06 Mac 2011

TERGLUE

Assalamu'alaikum pembaca2 yang dikasihi Allah. Mudahan segala amal kebajikan yang kita buat diterima Allah dan segala dosa yang lepas dan akan datang diampuni. insha Allah ameen.

Islam, ada yang menolak keseluruhannya, ada yang menolak sebahagian dan menerima sebahagian dan ada jua yang secara total menerima islam. Ada pula mereka yang masuk islam secara terpaksa, ada yang masuk islam secara kelahiran dan ada pula manusia yang keluar dari agama.

Ingin saya menarik perhatian para pembaca yang budiman, semasa nabi diperintahkan oleh Allah untuk menyeru manusia kepada islam secara terbuka, ia ada mengatakan satu ucapan yang bagi saya adalah sangat penting. Yang diucapkan ialah..

"Bagaimana kalau ku katakan kepada kamu kalian, bahawa di sebalik bukit sana ada musuh berkuda akan menyerang kamu, apakah kamu boleh percaya cakap ku itu?

Selepas itu, semua mengatakan "Ya, kami percaya". Tetapi selepas baginda mengkhabarkan berita agar dorang menlindungi diri daripada azab api neraka, kebanyakan yang hadir di bukit Safa ingkar, mendustakan dan hanya beberapa manusia dikalangan yang hadir mengIYAkan..

Cuba gambarkan macammana perasaan kita kalau berada dalam situasi demikian. Mungkin kita dengan yakin akan mengatakan IYA, kami percaya Rasulullah dengan seksa api neraka..tapi lihatlah realiti sekarang wahai kawan2.

Nabi Muhammad diutus oleh Allah untuk menyeru manusia agar mentauhidkan Allah sampai TIDAK ADA SEORANG PUN MANUSIA DI BUMI INI MENSYIRIKKAN ALLAH! Dan agar memurnikan ibadah hanya kepada Allah, patuh dan menjauhi apa yang dilarangnya.

Demi mencapai objektif tersebut, Allah menurunkan wahyu melalui malaikat Jibril yang mana wahyu2 tadi selepas beberapa tahun selepas kewafatan nabi telah dibukukan. DUA PULUH TIGA TAHUN nabi berjuang untuk menyampaikan isi kandungan Al Quran kepada manusia..

Salah satu topik yang berulang kali disebutkan dalam kitabullah ialah mengenai seksa kubur. Ya, betul kita membacanya siang malam tapi adakah kita sudah betul2 menjiwai ayat2 tersebut?

Jika di zaman nabi, manusia2 yang berada disekeliling baginda akan menangis, pengsan, gerun pabila mendengar ayat2 berkaitan dengan seksa yg sudah Allah sediakan. Baru seksa kubur, balum lagi seksa api neraka!

Mungkin hati ini sudah menjadi batu atau lebih parah lagi, sudah pun terGLUE dengan dunia. Manakan tidak, kita sudah sayang dan cinta dengan kehidupan, kita sudah merasa cukup nikmat pabila hidup di dalam keadaan yang serba lengkap. Hawa dingin, tilam yang empuk, minuman yang sejuk, makanan yang mengilat kaki, uang yang melimpah, rancangan2 tv yg menghiburkan hati yang duka, dan gila merebut kuasa!

Suatu hari Ibnu Mas'ud pernah ternampak nabi tidur di atas pelepah kurma sehingga meninggalkan bekas di (mark) muka baginda. Lalu sahabat ini pun menawarkan kepada nabi agar dia mengambil satu benda yang lebih selesa daripada pelepah kurma tersebut.

Nabi lalu marah dengan mengatakan lebih kurang, "aku hidup di dunia hanyalah seperti seorang yang berteduh di bawah pokok diwaktu hujan dan meneruskan perjalananku pabila hujan usai (berhenti)"

Cuba bandingkan dengan kehidupan kita yang serba lengkap..

Wahai Tuhan yang bersemayam di atas Arsy! Kembalikan kami kepada jalan2 para orang2 yang dekat kepadamu!

Bukan apa kawan2, sebagai seorang manusia yang mengaku, ingin mengikut kehidupan islam yang SYUMUL, kita perlu mengikut yang terbaik dan hanya NABI MUHAMMAD sajalah contoh yang terbaik bagi ikutan kita.

Ingatlah kawan2 yang dikasihi Allah, kita hidup di dunia bukan untuk makan, kita hidup di dunia bukan untuk menghabiskan masa memasak, menghias diri ataupun rumah, membeli belah tetapi kita diciptakan untuk mengikhlaskan ibadat kita hanya untuknya dan memastikan agar hukum2 Allah dijalankan agar TIDAK ADA SATU PENINDASAN/PENGANIAYAAN di MUKA BUMI ALLAH! Sampaikan walau satu ayat!

Sebagai peringatan agar tidak menjadi salah faham, Allah juga menyuruh kita bertebaran di muka bumi Allah mencari rezeki yang HALAL agar kita bersyukur ke atas nikmat yang dianugerahkannya.

Kita juga perlu ingat, kekayaan yang betul ialah ianya menjadikan seseorang itu lebih taqwa, lebih beriman, lebih pemurah dan lebih banyak memberi kerana dia tahu dia hanyalah sebagai pemegang amanah agar harta yang dititipkan diberikan kepada manusia yang memerlukan dan dia hanya mengambil sekadar untuk menyara tanggungannya- tidak terlalu miskin sehingga meminta, dan tidak terlalu kaya sehingga terlena.

Kembalikanlah kami dalam keadaan Engkau Redha Kepada kami ya Allah..

Wallahu'alam
Tapau

23 Februari 2011

Zuhud Era 20

Salam hormat diucapkan kepada pembaca2 yang masih sudi membaca blog yang sudah lama nda dikemaskinikan. Apa2 pun, saya berharap dan berdoa agar kawan2 masih berada di jalan yang lurus dengan mengikut apa yang terkandung di dalam al quran dan as-sunnah, supaya kita selamat di dunia dan di akhirat.

Kawan2 yang dihormati, dunia seperti yang kita saksikan sedang berada dalam keadaan yang kucar kacir, porak peranda, pusing2, nda tentu arah. Keadaannya lebih kurang seperti cuaca di negara ini. Kadang2 hujan labat, kadang2 karing, kadang2 panas tapi hujan dsb sampai satu tahap inda ketani tau lagi adakah esuk kan ujan atau inda pasalnya, karang ngalih saja cuci kreta kan? At least tha'll keep the dust from accumulating.

Di luar negara ani PUN macam2 yang terjadi, kejatuhan pemerintah mesir, pergolakan di Libya, gempa bumi di New Zealand, kejatuhan akhlak di Amerika dan bermacam2 huru-hara yang berlaku. Nasib orang2 palestin macammana pula..? Tane doakan agar semoga umat islam di seluruh dunia diberikan ketenangan dan kesabaran dalam menempuh cobaan2 yang Allah berikan..

Sekarang, bek fokus arah negara ketani yang kelurusan menyambut hari kebangasaan yang ke 27 tahun. Setiap tahun negara ketani menyambut hari ani dengan penuh kesyukuran dengan persiapan2 yang melatup dan diwarnai dengan bermacam jenis perarakan dan persembahan.

Daripada kalimah Allahu akbar! negara ini dengan giat mengorak langkah untuk meningkatkan taraf hidup, meningkatkan infrastruktur, meningkatkan ekonomi, menstabilkan politik, meningkatkan kegiatan penjanaan sumber pendapatan termasuk, sedaya upaya untuk mendidik anak bangsa agar tidak terlibat dengan gejala2 social macam zina (bukan saj seks luar nikah, kissing, pigang tangan dsb pun kira tu!), minum arak, main judi, makan dadah, dan yang paling teruk lagi, mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Dapat diperhatikan berapa ramai umat islam di negara ani yang SULNYA inda berapa ingau dengan apa yang dihalalkan dan apa yang diharamkan oleh Allah Ta'ala. Contoh saja, menutop aurat. Semakin ramai rakyat ketani yang BERANI menunjukkan "taring" dorang dengan berpakaian yang menjolok mata..Salah siapa kah semua ini?

Nda jua dapat disalahkan mana2 pihak pasalnya, kraja amar ma'ruf nahi munkar ani kraja setiap individu, apanya nabi kalau inda mampu pakai tangan, pakai mulut, kalau inda mampu jua, pakai hati saja..iaitu dengan membenci dalam hati kemungkaran yang berlaku.

TAPI!

Cemana tu, kalau semua urang kan dakwah dalam hati saja, inda kemana tu. Mesti jua ada yang berani menegur kalau salah, pasal takut2 bala Allah turun dan kalau itu berlaku, baik or kurang baik urang atu, tempias jua.

Imam Ahmad bin Hambal membahagikan zuhud kepada tiga
1) Zuhud orang biasa iaitu mereka yang meninggalkan perkara2 yang haram
2) Zuhud orang pertengahan (elite) iaitu mereka yang meninggalkan perkara2 yang halal dan harus
3) Zuhud paling atas iaitu mereka yang meninggalkan apa saja perkara2 yang melalaikan daripada mengingat Allah

Inilah salah satu sifat yang mungkin kurang daripada umat islam masa kini. Nabi Muhammad pada suatu ketika pernah memberitakan kepada beberapa sahabat yang lebih kurang bermaksud, "Nanti umatku akan memakai satu baju pagi dan satu baju sebelah petang.." Lepas itu, sahabat pun tanya, "Adakah waktu itu lebih baik ya rasulullah..?" Then nabi jawab, "Tidak, bahkan, masa ani kamu lebih baik..."

Kita boleh bayangkan macam mana keadaan nabi dan sahabat2 pada masa dulu, dorang sehelai sepinggan (luruskah jua tu?). Maksudnya, apa yang dorang pakai pagi, etah yang dorang pakai untuk ptg sampai ke malam..and etah jua yang dorang pakai untuk tidur..

Apa yang disabdakan oleh nabi kesayangan tane atu sudah berlaku. SANA SINI tani buleh liat pakai ketani ani berubah disetiap waktu, pagi lain, ptg lain, malam lain. Waktu solat lain, waktu men bula lain, waktu jogging lain. Dengan kata lain, harta ketani atu melimpah, bejurit sampai panuh lemarih.

Then some will speculate, "mana relevan tu zuhud ah!" tani hidup di zaman teknologi yang semua urang mesti canggih blu bla blu bla, kalau inda ketinggalkan zaman. I can only pick cerita Abdurrahman bin Auf salah seorang sahabat nabi dan ahli niaga yang mengINFAKkan harta di jalan Allah sudah ia tau, ia lambat masuk syurga!

What it all comes down to is..the more stuff you have, the longer you will have to wait in line. Bek semua harta atu dibelanjakan dijalan Allah, kalau inda cemana? And baik harta atu halal dan bukan diambil dengan cara yang inda haQ.

Ingat kawan2, satu sen yang ketani ambil di dunia ani tanpa haq (ertinya bukan tani punya), takut2 neraka tempat ketani..semoga dijauhkan Allah.

Terdapat jua beberapa pendapat ulama2 pasal zuhud ani. Salah satunya, "Zuhud ialah dia tidak merasa sedih di atas apa yang hilang/kurang daripadanya dan tidak merasa gembira di atas apa yang bertambah". Dalam kata lain, bisnes maju sikit, ia act selambe, bisnes rugi sikit, ia akur jua. Redho!

Saya rasa kalau kita coba hayati sifat zuhud ani, impak yang beso akan berlaku. Sifat cinta kepada keduniaan akan berkurangkan dan kita akan lebih fokus kepada akhirat. Manakan inda? Kalau banar tah seseorang atu zuhud, inda ya kan sibuk shopping tiap bulan untuk baju, seluar dan sebagainya, mun ia rasa sudah cukup apa yang dipakainya.

Teringat dizaman pemerintahan islam, terdapat sorang governor kana komplen (the ONLY COMPLAIN) arah khalifah pasal nya salah sorang rakyatnya, ia inda membuat rondaan atas kami 2 kali dalam sebulan. Maksudnya, this governor was supposed to check up on his people everyday tapi dua hari ani ia inda datang. Then khalifah pun panggil this governor. Oleh kerana terpaksa, inda ya kana getau kenapa ia MIA (missing in action) untuk 2 hari atu tapi jawab governor atu "aku mencuci bajuku dalam satu hari atu and etah baju yang ku ada saja tu.." Yang satu hari atu saya inda berapa ingat governor atu behapa.

Masya Allah kawan2, perhatikanlah sifat2 yang sangat terpuji yang ada pada dorang ani.

Impak lain yang buleh berlaku jua, kurangnya sifat tamak. Kalau urang tamak, kana bagi batis maukan paha, kana bagi satu gunung emas, mau lagi dua dan seterusnya. Kemahuan manusia inda akan pernah habis selagi nafsunya mengikut apa yang terkandung dalam al quran dan as sunnah..simple kan?

Cakap memang senang beb tapi buat amacam? Dapat?

Akhirnya, saya menyeru diri saya dan para pembaca yang saya hormati agar kita tanamkanlah sifat2 yang terpuji seperti zuhud dengan harapan agar kita dicintai dan dikasihi oleh Allah dan mendapat redhaNya di hari akhir kelak insha Allah.

Apa yang baik daripada Allah dan segala typos dan kekurangan adalah dari diri ini sendiri. Sekian dahulu..jaga diri jaga iman kawan2

Wassalamu'alaikum.

15 Oktober 2010

Yang Mulia Siapa?

Assalamu'alaikum kawan2 yang dikasihi Allah. Mudahan sehat wal 'afiat dan masih lagi ada iman yang dijadikan sebagai benteng melawan nafsu syahwat yang selalu aja mengajak kepada dosa dan maksiat.

Telah diceritakan bahawa pada suatu hari Imam Syafi'e ada menerima jemputan and as we all know, Imam Syafi'e (IS) bukan saja mantap dari segi ilmu, ibadah dan amalan, ia jua ahli zuhud yang sangat bersederhana dari segi pakai, makan dsb.

Jadi sepertimana lazimnya, IS pakai baju biasa saja, ala kadar. Udah sampai arah jemputan atu, diperhatikannya tuan empunya rumah inda berapa melayan urang2 yang pakai baju murah, yang layannya brabis hanyalah urang2 yang memakai baju2 branded, mungkin gucci, LV dsb. Dorang ani kana sambut dengan cara yang bagus sekali sedangkan yang baju biasa dibiarkan duduk tanpa layanan sehingga menyebabkan keTTRan belaku.

Pastu terlintas dalam hati IS untuk balik ke rumah dan tukar baju yang mahal. Beberapa pendapat cana bleh IS ada baju mahal sedangkan ia zahid. So ada pendapat cakap ia minjam dari kawannya. Yang penting udah yang pakai baju lawa tadi ani, ia pun balik arah jemputan tadi. Seperti yang diduga, ia pun kana layan uleh tuan rumah tadi dgn layanan yang baik sehinggakan ia kana jemput masuk ke dalam rumah untuk makan.

Lalu IS pun kana persilakan duduk..Tanpa membuang masa IS pun mengaut makanan dan memasukkan ke dalam baju yang dipakainya. Tuan rumah kelurusan teliat tekajut! Ia getau IS, "Kenapa Tuan memasukkan makanan dalam baju Tuan, jika Tuan mau, saya akan sediakan satu bekas agar Tuan dapat membawa makanan pulang".

Pastu IS punya jawab, "Makanan ini bukan untuk saya tapi untuk baju saya." Ouch! Tuan rumah pun teklik maksud IS dan ia punya minta maaf.

Tani liat keadaan masani, cemana? Di dalam surah Al-Hujuraat ayat 13 yang lebih kurang bermaksud, orang2 yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang PALING TAQWA.

Its not about what we wear, who we know, what we have physically, what car we drive, how well our dialect is etc tapi yang paling taqwa, bukan saja dapan urang tapi belakang urang pun taqwa.

Beberapa pendapat, ada cakap taqwa ani menjauhkan diri daripada apa yang dilarang uleh Allah dan membuat yang Allah suruh. Pendapat lain ialah TAKUT kepada Allah. Yakni kalau urang atu takut arah Allah ia merasakan yang Allah sentiasa memerhatikannya di mana jua ia berada baik ia sorang2 ataupun beramai-ramai.

Apa2pun pendapat kawan2 mengenai taqwa, ingatlah bahawa hanyalah dengan ketakwaan ketani buleh selamat, the money we saved, the houses we built, the land we own cant save us from the tragedy that'll will befall upon on one day.

We all will die and the best of you are those who prepares himself/herself for death. Semoga tane tergolong dalam golongan orang2 yang bertaqwa insha Allah ameen..

Ampunilah kami ya Tuhan kami

Love
Tapau