, kana umpat, kana banci, kana herdik, kana blu bla blu bla, sampai ahirnya, jadi loner, highway ranger, scour the seven seas without a compadre. mati tu, macam pisang yang kan mati dari pukuk. Sepatutnya diputung dan diambil buahnya, ani kan mati udah pisang luar rumah. Kalau ada munyit di belakang supasep atu kan best. Kanyang parut dorang.

Jadi cemana tah ni, theres no show of declining, I mean trend anak luar nikah. Paling muda yang jadi "wanita" ialah 12 taun, ani baru yang reported cases, yang kana tapuk bawah selimut cemana? Siapakah yang disalahkan? Aku? atau kamu?

Aku! Pasal, barangkali websitus ani balum lagi kana baca uleh semua urang brunai yang mempunyai penduduk seramai 400000! (i know naik dah panya) And that i havent really buat MARKETING yang efektif. Mungkin, MUNGKIN kalau dorang baca situs ani, akan ada yang terasa padih bercampur marah pasal maklumat yang dorang baca. Tapi at least, yang membaca ani insaf pasalnya dua kali dua jadi empat, kalau seribu kali seribu? 100,000!! Maksudnya, kalau tani biarkan yang seribu ani tadi "terbiar", maka, seribu atau mungkin LABIH yang "terjaga" KALAU dorang inda ingau, ahirnya, dorang pun termasuk di antara urang2 yang "terbiar".

Tapi kan kawan2, kalau 1000 TOLAK (minus) 1000 berapa? KOSONG! Kan! jADI, kalau sekiranya 1000 orang tadi, men"jaga" seribu yang tadi. Mungkin dunia ani akan jadi selamat. Maksud terjaga disini ialah, menagur bisai2 dan bagi contoh2 yang menakutkan dorang. Contoh saja ceta pasal ada buku yang ku pernah tebaca ani i think it was mastika kali yang ada ceta sal this couple (balum kawin) main, then mati on the spot. Ahirnya, mayat dorang terbiar for a while until urang kampong tecium bau busuk. Mungkin kenyamanan awal2 tapi masa malaikat maut kunjung tiba..hmmm apakah perasaan mereka?

Bukan atu saja tapi malu yang bakal di timpa uleh parents yang anak2 dorang ani bejauh tangah malam. Jadi percakapan urang. Tapi bear in mind. Malu ani berhubung kait dengan prestasi ibadat tani, kalau ibadah yang tani buat atu inda menghasilkan iman, beludah diluar kereta, pakai seluar pindik jalan2, pakai spindit yang kuyak, pakai bikini di pantai macam nada..its ok, no one cares about be. Im the person who i want to be. Bukannya dorang membagi aku makan!

Biasa kan kamu dangar. Peringatan ani beguna tuan2 dan puan2, walaupun tani ani inda sempurna macam aku, inda semestinya yang menaip ani lebih handal daripada yang membaca, inda semestinya, anak murid lebih tua lebih telur daripada anak murid yang muda, inda semestinya, orang tua lebih lamah daripada urang muda dan seterusnya dan inda semestinya urang yang tuli inda dpt memahami sesuatu daripada urang yang mempunyai pendengaran jelas.

Jadinya, brapa ramai yang kamu kan selamatkan? Satu dua tiga empat lima sejuta!? Possible, of kos possible, yang menstop diri kamu ialah kamu sendiri sama makhluk Allah yang seekor itu. Other than that, musti! jua tani tagur walaupun seteruk teruk diri tani tapi tani cuba untuk jangan membiarkan diri tani hancur di dunia ani disebabkan perkara2 yang menyebabkan tani kana umban dalam api yang panas. Tunggulah!

Sekian saja bagi siaran kali ini :)

Love
Tapau

09 Mei 2010

-ve

Assalamu'alaikum warahmatullah kawan2 yang dikasihi Allah. Aku harap kamu sehat2 semua dan masih lagi mempunyai iman yang mantap pasalnya kalau iman nada ani susah, semua buleh jadi macam menipu, khianat, merampok, berzina, minum arak dan sebagainya. Macam urang bagi pagar dkawasan rumah pasal apa kian? Pasal kan jaga harta ataupun kan memastikan krabau inda masuk? Fikirkanlah.

So yeah, been busy lately dengan aktivitas yang menarik hati, baik fisikal maupun mental. Minggu2 yang lepas yang lepas yang ku lalu membuatkan ku lebih mature in a sense that setiap perkara yang berlaku memang ada hikmahnya. Setiap burung yang lalu, setiap kucing yang kana langgar, setiap daun yang gugur, grenti ada pelajarannya, ganya tane kadang2 inda brapa ingau, termasuk diriku yang ingin menjadi orang yang paling inda negatif!

Kamu tau, masa ani ada brapa biliun urang di atas muka bumi ini? menurut statistik yang ku terima dari sumber2 yang inda brapa sahih, masa ani ada berbiliun biliun manusia yang terdiri daripada berbagai warna, adat resam, keturunan, bau, kaler rambut dan sebagainya. Termasuk dalam manusia ani jua ada yang -ve dan ada yang positif. Dan tane kana suruh untuk berkenalan dengan satu dengan yang lain untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara bangsa2 lain.

Tapi jan plang salah anggap, bukannya mengURAT tu ah, ertinya lelaki seharusnya berkenalan dengan lelaki dan bini2 sama bini2, karang mikin ramai karang gejalan social yang semakin hari semakin rancak berlaku. Pasal apa kan tu ah? Aku pun haiyan. Buku bejurit, ustat2 pun banyak jua, masjid sana sini, tiap minggu kana basuh uleh imam pasal buat dusa pasal takwa, masihhhh jua urang berkelakuan tidak senonoh

Sebagai contoh pakai skirt tapi kai tudong, pakai tudong tapi kai seluar ketat, pakai baju labuh tapi inda betudong, pegi ke masjid hari2 tapi masjid jua mengumpat? Apakah yang sedang melanda negeri tane yang aman ani? Adakah ada sesuatu yang tani terlepas pandang atau adakah aku sedang bermimpi sebuah mimpi yang mengerikan?

Manusia inda akan lapas daripada bergaul, hatta, munyit dalam hutan pun mesti bergaul antara geng2 masing, kalau inda kana pulaukan tia ataupun kana ucap "lone ranger". Buring jua kan tu? Siuk kah tu sorang2 jalan2 cari makan? Siuk kah tu sorang2 memancing? Siuk kah tu sorang2 men bulan dengan dinding?

Kadang2 kalau difikirkan kesian jua urang yang anak tunggal ani, ia nada kaka, abg ataupun adi, jadi ia melakat arah babu babunya saja, ahirnya apa akan jadi, ia akan jadi kepuasan dengan mencari pasangan, gf or bf. ataupun ke internet cari cyber friends, ahirnya, kelakuan pun jadi songsang. Parents lapas tangan dan sebagainya. Melarat arah lain.

Etabah, satu perkara yang saya pelajari sejak lama udah inda chatting ani ialah AURA. Apakan tu? Angin tau? Terasa kan tapi nampak kamu? Inda? Not unless angin atu membawa pasir, atu "macam" nampak tapi bukan angin, sesuatu yang inda dapat dipigang dengan tangan tapi we FEEL it.

Aura mengikut pendapat ku terbahagi kepada dua, Satu, aura positif dua, aura negatif. Aura positif ialah seperti sesuatu yang baik, pujian, amal jariah, zikir, sangka baik, pemikiran terbuka, pemaaf dan suri tauladan yang sempurna. Contoh saja tu. Aura yang negatif pula, buruk sangka, penjeles, pendendam, put blame on others dan sebagainya, pokoknya, sesuatu perkara yang inda baik ataupun budi pekerti seseorang yang kuang hajo.

Jadi, apa yang mencuit hati saye ialah ketika bila kita bersangka baik dengan apa yang dijadikan Allah, tani akan terasa semua ani amazing, semua urang baik, all the plants, tress dan burung2 they are WITH you. Sebaliknya, kalau tani kana marah2 saja, kusut sana kusut sini, umpat sana umpat sini, komplen sana komplen sini, all these negativities just seemed to FOLLOW you and everything and everyone seems to be AGAINST YOU.

Etah ni, kalau bekawan dengan urang yang berfikirkan jahat, kajanya kan memikirkan cara men"dapat"kan bini2 ataupun kan mencuri harta benda kerajaan, ataupun apa saja jenis mungkar, ahirnya tane pun "tekana" ANGIN tadi atu. Inda plang nampak tapi, tempias jua tu. Tapi kalau tani sentiasa bersama urang2 yang positif, semua rasanya baik, nada yang inda baik, ahirnya ia jadi urang yang redha kepada apa yang terjadi arahnya. Walaupun sesuatu perkara atu macam jahat.

Tapi jan plang salah anggap, yang haram tetap haram, atu wajib terbentras dengan cara yang paling baik sekali. See the difference, kalau tani kan melarang ataupun menagur urang, mesti tani buat dengan cara yang paling terbaik yakni dengan berhikmah, bukannya kan ditampar, ditrajang, dihina, diumpat belakang dan sebagainya, tapi dengan cara yang sebaliknya.

Satu perkara yang sangat penting lagi ialah tane mesti sedaya upaya jauhkan diri tane daripada urang2 yang mempunyai aura yang -ve ani pasalnya udah disebutkan di atas. Pasal atu awal2 ku tanya, di dunia ani ada billions of people, kenapa tane kan bergaul dengan urang yang akan menghancurkan diri tani? Cali jua kan tu?

Kan siuk kalau everything is lovely dan dandy. Inda murung, inda mengucapkan siapa2 walaupun banar ulahnya catu, inda menghina, dapat menulung memperbaiki urang punya keyakinan diri dan sebagainya. Hidup jadi stress free. Rasanya, setiap sesuatu atu mesti tani pandang dengan cara yang paling baik pasalnya, tani menerima apa yang Allah bagi arah tane. And once that happens, tani jadi manusia yang paling specel di pandangan Allah. Kan best gitu?

Jadi, aku harap, tane sama2 dapat kikis sifat2 yang negatif jadi bentuk ia jadi sifat2 yang posifit kerana dengan atu tane dapat mengamalkan hidup yang lebih sehat, bersemangat dan lebih produktif baik untuk diri tane mahupun masyarakat dunia secara umumnya.

Sebagai latihan, cuba dalam satu minggu, kamu inda berfikirkan -ve baik dalam hati ataupun dalam percakapan. Lihatlah hasilnya insha Allah!

Love
Tapau

09 April 2010

Trapik Jem (Panas!)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Tuhan, seru sekalian alam. Semua yang diciptakanNya yang inda kana bagi kebolehan untuk berpikir (ada aqal) macam kayu, binatang, rumput, samut dan sebagainya sentiasa memujiNya, manusia saja inda sadar. Tapi manusia lain, tani dibagi pilihan sama ada untuk ingkar ataupun patuh kepada Allah. Yang sebaik-baik ialah mereka yang selalu bertaubat.

Syukur kepada Allah sal tane masih dibagi nafas untuk menikmati sebahagian daripada ni'mat Allah yang inda terkira banyaknya. Pakai tasbih panjang2 pun akan sampai kepengujungnya, pakai tasbih otomatik atu pun akan sampai kepada bilangan 999999? Tapi ni'mat Allah, tane inda akan terkira tapi Allah tahu berapa ni'mat yang ia kurniakan kepada manusia. Nafas saja. Dapat tane hitung kan?

Kamu tau ker? Kalau tani nda benafas po paip minit, dah melayang nyawa kiter. Paip (five) minit atu melampau jua ah, tu minit pun lenyap tane udah. Siapa yang pernah LAMAS dalam air? Angkat tangan? Aku nda nampak, so what? So, kamu saja fikir sendiri apa rasanya nada udara. Kana cangak sapa pernah ataupun tetalan biji dulian? Jantah jauh, ketulangan saja, nyaman kah nda rasanya?

Bagi yang pernah mengalami, memang, itulah saat2 yang genting karena, rasanya, malaikat maut ber"main" dengan roh tane tapi oleh kerene bukan saat nya, tane pun meneruskan kehidupan yang tidak lain hanyalah senda gurau ataupun mainan belaka. Sebelum ku lari dari topik asal, aku akan pusing satu roun lagi, Hooray!

Bagi sesiapa yang pernah memandu keta di Brunei terutama sekali akan sadar bahawa in general, pemandu tane ani inda ada adab sama pemanas sama kuang hajo sama inda hormat pemandu dan macam2 lagi perkara2 yang sorang2 ada pengalamannya masing2.

Kalau me sendiri, pasal signal. Ataupun pengunaan lampu isyarat keta2 yang inda digunakan, bek plang dipacah ataupun dijadikan lampung tidur pasalnya sayang jua kalau nda digunakan pasal yang uwang toha, membazir karan nyamu wanggg. asteee.

Faktor2 yang menyebabkan kemalangan dibrunai salahsatu nya ialah kerana nda besignal. Masuk mengajut, semua jadi stuntman ataupun hero on the road. Biar tia urang lain sakit hati asal kamu sampai ke upis kul 6 pagi.

Brapa ratus ceta udah ku dangar pasal urang nda besignal terutama sekali arah roundabout di gadong itu. Iye memang betul, kadang2 ada plang urang besignal awal tapi terlalu awal, sama besignal atu ada tapi terlalu lambat. Ahirnya, pooonnnnnnn! ataupun kana bagi finger ataupun kana sumpah ataupun yang lebih teruk lagi, kana turuni, then kana tumbuk. Ahir kelai macam kanak2 sekulah, pulis bomba seluruh keluarga datang. Malu ai!

Dalam islam, ada peraturan2 yang termetrai untuk menjalani kehidupan. Tani ada quran dan sunnah tapi ada tia urang loyer buruks atu yang balas nya dengan, "eh, dalam quran ada cakap pasal cemana mendrive keta kan, mesti branti kalau lampung merah mesti bagi jalan masa zebra crossing lalalalalala".

Untuk memahami agama ini tane mesti in fact, wajib bagi setiap muslim atu belajar pasal deen ani. Kalau inda, kehidupannya tane ani akan sentiasa dipenuhi dengan kepusingan, kepaningan, kesesatan dan sebagainya. Contoh saja kalau kamu bali mobile baru ataupun whatever's gadget available now.

Kalau urang tua2 tane, selagi dapat receive call, call urang, bagi dorang atu udah cukup. Etah keSYUMULAN mobile bagi dorang. Sama jugak dengan kete, selagi dapat bejalan, atutah saja yang penting, ganti brakepads, timing belt, ganti tayar botak, gatah wiper etc inda ya tau menau tu.

Ahirnya, these people, including myself, ain't getting what we paid for. Kalau mobile baru tadi atu, mungkin kalau diselidiki lebih dalam lagi, urang2 tua itu akan mendapati yang mobile ani dapat hantar gambar, dapat dangar quran, dapat baca buku, dapat surfing, dapat buat untuk berdakwah, dapat buat nota, dapat buat alarm and the list goes on.

Ahhh, sama jua macam quran, tane inda akan tau, NEVER akan kenal isi kandungan quran yang sebenar selagi tani nda mendalaminya secara sebenar benarnya. Tani inda akan dapat hargai apa yang Allah cuba sampaikan arah tani. Tani inda akan dapat merasa apa yang sahabat2 rasa masa membaca qurah toha, semasa ibnu mas'ud membaca surah ar rahman di dapan urang2 musyrikeen makkah.

We all know quran atu mukijizat yang paling agung yang hanya diturunkan kepada nabi kesayangan tane tapi i sometimes question banarkah tane ani tau udah isi kandungan quran itu ataupun we are just memigang quran atu bila rasa sedih bila rasa jauh dari Allah bila rasa ada perlu yang dirujuk dan untuk mengisi masa kosong???

Pesan yang perlu dipratikkan kepada diri yang sentiasa saja dipenuhi dengan dosa dan noda. Aku tanya diri ku samada adakah aku udah hidup secara islam menyeluruh? Adakah ku mengabaikan firman2 Allah, adakah aku sanggup untuk mati dalam keadaan inda pernah merasa mukjizat yang Allah bagi arah manusia? Aku tanya diri ku setiap hari, cemana ni cemana ni cemana ni? All the what ifs.

Tapi i yakin u r all doing better than i pasal bagi kamu2 yang masih ada kesempatan untuk belajar ataupun masih lagi ada peluang untuk memilih apa yang perlu dipelajari, aku jeles kan kamu pasal once u made that decision to learn something. Apatah lagi yang udah kraja, ull know what i mean udah kamu kraja nanti insha Allah.

Ahirnya, aku harap urang brunai yang tinggal di brunei ani mengamalkan sikap bersopan santun and bukan macam awang budiman atu tapi banar2 hormatkan sesiapa yang berada di jalan raya, kalau pelahan guna kiri, kalau kan masuk simpang, signal please, kalau minta jalan, senyum at least, kalau kana bagi jalan, angkat tangan and senyum, and kalau kan belumba, applytah lesen F1.

Cayatah, we never know, mungkin yang terlibat dengan kemalangan, sedara rapat tane, kawan tane, ibu bapa tane, isteri ataupun suami kamu, anak sendiri, nini, dato, ataupun kenalan2 tane. Ingatlah bahawa Allah itu adil and ia inda pernah bermaksud untuk menganiaya hamba2Nya tapi manusia sendiri yang menganiaya diri mereka sendiri.

Aku berdoa agar tane semua dan umat islam diseluruh dunia akan sentiasa dilindungi Allah dan tergolong di antara hamba2Nya yang sentiasa bertaubat dan kembali kepadaNya dengan keadaan yang diredhai Allah. Thanks for reading y'all..

Love
Tapau

26 Mac 2010

Bek Dah Tu Kalau Paham Aku Yang Nda Paham Ane Cana?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Puji-pujian hanya bagi Tuhan seru sekalian alam yang mampu melakukan apa saja. Yang nda tidur, nda mengantuk, nda bersifat macam apa yang disifatkan uleh urang2 dulu dan sekarang macam Allah atu beranak dan diperanakkan, Allah atu bersekutu dan macam2 andaian yang dibuat uleh urang yang inda tau ataupun mungkin tau tapi saja kan cari pasal.

Maha suci Allah daripada apa yang manusia sekutukan. Dia berdiri dengan sendiri dan dengan hanya menyebutkan kun fayakun, maka jadilah sesuatu atu. Wal awwalu wal akhir. Nada sesuatu pun dapat menandingi-Nya sampai bila2. Allah inda pernah menganiaya hamba-hamba Nya tapi manusia sendiri yang menganiaya dirinya sendiri (liat surah al ankaabut ayat 40.

Ada perambahan brunai yang berbunyi bahasa menunjukkan bangsa. Pernah bis tuan2/puan2 dangar? Its interesting pasal in some ways this is true tapi sejak bahasa omputih menjadi international language. Like everywhere you go, baik ke india, ke brazil, ke china, ke miri, ke spain, ke france, kalau tane inda pandai bahasa dorang, most likely they'll speak english to you.

Macam, english language dah jadi SECONDARY language in most parts of this world. Even brunai, nada urang kan jadikan bahasa urdu jadi secong language, apatah lagi menjadikan bahasa pure arabic. Ahirnya bahasa tulin tani ataupun mother tongue atau bahasa ibunda, eseh, menjadi pudar, even to a point, kanak2 karang ani inda paham lagi bahasa brunai yang lampau. Try talking to your grandparents, mungkin ada certain words tane inda menangkap tapi just as long as we get the point, I think cukup tah udah tu yooo.

Perkataan such as belacan, bekaut (berwudhu), beguring, ngepet, berbalan, kamat, gostan, dan sebagainya adalah sebahagian daripada perkataan2 yang kebanyakan urang2 muda masa ani inda tau. Inda plang semua tapi adaaa atu ada lah. Caranya, cuba kamu lepak dengan nini2 kamu ataupun urang2 tua, it'll teach you a thing or two bout life. Tapi kalau pasal ugama, urang2 tua tane kurang sedikit pasalnya kelas ugama dulu mana ada.

Pasal atu tah tane yang muda2 ani lucky in a way that tane dapat belajar deen ani walaupun masih ancing tapi at least dapat ingat sikit pun ok. Kan? Inda kah? Am I wrong? PROVE IT!!! hahaha

Anyway, yang interesting lagi kalau brunei dulu cana. Banyak tulisan jawi sampai ada huruf baru yang kana buat untuk memudahkan sebutan certain perkataan yang urang2 tua dulu payah yang menyabut pasal dorang nada gigi. Contoh perkataannya adalah seperti pija (pizza), ajim ('azim), etc. Apa lagi ah? Blank blank blank

kesiaaannnn kan? Mungkin pasal dulu nada pressure cooker, etah daging atu karas, kan menganggus (gigit) daging pun sampai bangkak gusi sama patah gigi. Kesiaannn kan???

Jan diucapkan pau, karang kau pun catu jua tu. Bukannya mengucapkan kamu tapi tane belajar untuk belajar. Dalam erti kata lain, tani liat cemana keadaan orang2 sekeliling tane dan ambil yang baik dan elakkan daripada membuat perkara2 yang akan menjadikan tane catu.

Contoh saja urang2 tua sekarang yang banyak penyakit, darah tinggi, sakit jantung, kencing masin/manis, gout dan sebagainya. Kalau dapat tane udah tua nanti inda mampu terlibat dengan gejala ani. Tane mau by the time tani 40 or 50, badan tane masih lagi segar, inda semesitnya bermuscle. Kalau bemuscle-muscle pun tapi bangun malam pun inda mampu, Allah sedikit pun inda pandang.

Kalau dapat, udah tani tua nanti, badan tani cergas macam urang2 dulu. Kalau dapat macam nabi, by the time baginda sallahu 'alaihi wassalam reached 40, masih lagi ya mampu berjalan daripada makkah to kota madinah. By the time baginda 50, masih lagi mampu bertempur dengan musuh2 islam and EVEN by the time nabi kan wafat, masih ia SOLAT JEMAAH di masjid..

Tapi zaman udah berubah, alasan demi alasan dibagi, rumah jauh, keta pancit, ngalih ku bah, bakas kraja kali ah, eh makan ku dulu, melayan keluarga, atu nabiii, aku bukan nabi dan sebagainya. Macam how dare we compare ourselves to nabi yang maksum, tapi amalannya lebih banyak dari anak adam zaman ani.

Let's analyze,

NABI MUHAMMAD

1) Kekasih Allah
2) kana assured syurga oleh Allah
3) kana ampunkan dosa2nya baik yang lepas dan yang akan datang
4) Allah dengar doanya
5) Jibril selalu bejumpa dengan baginda

Dari segi amalan baginda:

1) Solat fardhu jemmah dimasjid INDA PERNAH MISS except masa kan hampir wafat / masa bermusaffir (Allah lebih Tahu)
2) Puasa sunat isnin khamis, putih hitam,
3) Solat dhuha
4) Bangun malam
5) Bacaan quran
6) Sedekah
7) Masa dihabiskan untuk kepentingan ummah
8) Doa menangis
9) Hidup susah tapi cukup
10)Nada komplen etc
11)Makan macam seorang hamba..

DIRI INI

1) Hubungan dengan Allah? Jauh atau dekat?
2) Pernah liat jibril?
3) Konpem masuk syurga?
4) Dosa konpem kana ampunkan whilst membuat maksiat?

Dari segi amalan:

1) Tidur sepanjang malam sampai kul 7 pagi
2) Karit
3) Makan ikut cara urang barat
4) Makan terusss
5) Jemaah sorang diri saja
6) Azan, tutop radio, jalan terusss
7) Halal kan ni? Makan terusss
8) Ketawa puas2 sampai karing gusi
9) Komplen memanjang: tawar juaaaa, inda ku mau makan eh! gali ku
10)Masa dipenuhi dengan ke lagha-an.

Perhatikan how big the gap is between nabi dan diri ini. Baru setaun jagung, udah tia malas2 kan solat jemaah di masjid, atukan masjid kusung, yang ada ucing saja mengiau. Udah umur 60 puluh baru tah betobat, jan harap bui, mati ani nada yang kan membagi salam arah tane dulu ataupun minta permission arah tane samaada tane mau mati kah inda, tapi ia datang macam sebuah kemalangan yang indah.

Bukan main2, tapi mati ani satu perkara yang serius habis-habisan. NO second chance. THIS is IT!

Kalau amalan tane ok terutama sekali SOLAT FARDHU tane tane jaga, insha Allah amalan LAIN pun kana terima tapi kalau solat fardhu 5 kali atu pun inda tejaga, aku wish diriku dan dirimu the best of luck coz there ISN'T A THING CALLED LUCK, semua ani dalam qada' dan qadar Allah udah. Yang perlu usaha gigih yang berterusan.

Random jua banar, aku atu kan cakap pasal bahasa tapi lari tia pulang. Oh well, its written in lauh mahfuz what it is meant to be written. Harapan ku ialah tane mantapkan diri tane brabisan so that by the time we get old, tane lebih bertenaga zahir/batin daripada belia yang berumur 21 tahun. Semua dengan izin Allah

Tane mulakan dengan bacaan basmalah dan tane sudahi kehidupan ani dengan ikrar La ilaa ha illallah muhammadarr rasulullah. Kalau roh ku masih lagi dalam jasad ani, ada ku ceta lagi pasal kepentingan bahasa k. Insha Allah.

Illaliqo' ma'asalamah

Love
Tapau

21 Mac 2010

Dunia Fana

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Tuhan yang telah memberikan tane semua ni'mat yang inda terhitung banyaknya dan dengan ni'mat yang diberikan Allah kepada tane, tane ucapkan terima kasih kepada Allah bukan saja dengan lidah tapi dengan perbuatan tane sehari-hari.

Aku harap semua berada di dalam iman yang masih berada di tahap yang buleh diselamatkan pasalnya kalau tani rasa diri tane inda dapat diselamatkan, cematulah jua tindakan Allah terhadap tane kerana di dalam hadis qudsi ada menyebutkan yang Allah bertindak melalui apa yang tane "kehendaki".

Semua yang berlaku ada sebab dan nada satu PUN yang Allah ciptakan tanpa sebab. Ada urang cakap terdapat dua bahagian dalam badan tane yang "nada fungsi" 1) pusat 2) inda ku ingat tapi its inside our tummy.

Kalau sesiapa yang rajin membilak-bilak tafseer baik qurtubi, baik ibn katseer, baik thabari baik maarif, kamu akan dapati para ahli tafseer, cara dorang mengolahkan sesuatu ayat atu diliat dari macam2 perspektif dan of course dengan bersandarkan apa yang nabi sabdakan ataupun yang sahabat2 diskus masa daulu. Just goes to show how AMAZING the quran is.

Sepatutnya ayat2 quran inda akan pernah bercanggah dengan apa yang dicakapkan uleh nabi dan sebaliknya, kalau ada ertinya, salah sudah tu tafsiran urang tersebut. Sama hadis nabi jua selalunya menghuraikan dengan lebih lanjut lagi firman Allah. Contoh macam wudhu, solat, puasa2 sunat dan sebagainya.

Tapi sayang, ada urang anti-hadis karang ani yang menolah hadis nabi, ada yang solat 2 waktu saja dan kawin lebih dari empat. Ani mungkin berpunca daripada jemaah2 yang ada agenda sendiri yang pengikutnya mungkin inda dan ahirnya akan tertanya-tanya "apakah yang telah berlaku?"

Perlu tane ingat yang umat nabi Muhammad ani akan dipacah kepada 73 kelompok dan yang selamat saja satu iaitu yang berpegang teguh dengan al quran dan hadis. Dan dikatakan yang kumpulan yang selamat ani ialah ahli sunnah wal jamaah.

Sayangnya, banyak jemaah yang "claim" to ikut ahli sunnah wal jamaah tapi action speaks louder than word ataupun perbuatan bercakap lebih nyaring daripada suara. Apakan.

Pasal apa plang ku cakap catu? Pasalnya, contoh2 nya adalah seperti berikut bagi salam, bagi makan arah urang miskin, berbuat baik arah makhluk Allah, pebaik ya urang kafir jan saja urang yang tarang2 memusuhi islam, solat jemaah di masjid setiap waktu (kalau kedengaran azan, jgn kumpul harta, jgn gilakan dunia, jgn gilakan pangkat etc.

Specifically on pangkat, salah seorang imam yang basar masa di zaman abasiyyah yang mana sorang imam ani ia ani kan kana bagi pangkat yang basar. Macam hakim lah tapi inda ya mau pasal takut ya ia dijadikan sandaran. Sekali khalifah pun marah lah arahnya sampai ia kana umban dalam penjara, sampai ahirnya ia mati.Bukannya apa tapi ia takut tanggungjawab yang bakal dipikul atu.

Sama jua sahabat2 nabi para tabien yang menjauhkan diri dorang daripada pembesar2 negara dan dorang ani jenis2 yang banci kepada harta benda sampai ahirnya dorang kana pulaukan. Oh sangat jauh tane dari dorang... :(

Tapi sekarang dah lain, dulu hidup sorang diri sekarang ada teman, dulu naik biskal, tapi sekarang kai keta, dulu kai keta 3 tayar, ani kai 4 roda, dulu kali keta damit, now kai keta basar, dan dulu kai keta basar, now pakai jet pejuang, sampai mati tah catu.

Eritnya, manusia secara semula jadi, memang cinta kepada dunia tapi kan kamu, aku kan share pasal surah yang menarik hati ku walaupun arabic sekadar baca terjemahan. Ayatnya berbunyi (dalam tejemahan):

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan. (Al Qashash: 77)

Di dalam ibu katseer ada menghuraikan sedikit pasal ani yang summarynya macam ok tu, enjoy apa yang ada di dunia tapi jan jua lupa pasal akhirat. Maksudnya gunakan harta2 kamu di dunia ani untuk mendapatkan akhirat. Allah inda melarang tane kraja, kawin, pakai baju lawa, tempat tinggal pasalnya setiap sesuatu ada hak ke atas sesuatu. Allah mempunyai hak ke atas tane, diri tane ada hak di atas tane, kelaurga tane ada hak di atas diri tane...dan bagilah hak masing2.

Eritnya kalau kan zuhud pun, jan jua sampai bini terbiar, kalau kan mengejar kekayaan pun jan lupa pasal penjagaan urang di rumah. Kalau kan menuntut ilmu pun, jan jua lupa pasal ibu bapa tane di rumah. Pasal kesian jua babu ketani tu, kecarian ba tu. Tapi yang lebih penting lagi ialah kalau kan mengejar dunia pun, ingatlah satu perkara ani yang demi Allah tane semua akan balik kepada Allah, bini, laki, harta, anak, SL500 2010, ps4, jam brietling etc inda akan Allah liat, yang diliat-Nya, kebaikan2 yang kamu buat (yang 100% murni).

NOT our deeds yang tane campur2 macam rojak. Oh aku buat ani pasal familiku dan Allah, ketahuilah, urang atu berbuat sesuatu atu kerana familinya. (cek hadis qudsi). Ohh, aku buat ani untuk bosku dan kerana Allah, sama macam di atas. IN a perfect world, yang tani inda akan kecapi or mungkin kecapi, orang mukmeen melakukan sesuatu kerana Allah bukan untuk mengambang, ataupun mengharapkan pujian, apatah lagi mengharapkan celaan, (lagi baik kan dapat pahala).

Oleh itu, aku menyeru diriku dan dirimu agar tane sentiasa mujahadah dan aku dengan apa yang Allah tetapkan kepada tane dan mempersiapkan diri tane dengan amal2 yang bukan incit2, ikut mood tetapi satu amal, auuu walaupun satu amal yang berterusan agar tane semua menjadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak.

Sebelum waktu tane tiba (kematian), aku berdoa agar Allah mengampuni dosa tane, dosa keluarga tane, dan dosa kawan2 tane dan memberikan tane hidayah yang berterusan, ameen ya rabb..

Love
Tapau

05 Mac 2010

E-DUP

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan muhammad itu persuruh dan hamba-Nya.

Abis 7 hari lapas 1 minggu, abis 29 hari, lapas sebulan dan semakin meningkat umur tane, semakin hampir jua tane dengan maut yang malaikatnya sentiasa memerhatikan ulah tane.

Ada urang idup macam robot, ada urang idup macam binatang dan ada urang idup mcm manusia. Kalau robot cana? Setiap hari sama saja. Bangun pagi gosok gigi. Kaja, makan tengah hari, kaja, balik rumah, tidur, ke bar, balik rumah tidur.

Kalau binatang contoh samut (yang berzikir kepada Allah dengan cara yang tane inda tau), tidur? kaja, makan, betalur (adakan?) kana pijak then mati, generasi penyambung, hidup, kaja, makan dan seterusnya.

Kalau manusia gimana kok? Manusia sepatutnya mengabdikan kepada Allah disamping membuat kraja2 yang perlu untuk kesinambungan hidup di dunia. Dan tugas menyampaikan, kalau inda cana urang kan tau apa itu islam? Cemana? Fikirkan apa yang perlu arah diri tane dan persekitaran tane?

Interaksi dengan keluarga perlu? Perlu eh. Makan perlu? Ada urang mati inda makan? Adaaa di tempat2 yang inda pernah tane dangar macam negara2 kawasan somalia dan sebagainya. Tidur cana siuk? Ada urang inda tidur mati? Nada. ok.

How about kraja? Cemana kan dpt makanan ataupun minuman? Mencuri? Ataupun aniaya urang? Ataupun curi epal jiran? So, perlu kraja. Kalau meminta cana? Buleh? Buleh ganya kata nabi tangan di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah.

Pahala mau? Mauu. Mau pun. Kalau syafa'at (yang hanya dibagi uleh nabi ketani) mau? ofkos lah! Amalan pun ala kadar. Cemana kan masuk syurga? Sanang banarnya. Masa di masjid quba nabi ada bersabda lebih kurang katanya, "berilah salam, berilah makan arah urang miskin dan solatlah masa urang lain tidur maka kamu akan masuk syurga dengan senang". Sanang jua kan tu?

Well, ada urang cakap payah ada urang cakap sanang tapi kalau tane semua faham tanggungjawab tane sebagai manusia dan betapa hinanya dunia ani, grenti semua kan mengejar akhirat. ITS INCOMPARABLE!

Rasanya, its safe to say, semua sahabat yang beribu-ribu atu tau erti hidup. Dorang hidup sekadarnya dan bukan untuk belabih ataupun untuk mengambang. Macam Abu Sufian yang ahir masuk islam, urangnya kambang sampai untuk memuaskan hatinya, nabi sabda arahnya lebih kurang "sesiapa yang berlindung di rumah Abu sufian, beliau adalah selamat.." (Buku Al Raheeq Al Makhtum)

Jadi masa nabi dan tentera islam masuk ke makkah abu sufian pun teriak senyaring nyaringnya arah penduduk makkah pasal kedatangan nabi sama getau pasal apa yang nabi getau ia.

Mesti jua pandai beidup di dunia ani kamu, kalau inda terbiar macam bangkai yang akhirnya lenyap di atas muka bumi. Tane pun pernah dangar balik2, islam is the way of life atau a COMPLETE WAY of life. Inda labih inda kurang. jan kan memandai mandai menambah.

Tapi yang hairan, ada2 saja amalan yang ditambah yang dicampurbaurkan dengan islam dan kana fikir benda atu islam. Bnyk perkara2 yang teroverlook yang malas ku sabutkan di sini. Kalau kamu tau negara tane ani dulu ada agama hindu sama buddha dan masih lagi ada amalan2 atu dipratikkan.

Tapi urang mana nampak pasal kalau sesiapa pernah dangar ceta GAJAH dengan 3 orang buta. Kata tanya, apakan gajah ani? Jadi sorang mingang idung gajah and cakap, awww panjang gajah ani kamuuu, takut ku kasar lagi kulitnya sama ada air sedikit (yaackkk ingus!)

Urang buta kedua pigang badan gajah tadi dan ia pun cakap waaaa, ada bulu sama panas badannya ani, damam kaliii. Dan urang yang ketiga cakap, yang memigang ekornya cakap, tajam jua gajah ani, bukannya lembing kah nii? Gahhhh! Pasal inda tau, inda share maklumat dan nada amalan tagur menagur, etah sababnya tu. Mungkin banyak lagi.

Mungkin atu inda brapa ingat perumpamaan yang pernah ku dengar di suatu ketika tapi yang penting ialah, islam bukan yang mengarah kepada satu aspek kehidupan saja. Like bezikir memanjang tapi islam mengarahkan penganutnya untuk BELAJAR DAN MENGAJAR.

Bukan saja mengajar tapi mempratikkan apa yang di PELAJARI. Dan ani penting, bukan saja untuk kesatuan ummah tapi untuk kehidupan tani sehari-hari.

Udah tane tau certain things atu, tane lebih menghargai apa yang Allah bagi arah tane, tane mula mengenang balik kehidupan tane yang lampau sampai tapi lebih berkeinginan untuk mendalami deen ani sebagai persiapan untuk menghadapi hari esuk dengan lebih berhati-hati.

Bukannya apa kengkawan, aku inda mau tane tertipu saja dengan apa yang di dapan mata. Apa yang ada ane di dunia ani; harta, pangkat, suami, isteri, anak2, hot guys, hot girls, keta dan lain2 semuanya akan hilang, akan menjadi debu yang berterbangan dan etah tu hari kebangkitan yang urang2 yang ingkar kepada Allah azza wajal, tau etah hari yang dorang dustai.

Jadi, aku menyeru kepada jiwa yang berada dalam badanku dan jiwa2 yang berada di luar sana agar, tani hidup perpandukan quran dan apa yang diajar oleh baginda sallahu'alaihi wassalam dengan sebaik mungkin, semua dengan izin Allah.

Love
Tapau

21 Februari 2010

Sembrono

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya. Siapa2 yang dibagi petunjuka uleh Allah, ia inda dapat disesatkan uleh siapa2 dan siapa2 yang sasat, urang atu inda akan dapat petunjuk, melainkan dengan izin Allah.

Kawan2 yang dikasihi, nabi Muhammad mengajar tane cemana untuk bergaul, cemana untuk makan, cemana untuk menyempurnakan solat, wudhu, cemana untuk berdoa dan segala macam tips untuk hidup, nabi sudah ajarkan. Terpulang saja arah tane samaada mau mengikut atau inda.

Di dalam satu hadis Dari Abi Ya'la Syaddad bin Aus r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berihsan (menyempurnakan sesuatu dengan baik ) terhadap semua pekara. Seandainya kamu membunuh, maka bunuhlah secara sempurna, dan apabila menyembelih maka elokkanlah penyembelihan. Hendaklah seseorang kamu menajamkan mata pisaunya dan merehatkan penyembelihannya. "

Konsep ihsan adalah satu perkataan yang inda dapat diterjemahkan ke dalam satu bahasa baik bahasa melayu, brunai dan ingris pasalnya bahasa arab ialah bahasa yang sangat indah yang hanya urang yang paham bahasa arab asli saja tau maknanya.

Tapi kalau dari segi akhlak, urang atu hendaklah bersopan santun, hormat menghormati, inda pemanas, inda pengucapan dan sebagainya. Dari segi pergaulan, sama jua tane mesti hormat dengan urang yang tane becakap, dangar, attentive dan sebagainya. Kalau masak, pastikan ayam yang diguring inda bedarah, sayur inda terlalu licak dan inda terlalu masin or tawar. Kalau cucian mangkuk yang beminyak masih Ataupun baju yang walaupun udah becuci, tapi bau asyum masih? Suka tane kan?

Lebih lebih lagi dari segi amalan yang tane buat macam solat, inda labih inda kurang, inda mandai2 tane menambah ataupun mengadakan sesuatu yang nabi inda buat dan sebagainya. Pasal benda ani memang berlaku, like macam2 upacara udah diadakan yang kana fikirkan "ajaran islam" tapi sebenarnya bukan. Calikan?

Dari segi mendrive, we wanna make sure we follow the rules like inda u-turn tempat NO u-turn sign, inda jalan masa merah, mendrive arah lane kanan dengan kelajuan 40km/jam, pakai seat-belt dan sebagainya.

Islam sebenarnya (i dont like this word sal macam si TAU) mengajar tane urang muslim untuk bersifat ihsan and dalam quran pun banyak verses yang mengajar tani untuk berakhlak mulia baik arah jiran tane, babu bapa tani, sedara tane and even arah urang bukan islam, like setiap perkara yang tane buat ani mesti dibuat dengan yang terbaik yang bukannya sembrono.

Sejauh pengetahuan ku, sembrono ani perkataan indon and kalau bahasa brunai ianya digalar semberana ataupun MAU saja ataupun ASAL ADA, jan nada. Cukup makan, asal pass, ehh biar tia!

Berlainan dengan apa yang diajar dalam islam yang menginginkan umat islam untuk menuju kesempurnaan yang dengan inda secara langsung akan menghasilkan kejayaan. Pasal atu kadang2 kalau tane solat mengagas, rasa sukses dalam solat atu nada pasal mun solat 2 minit saja, cemana kan menghadirkan diri dalam masa dua minit, susah jua kan tu? Inda ke?

Habis solat, macam biasa saja rasanya, kan "connect" dengan Allah pun inda "established". Angkat takbir pun balik2 niat inda masuk. Sampai jadi distraction arah urang kiri kanan. Ahirnya, solat jadi riadah, untuk menstretch tubuh2 yang kaku yang jarang tunduk dengan rasa khusyuk kepada yang Tidak akan pupus untuk selama-lamanya.

Cemana tah jua, kalau selagi tani inda mempelajari nabi Muhammad, cara hidupnya, cemana tah tani kan rasa kesempurnaan menjadi seorang muslim yang sejati. Tane tau ikut saja, kalau urang buat ini, tane buat ini, kalau urang buat itu, tane buat itu sampai tani jadi urang yang hidup di atas "railway track". Liat saja tube lrt train trans, laluannya fixed sudah mana dapat diubah-ubah.

Islam sepatutnya cematu pulang, inda dapat diubah-ubah (tambah ataupun kurangkan inda dapat) tapi disebabkan tane inda mau belajar untuk mengetahui apa yang ada dalam islam atu, indatah tane tau apa yang lurus sama apa yang salah.

Di zaman jahiliyyah pun cematu jua, urang2 masa di Makkah, dorang terbiasa udah hidup dengan kemaksiatan walaupun dorang cakap "Wallah" yakni demi Allah tapi dorang mengada-adakan sesuatu selain daripada Allah. Disebabkan seorang lelaki yang datang daripada luar Makkah yang introduce berhala ani, i forgot his name, urng Makkah pun "invent" tuhan2 yang katanya melalui berhala-berhala ani hajat dorang buleh tercapai.

Its like mesti ada PERANTARAAN di antara Allah sama manusia. Which is totally salah. In fact, Allah inda beguna perantaraan and we can directly communicate with Him. Doa direct, sujud paling dekat, kana aniaya makbul, puasa dan sebagainya, there are ways to communicate to Allah, tane saja inda memanfa'atkannya.

Kalau urang melayu kuno atu, bek plang dorang arah bomoh tu minta tulung. Mantera2, pertolongan jin dan sebagainya. Ahirnya keturunan terikat kepada jin peliharaan. Semoga dijauhkan.

Jadi, tane hendaklah memastikan setiap perbuatan, setiap amalan, setiap perkataan adalah yang sahih dan udah tau dibuat, bukannya cakap saja tapi diamalkan sesuatu atu dan dilakukan dengan seSEmpurna mungkin.

Sepertimana doa nabi sulaiman dalam surah An naml ayat 19:

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".


Love
Tapau