25 April 2011

Islam Lebih Manis Dari Kek Eskrim

Assalamu'alaikum kawan2 yang dikasihi. Segala puji dan syukur hanya kepada Allah pasal kalau bukan kerana izinNya, jasadku mungkin sudah reput dan bermacam seksa yang sudah ditimpakan kepadaku. Sebaliknya, mungkin saja aku sudah berada di suatu alam yang tenang bertemankan amal yang telah aku kerjakan semasa di dunia.

Aku seru kamu dan juga aku, agar tetaplah! dalam beriman kepada Allah kerana etah caranya saja kalau you mau selamat, nada cara lain kecuali MATI dalam islam. Khusnul khotimah yang ketani semua harapkan. ameen insha Allah.

Tane semua tau di dunia ani ada yang baik dan ada yang buruk. Setiap perbuatan, perkataan akan ditanya oleh Allah samaada tane suka atau nda. Dan setiap yang baik akan dibalas dengan kebaikan dan setiap keburukan, kalau inda tobat, akan dibalas dengan seksaan yang padih di dunia ataupun di akhirat.

Tapinya kan, kebaikan yang dibuat ada dua macam. Satu kebaikan yang dibuat uleh urang BUKAN ISLAM dan dua kebaikan yang dibuat uleh urang ISLAM. Sayangnya, kebaikan yang dibuat uleh urang bukan islam, express kana balas di dunia tarus. Kalau tane sebagai urang islam, either kana balas di dunia atau di akhirat, atau kedua-dua sekali.

Pasal atu menurut kajian yang dibuat, golongan yang paling banyak sedekah di negara barat ialah orang2 jutawan amerika and habuan yang dorang dapat pun macam2, ada masuk dalam majalah forbes, saham naik, nama naik dan seterusnya dan akhirnya dorang pun mikin kaya.

Berlainan pula dengan ketani urang islam, yang penting bukan habuan dunia tapi habuan akhirat atu tah yang ditunggu pasal yang di sana kekal dan segala yang di dunia akan hancur, cuba check surah Al Waqi'ah. Mudah-mudahan segala amalan yang ketani buat sejauh ani diliat oleh Allah dan agar ketani semua menerima buku amalan ketani dengan tangan KANAN.

Perkara yang ingin dikongsikan bersama biskita semua ialah mengenai islam dan cemana cantek islam atu. Jadi fikir punya fikir punya fikir. Timbul rasa kan kongsi satu perkara yang boleh dijadikan buah percakapan insha Allah.

Semua urang pernah makan kerana makan adalah satu perkara yang diharuskan dalam islam. Salah satu tujuan makan ialah untuk ketani dapat beribadah kepada Allah dengan mantop dan inda longlai. Tapi ingat, jangan jua luan kanyang banar, karang betarap saja masa solat sampai keciuman bau yang inda menyenangkan kepada sahabat yang disebelah.

Barangkali inda keterlaluan jika aku katakan, semua urang suka kek eskrim. Bukan apa rasa sajuk dan manis dicampur lagi dengan cream dan nuts akan membuatkan selera ketani naik. Tapi not ALL kek eskrim ani nyaman, mesti jua pandai memilih dan yang penting apabila memilih makanan, secara umumnya ialah halaalan toyyiba.

Jika tani liat dari satu sudut jika sesuatu kek eskrim atu nyaman, secara lazimnya, ketani akan getau kawan ketani and sedaya upaya menghuraikan ni'mat yang dirasai pabila kek tersebut menyecah lidah tani sampai urang yang mendengar pun macam te masya Allah..nyaman jua bunyinya ah.

Jadi, kawan2 dan orang2 yang berada disekeliling pun menjadi ingin tau, di mana kek tersebut dijual, harganya berapa, adakah inda stock, perisa apa lagi ada, vanilla? Strawberry? Cokolat? Dan sebagainya. Ada lagi yang eKstrim atu, tanya apa resepi kek tersebut.

Golongan yang pertama ani pun buat rancangan kan pegi ke kedai tersebut untuk bali kek tadi dan gologan yang ekstrim ani, bukan saja ia rancang kan ke kadai atu tapi, kalau dapat ia BALI kadai atu tarus supaya ia dapat makan hari2! Yey! Kalau inda pun, ia cuba runding tukang buat kek dan buat kadai kek baru dengan nama lain. Kalau inda pun ia tanya tukang buat kek resepi kek atu.

Start atu tah ia sibuk2 menggoogle di dunia internet, siang malam ia mencari, inda jua terjumpa. Rasanya, perkara mencari resepi ani bukan saja berlaku ke atas kek tapi makanan lain pun sama jua. Sekarang cuba perhatikan betapa susah satu golongan tadi berkeinginan SANGAT untuk tau apakah resepi atau campuran yang ada dalam kek tadi tapi hampa pasal secret kali ah, kalau ku getau kau rugi tia bisnes ku karang..aduhhh

Etah namanya dunia materialisik di mana semua manusia berlumba-lumba mau jadi urang kaya agar dipandang, dikenali dan disanjung.,.tapi bukan semua. Ada jua yang mau kaya tapi kayanya dijadikan sebagai sesuatu yang mendekatkan dirinya kepada Allah Ta'ala.

Begitulah islam kawan2..jika seorang manusia banar yang tau intipati islam dan pernah merasa kemanisan beribadah kepada Allah, ia mau urang lain tau jua, ia mau urang lain merasa apa yang ia rasa.

Cuba perhatikan bagaimana kek Aiskrim Vanilla dibuat
  • 4 Biji Telur (gred AA)
  • 80 gm Gula Kastor
  • 3 Sudu Teh Vanila
  • 200 gm Whiping Cream
  • Bahan B
  • 375 gm Fresh Cream
Bagi yang membuat kek di atas, ia mesti pastikan setiap bahan di atas ani ada, kalau inda kurang tia. Contoh, oh 80 gm gula kastor, mungkin kalau guna gula lain, rasanya pun lain. Catu jua dengan bahan2 lain, kalau sekiranya 3 sudu teh vanilla diganti dengan 3 sudu teh coklat, sudah tentu rasanya pun berubah! inda ja?

Kita teruskan dengan CARA MEMBUATNYA..

Terlebih dahulu sediakan kek dan belah kek kepada 3 atau 2 lapis. Saya buat deko ni untuk 3 lapis kek dan 2 lapis ais krim.

Banarnya aku inda paham pulang cemana tarus2 ada kek dan belah kek kepada 3 atau 2 lapis tapi yang penting ialah cara ketani mengaul, mengalun, memasak dan sebagainya. Macam kalau kana suruh masukkan dalam oven, jangan pulang ketani masukkan dalam microwave..lain jua kan tu?

Jadi, sebagai perbandingan jika boleh dibuat perumpamaan seperti di bawah:

  • 4 Biji Telur (gred AA) - Ucap dua kalimah shahadah
  • 80 gm Gula Kastor- Solat lima kali sehari semalam
  • 3 Sudu Teh Vanila- Puasa di bulan ramadhan
  • 200 gm Whiping Cream- Bayar Zakat
  • 375 gm Fresh Cream- Naik haji ke makkah jika mampu
Perhatikan kawan2 perbandingan di atas. Contoh kalau solat yang wajib pun inda tebuat, macammana islam boleh bangkit. Kalau mengucapkan dua kalimah shahadah sekadar dilidah sahaja, macammana orang ketani akan faham maksud kalimah tersebut tapi tanggungjawab yang termetrai inda dibuat, macammana islam atu akan kukuh..

Masani, begitulah nasib agama islam, kadang2 tawar kadang2 masin, kadang2 nada rasa langsung. Kan mempromo pun susah pasal luarannya (dalaman lebih penting) sudah gusar, sudah dikaburi dengan perkara2 yang terkeluar dari islam. Kenapakah ini terjadi?

Mungkin salahku sendiri, mungkin salah kamu jua pasal pembawaan tani arah agama islam masih lagi inda lurus, masih gila gosip, masih berkata sia2, masih gila dunia, masih merasa bangga dan seterusnya, sehinggakan orang islam sendiri merasa kek eskrim di barat lebih manis daripada tempat lahirnya islam atu sendiri.

Sedih kan kawan2? Bagaimana kiranya kalau islam atu dibangun dengan tiang2 yang masih lagi rapuh, yang masih lagi kandur, yang masih lagi terdapat sisa2 jahiliyah, adakah kawan2 merasa islam yang bertahan ataupun hanya menunggu masa untuk tiang2nya dimakan anai?

Gambarkan, keadaan islam yang syumul (lengkap) sebagai cara hidup, tanpa was2, manusia yang berbondong-bondong terjun ke dalam agama ani sehingga tidak seorang pun manusia yang tertinggal kerana dorang atu islam sajalah agama penyelamat, agama yang adil, agama yang inda berat sebalah dan hanya satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah.

Oleh sebab atu, aku menyeru dirimu (termasuk diriku) agar tani semua mengembalikan kemanisan islam yang sepatutnya, agar merasa perkara atu mustahil agar terngaga dan yang tersasar kembali meni'mati islam yang sepatutnya. Ianya bukanlah suatu mimpi kerana orang2 dahulu pernah me"rasa" betapa indahnya islam dan betapa agungNya pemberian ALLAH!

Ampunilah hambamu ini wahai Tuhan...

Semoga bermanfa'at insha Allah