06 Mac 2011

TERGLUE

Assalamu'alaikum pembaca2 yang dikasihi Allah. Mudahan segala amal kebajikan yang kita buat diterima Allah dan segala dosa yang lepas dan akan datang diampuni. insha Allah ameen.

Islam, ada yang menolak keseluruhannya, ada yang menolak sebahagian dan menerima sebahagian dan ada jua yang secara total menerima islam. Ada pula mereka yang masuk islam secara terpaksa, ada yang masuk islam secara kelahiran dan ada pula manusia yang keluar dari agama.

Ingin saya menarik perhatian para pembaca yang budiman, semasa nabi diperintahkan oleh Allah untuk menyeru manusia kepada islam secara terbuka, ia ada mengatakan satu ucapan yang bagi saya adalah sangat penting. Yang diucapkan ialah..

"Bagaimana kalau ku katakan kepada kamu kalian, bahawa di sebalik bukit sana ada musuh berkuda akan menyerang kamu, apakah kamu boleh percaya cakap ku itu?

Selepas itu, semua mengatakan "Ya, kami percaya". Tetapi selepas baginda mengkhabarkan berita agar dorang menlindungi diri daripada azab api neraka, kebanyakan yang hadir di bukit Safa ingkar, mendustakan dan hanya beberapa manusia dikalangan yang hadir mengIYAkan..

Cuba gambarkan macammana perasaan kita kalau berada dalam situasi demikian. Mungkin kita dengan yakin akan mengatakan IYA, kami percaya Rasulullah dengan seksa api neraka..tapi lihatlah realiti sekarang wahai kawan2.

Nabi Muhammad diutus oleh Allah untuk menyeru manusia agar mentauhidkan Allah sampai TIDAK ADA SEORANG PUN MANUSIA DI BUMI INI MENSYIRIKKAN ALLAH! Dan agar memurnikan ibadah hanya kepada Allah, patuh dan menjauhi apa yang dilarangnya.

Demi mencapai objektif tersebut, Allah menurunkan wahyu melalui malaikat Jibril yang mana wahyu2 tadi selepas beberapa tahun selepas kewafatan nabi telah dibukukan. DUA PULUH TIGA TAHUN nabi berjuang untuk menyampaikan isi kandungan Al Quran kepada manusia..

Salah satu topik yang berulang kali disebutkan dalam kitabullah ialah mengenai seksa kubur. Ya, betul kita membacanya siang malam tapi adakah kita sudah betul2 menjiwai ayat2 tersebut?

Jika di zaman nabi, manusia2 yang berada disekeliling baginda akan menangis, pengsan, gerun pabila mendengar ayat2 berkaitan dengan seksa yg sudah Allah sediakan. Baru seksa kubur, balum lagi seksa api neraka!

Mungkin hati ini sudah menjadi batu atau lebih parah lagi, sudah pun terGLUE dengan dunia. Manakan tidak, kita sudah sayang dan cinta dengan kehidupan, kita sudah merasa cukup nikmat pabila hidup di dalam keadaan yang serba lengkap. Hawa dingin, tilam yang empuk, minuman yang sejuk, makanan yang mengilat kaki, uang yang melimpah, rancangan2 tv yg menghiburkan hati yang duka, dan gila merebut kuasa!

Suatu hari Ibnu Mas'ud pernah ternampak nabi tidur di atas pelepah kurma sehingga meninggalkan bekas di (mark) muka baginda. Lalu sahabat ini pun menawarkan kepada nabi agar dia mengambil satu benda yang lebih selesa daripada pelepah kurma tersebut.

Nabi lalu marah dengan mengatakan lebih kurang, "aku hidup di dunia hanyalah seperti seorang yang berteduh di bawah pokok diwaktu hujan dan meneruskan perjalananku pabila hujan usai (berhenti)"

Cuba bandingkan dengan kehidupan kita yang serba lengkap..

Wahai Tuhan yang bersemayam di atas Arsy! Kembalikan kami kepada jalan2 para orang2 yang dekat kepadamu!

Bukan apa kawan2, sebagai seorang manusia yang mengaku, ingin mengikut kehidupan islam yang SYUMUL, kita perlu mengikut yang terbaik dan hanya NABI MUHAMMAD sajalah contoh yang terbaik bagi ikutan kita.

Ingatlah kawan2 yang dikasihi Allah, kita hidup di dunia bukan untuk makan, kita hidup di dunia bukan untuk menghabiskan masa memasak, menghias diri ataupun rumah, membeli belah tetapi kita diciptakan untuk mengikhlaskan ibadat kita hanya untuknya dan memastikan agar hukum2 Allah dijalankan agar TIDAK ADA SATU PENINDASAN/PENGANIAYAAN di MUKA BUMI ALLAH! Sampaikan walau satu ayat!

Sebagai peringatan agar tidak menjadi salah faham, Allah juga menyuruh kita bertebaran di muka bumi Allah mencari rezeki yang HALAL agar kita bersyukur ke atas nikmat yang dianugerahkannya.

Kita juga perlu ingat, kekayaan yang betul ialah ianya menjadikan seseorang itu lebih taqwa, lebih beriman, lebih pemurah dan lebih banyak memberi kerana dia tahu dia hanyalah sebagai pemegang amanah agar harta yang dititipkan diberikan kepada manusia yang memerlukan dan dia hanya mengambil sekadar untuk menyara tanggungannya- tidak terlalu miskin sehingga meminta, dan tidak terlalu kaya sehingga terlena.

Kembalikanlah kami dalam keadaan Engkau Redha Kepada kami ya Allah..

Wallahu'alam
Tapau